Saturday, 11 October 2014

Resepi Kerabu Arab

Resepi Kerabu Arab


                Hari ni saya nak kongsi satu resepi paling ringkas. Boleh buat makan petang atau sambil-sambil tengok tv. Makan berkhasiat, sesuai untuk yang tengah berdiet. Jangan tanya kat mana arabnya, kat minyak zaitun kot. Tapi minyak zaitun ni resepi Itali banyak la guna. Resepi ni kawan yang bagi. Dah cuba buat, sedap sangat sebab saya ni hantu salad dan sewaktu dengannya. Sekali-sekala ubah selera apa salahnya, selera mat salih katanya….

Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
1 biji tomato (pilih yang besar)
1/2 biji timun
Salad fetucini (agak-agak dlm 5 helai)
Cabai merah 1 biji
Cabai melaka dalam  4@5 ikut kepedasan
Bawang besar 1 ulas
Gula dan garam secukup rasa
1/2 biji lemon(perah ambil jus dia je tau)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara masak:
1.  Bawang besar, tomato (buang biji dalam yg berair tu), timun( buang bahagian biji sikit)...semua bahan ni potong dadu..
2.     Salad, cabai merah (buang biji dalam & potong halus2), cabai melaka potong
3.     Apabila dah siap potong semua, masukkan dalam 1 bekas, tabur sedikit garam & gula secukup rasa, diikuti dengan minyak zaitun dan perahan lemon..pastu siap untuk dihidang..



Saya tambah telur rebus sebagai protein tambahan, nak bagi kenyang sikit. Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.