Lilypie - Fourth Birthday

Tuesday, 25 November 2014

Supplemen: Keperluan atau tidak?

Ok, entry kali ini saya nak petik daripada buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) iaitu "Suplement Kesihatan yang Tidak Selamat, Tidak Perlu atau Tidak Bermanfaat".
Bagi mereka yang belum pernah membaca buku tersebut di bawah ini saya kongsikan:



Siapa SEBENARNYA Perlukan Multivitamin?

Bukti multivitamin memberi hanya sedikit perlindungan, itupun jika ada, bagi golongan berusia terus meningkat. Misalnya, penyelidik dari Inisiatif Kesihatan Wanita (WHI) telah memantau lebih 161,000 wanita, dengan membandingkan mereka yang mengambil pil vitamin dengan mereka yang tidak mengambilnya. Selepas 8 tahun, mereka mengesan ada segelintir pihak yang memperoleh manfaatnya:


Pengamal diet. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, mereka boleh mengurangkan kalori dan masih mendapat semua nutrien yang diperlukan daripada makanan. Tetapi jika pengamal jagaan kesihatan profesional menasihatkan agar anda mengurangkan kalori dengan berlebihan, pertimbangkan untuk mengambil multivitamin.

Pemakan sayur (vegetarian). Mereka yang tidak memakan telur dan produk tenusu boleh mengalami masalah kekurangan kalsium, Vitamin B12, zat besi dan zink, kecuali mereka memakan makanan yang diperkuatkan. Mereka boleh mempertimbangkan multivitamin walaupun mereka lebih baik dengan satu suplemen, memandangkan pelbagai vitamin mungkin tidak mempunyai cukup nutrien yang mereka perlukan, dan terlalu banyak nutrien yang mereka tidak perlukan. 

Mereka yang mengalami masalah tertentu. Ini termasuklah keadaan yang menjejaskan kemampuan untuk menghadam atau menyerap nutrien. Jika anda mempunyai alasan perubatan untuk mengambil suplemen, anda perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai apa yang perlu diambil dan berapa banyak. Anda mungkin memerlukan bentuk yang lebih mudah diserap dan dos yang lebih tinggi berbanding yang disediakan dalam multivitamin.

Mereka yang mempunyai diet yang buruk terutama orang tua. Mereka yang makan tidak mencukupi untuk mengekalkan berat mereka mungkin memerlukan lebih daripada multivitamin standard. Mereka perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan. 

Wanita hamil, cuba untuk hamil atau menyusu. Ramai wanita hamil mengambil kurang daripada 400mcg asid folik sehari yang membantu mencegah kecacatan tiub neural pada bayi yang baru lahir. Wanita hamil dan menyusu juga memerlukan lebih nutrien lain terutama kalsium dan zat besi. Mereka perlu mengambil multivitamin pranatal yang khusus.

***********************

Jadi, anda lihat sendiri diri anda, anda nilai dan anda tentukan..samada anda memerlukan multivitamin atau cukup dengan pengambilan nutrien seharian anda.. :)

Tuesday, 11 November 2014

Punca Senggugut Dan 7 Tips Mengatasinya



Senggugut, Pra-menstruasi Sindrom(PMS) atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh

Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.
Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan tinggi di tempat kerja serta sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan anda dan seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Dismenorea primer boleh dirawat dengan ubat tahan sakit seperti ‘ibuprofen’ yang membantu menghalang penghasilan ‘prostaglandin’. Dalam kes tertentu, ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu.Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan.

7 Tips Atasi PMS/ Senggugut/ ‘Period Pain’
  1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
  2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yg bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yang secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
  3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
  4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
  5. Kurangkan makanan yang bertepung, kafein dan bercoklat.
  6. Makanlah makanan yang berserat tinggi.
  7. Bagi individu yang berhadapan dengan masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.


(Credit : Sihat & Segar, Majalah Pa & Ma Januari 2012 &  www.mummynemo)

Antara supplemen yang dapat mengurangkan rasa senggugut adalah:




GLA Complex (Info lanjut GLA)
  • Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawalselia estrogen dan testrogen – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes (panas badan, berpeluh), insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberi kesan kulit lebih muda.
  • Menentang Kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.


Osteomatrix (Info Lanjut Osteomatrix
  • Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Tambahan pula kalisum membantu sel menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D – vitamin D mampu merawat penyakit rickets, ia menyerap kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondontal. Pengamal vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium – adalah ion positif no.2 penting didalam tubuh. Ianya menggalakkan komposis tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, meningkatkan enzim tubuhuntuk menghasilkan tenaga, pengecutan  saraf dan otot, menstabilkan denyutan sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.


  • Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangakan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi badan, meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.


        * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com



Monday, 10 November 2014

Sembelit dan Penyebabnya




Sembelit adalah " Satu keadaan di mana pergerakan usus yang jarang atau tidak lengkap". Dalam kebanyakan kes adalah disebabkan oleh pergerakan makanan yang perlahan di dalam sistem penghadaman yang mana membenarkan kolon menyerap lebihan air daripada makanan sehingga najis menjadi kering dan keras. Membuang air besar boleh menjadi sangat menyakitkan. Sembelit yang dikatakan yang sangat teruk, apabila sembelit menghalang laluan najis dan gas.

Penyebab Sembelit

1. Ubat penahan sakit (PainKiller)
Walaupn bukan semua, namun painkillerkhususnya yang mengandungi narkotik boleh menyebabkan sembelit. PainKillercenderung untuk memberhentikan fungsi penghadaman untuk sementara.

2.Chocolate
Dalam satu kajian tahun 2005 , mereka yang sembelit kronik atau sindrom usus menyatakan coklat penyebab mereka sembelit

3.Kurang Makanan Serat
Makanan yang rendah serat adalah makanan yang tinggi lemak, seperti keju , daging, dan telur. Jika anda mengambil mereka , pastikan anda juga makan buah-buahan yang cukup, sayur-sayuran, dan bijirin penuh - yang kaya dengan serat. Secara ringkasnya , serat menggalakkan pergerakan usus dan mengelakkan sembelit. Walaubagaimana pun kajian telah menunjukkan, serat tidak banyak membantu dalam menangani sembelit, ia adalah langkah baik untuk mencegah sahaja .

4.Orang Tua yang terlalu aktif secara fizikal.
Kita tahu bahawa jika seseorang terpaksa berbaring di katil untuk jangka masa yang panjang , mungkin untuk beberapa hari atau minggu , risiko / beliau mempunyai sembelit yang meningkat dengan ketara. Pakar tidak pasti mengapa. Ada yang mengatakan bahawa orang tua khususnya yang aktif secara fizikal adalah lebih cenderung untuk menjadi sembelit daripada orang tidak aktif.

5. Ubat-ubatan
Ia adalah biasa bagi orang ramai untuk lupa bahawa terdapat banyak ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit. Orang-orang yang paling biasa ialah:
- Narkotik ( opioid ) ubat sakit seperti codeine (Tylenol # 3) , oxycodone ( Percocet ), dan hydromorphone ( Dilaudid )
- Antidepresan , seperti amitriptyline ( Elavil ) dan Imipramine ( Tofranil )
Sindrom Usus Rengsa (IBS ) News
- Anticonvulsants seperti phenytoin ( Dilantin ) dan carbamazepine (Tegretol) tambahan Besi
- Saluran kalsium menghalang ubat-ubatan seperti diltiazem ( Cardizem ) dan Nifedipine ( Procardia )
- Aluminium antasid yang mengandungi seperti Amphojel dan Basaljel
- Diuretik seperti chlorothiazide ( Diuril )

6. Susu
Sesetengah orang menjadi sembelit apabila mereka menggunakan produk yang lembut dan tenusu.

7. IBS (sindrom usus )
Orang yang mengalami IBS mendapatkan sembelit dengan lebih kerap.

8. Mengandung
Kehamilan membawa perubahan hormon yang boleh membuat seorang wanita lebih mudah terdedah kepada sembelit. Ini kerana, kedudukan kandungan yang menekan usus seterusnya melambatkan peredaran makanan.

9. Penuaan
Metabolisme akan semakin menurun di usia tua, menyebabkan otot di dalam saluran penghadaman kurang bekerja juga menyebabkan kurangnya aktiviti usus. Apabila aktiviti usus lambat, kolon menyerap air dari makanan yg dihadam dan seterusnya najis menjadi lebih keras.

10.Satu perubahan dalam rutin harian
Apabila kita mengembara berlaku perubahan rutin biasa anda. Ini boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman kita, yang kadang-kadang menyebabkan sembelit. Makanan yang dimakan pada
masa-masa yang berbeza, seperti ke tempat tidur, bangun, dan pergi ke tandas pada masa yang berlainan . Semua perubahan ini boleh meningkatkan risiko sembelit.

11.Berlebihan julap
Kita semua fikir kita perlu pergi ke tandas sekurang-kurangnya sekali sehari - ini adalah sebuah mitos. Oleh itu ramai di kalangan kita memilih julap. Apabila kita selalu bergantung kepada julap terdapat risiko besar sembelit kembali apabila kita berhenti mengambil julap.

12.Berlengah untuk ke Tandas
Kadang-kadang kanak-kanak terlalu sibuk memikirkan untuk bermain dan bertangguh untuk ke tandas . Jika anda mengabaikan keinginan untuk membuang air besar , atau melambat-lambatkan membuang air besar sehingga anda tidak lagi merasa perlu untuk pergi. Semakin lama anda membuat kelewatan itu, ia akan menjadi lebih kering dan lebih keras najis tersebut.

13.Tidak minum air yang mencukupi ( dehidrasi )
Pakar mengatakan bahawa jika anda sudah mempunyai sembelit, minum lebih banyak mungkin tidak melegakan . Walau bagaimanapun, jika anda kerap minum air yang banyak anda kurang mengalami sembelit . Jika anda dapati, anda cenderung untuk mengalami sembelit anda harus mengatasinya dengan serius meningkatkan pengambilan air. Lebihan minum soda dan minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan kekeringan dan memburukkan lagi sembelit anda. Alkohol juga dehydrates badan dan harus dielakkan jika anda sembelit.

14. Masalah dengan kolon atau rektum
Tumor boleh memampatkan atau menyekat laluan dan menyebabkan sembelit. Penyempitan abnormal dalam kolon atau rektum (penyempitan kolorektal) . dan juga bagi mereka yang mempunyai penyakit Hirschsprung berpotensi terdedah kepada sembelit ( kecacatan kelahiran di mana beberapa sel-sel saraf tidak hadir di dalam usus besar iaitu najis tidak bergerak melalui usus, akibatnya usus menjadi tersumbat.) .

15.Penyakit
Penyakit yang cenderung untuk melambatkan pergerakan najis melalui kolon, rektum, dubur atau lebih cenderung untuk menyebabkan sembelit seperti ganguan neurologi ataupun penyakit sistemik dan juga kanser



Sembelit jika dibiarkan lebih lama akan menyebabkan penyakit buasir, dimana keadaan yang teruk pendarahan akan berlaku. Lebih teruk lagi usus besar akan terkeluar. Isi yang terkeluar inilah yang di panggil buasir. 


Supplement Sembelit





Osteomatrik (Info Lanjut Osteomatrik)

  • Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Tambahan pula kalisum membantu sel menyerap nutrient dan meransang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  •  Magnesium – adalah ion positif no.2 penting didalam tubuh. Ianya menggalakkan komposis tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, meningkatkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan  saraf dan otot, menstabilkan denyutan sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

   
      Alfafa Complex (Info Lanjut Alfafa)
  • Mencuci hati, darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otott.
  • Baik untuk perubahan patologidi dalam usus dan perut – memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfafa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor – memakan 30-50 tablet untuk mengakalikan badan dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – sebagai rawatan kepada pelbagai penyakit.
  • Mencegah/merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

     HerbaLax (Info Lanjut HerbaLax)
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proes semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit
  •  Mengempiskan perut
  • Ia membantu untuk mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba
Gejala-gejala sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):

  1.     Najis kelihatannya sangat kering dan keras, seperti tahi kambing. 
  2.     Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
  3.     Perlu meneran ketika membuang.
  4.     Terasa sakit ketika membuang.
  5.     Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi najis yang tidak keluar.
  6.     Teran tetapi najis tidak keluar.
  7.     Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
  8.     Cepat berasa kenyang ketika makan

Sila check samada anda mengalami simptom di atasi, rawati segala segera dengan Set Buasir Shaklee.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.