Lilypie - Fourth Birthday

Monday, 29 June 2015

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.

Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik. Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut beberapa panduan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa.

  1. Ketika bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.
  2. Ketika bersahur juga ibu yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga kesihatan tubuh.
  3. Pengambilan daging juga digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang cukup lama.
  4. Untuk mencegah tubuh cepat letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis sebagai menu bersahur.
  5. Sebelum waktu sahur berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya, atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.
  6. Untuk mencegah ibu mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah segelas susu panas setiapkali anda bersahur.
  7. Ibu mengandung perlu dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau memberontak.
  8. Ketika berbuka puasa, ibu mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk. Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.

Read more: http://www.wom.my

Shaklee juga membantu ibu mengandung tampil lebih bertenaga di bulan puasa dengan pengambilan Set Mighty Gems iaitu terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink dimana set ini mampu membekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadhan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Saturday, 27 June 2015

Kenali 6 Makanan Bantu Anda Berhenti Merokok

Adakah anda berminat untuk berhenti merokok ? Kepada puan-puan yang suami seorang perokok jom ketahui Tips Berhenti Merokok di sini, mungkin boleh diamalkan untuk suami anda.

Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok.


Sungguhpun begitu, makanan ini hanyalah sebagai penyokong anda berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu.

Antara Makanan Yang Membantu Berhenti Merokok adalah seperti berikut:


1.Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.

2. Makanan Masin

Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.

3.Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok.  Ia juga turut membantu dalam menjaga peralirandarah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

4. Kayu Manis

Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!

5.Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.

6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.

sumber: http://www.wom.my/

Ataupun anda boleh mencuba VIVIX bagi membantu anda meninggalkan tabiat merokok ini. Nanti saya akan kongsikan beberapa testimoni pesakit yang berjaya meninggalkan tabiat merokok selepas mencuba Vivix.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com





Friday, 26 June 2015

Anemia Dan Tanda-tandanya

Penyakit anemia adalah di mana jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglomin (protein yang membawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah tahap normal. Sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang membawa oksigen dari paru-paru dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh. Penyakit anemia menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen dalam jumlah yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah beberapa petanda anda menghidap penyakit anemia (kurang darah).
  1. Sering Penat
Jika anda sering berasa penat sepanjang masa selama sebulan atau lebih, boleh jadi anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah. Kemasukkan energi tubuh bergantung pada oksigen dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah, tahap oksigen dalam tubuh pun turut berkurangan.
  1. Kelopak Mata Pucat
Tanda-tanda penyakit anemia ini mudah dikesan dengan melihat mata. Cuba regangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika anda melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat, ia merupakan salah satu petanda anda telah mendapat penyakit anemia.
  1. Kerap Sakit Kepala
Orang yang mengalami penyakit anemia sering mengeluh sakit kepala secara berterusan. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Perkara inilah yang sering menyebabkan sakit kepala.
  1. Sering Terasa Mual
Anda yang menderita penyakit anemia seringkali mengalami gejala ‘morning sickness’ setelah mereka bangun dari tempat tidur.
  1. Sesak Nafas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tahap oksigen dalam tubuh. Perkara ini membuat anda yang menghidap penyakit anemia sering berasa sesak nafas atau sering terasa mengah ketika melakukan aktiviti seharian walaupun sekadar berjalan kaki!
  1. Hujung Jari Pucat
Cuba tekan hujung jari anda, kawasan itu akan berubah menjadi merah. Tetapi, jika anda menghidap penyakit anemia, hujung jari anda akan menjadi putih dan pucat.
Cara Mencegah Penyakit Anemia:
Anda boleh menghindari penyakit anemia dengan makan makanan sihat yang banyak mengandungi:
·         Zat Besi
Sumber terbaik zat besi adalah daging, kacang, sayuran berwarna hijau tua dan buah-buahan yang telah dikeringkan.
·         Asid Folic
Asid folic boleh diperoleh daripada oren, pisang, sayuran berdaun hijau tua,kacang-kacangan, bijirin dan pasta.
·         Vitamin B-12
Vitamin ini banyak terdapat pada daging dan produk susu yang membantu pembentukan sel darah merah, meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengurangkan risiko terhadap stroke.
·         Vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Makanan yang mengandung vitamin C antara lain oren, melon dan buah beri.

Credit to: http://www.wom.my


Untuk mengatasi masalah ini, Set Optimum/Set A sangat meembantu. Apa yang ada dalam Set A ini?







Siapa yang sesuai untuk set ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang cepat stress dan mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan focus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang mana hemoglobinnya rendah kerana Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Thursday, 25 June 2015

Masalah Mulut Berbau Ketika Berpuasa

Ketika berpuasa seringkali timbul masalah bau mulut yang tidak boleh dihindari. Tetapi tahukah anda, bau mulut tersebut berpunca daripada makanan tertentu yang anda makan ketika bersahur dan berbuka puasa.

Di bulan puasa adakalanya kita menikmati makanan yang terlebih nutrisi makro seperti karbohidrat dan lemak serta kurang mengambil vitamin dan mineral. Selain itu, kekurangan cecair serta kurangnya penjagaan gigi dan mulut boleh menyebabkan bau mulut ketika berpuasa. Bau mulut boleh disebabkan oleh keadaan gigi yang kurang diberi perhatian terhadap kebersihannya. Keadaan di bawah mulut dengan lidah yang bermasalah juga boleh menjadi punca bau mulut. Di bulan Ramadan ini ada baiknya jika anda lebih menitikberatkan soal kebersihan mulut dan menjaga pemakananan anda. Ia merupakan salah satu cara mencegah bau mulut di bulan puasa. Di samping itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran ketika bersahur dan jauhi makanan bergas serta mengandungi banyak lemak.
Berikut beberapa cara mencegah bau mulut ketika berpuasa yang boleh anda amalkan:
  • Minumlah banyak air putih, paling kurang 8 gelas ketika malam hari, termasuk ketika bersahur dan berbuka puasa. Air putih mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang akan menjaga kebersihan mulut. Perkara ini dapat membantu mencegah masalah bau mulut.
  • Menggosok gigi dan lidah dengan baik dan sempurna. Gosok gigi secara teratur teratur dan bersihkan lidah dengan cara yang betul. Bermakna anda telah membersihkan sisa – sisa makanan di mulut yang berpotensi menyebabkan bau mulut tidak sedap.
  • Cuba minum teh hijau tawar (tanpa gula) sesudah makan, termasuk setelah bersahur. Teh hijau tawar tersebut memiliki zat ‘polyphenol’ yang mampu membasmi bakteria penyebab bau mulut pada rongga mulut dan saluran pernafasan.
  • Hilangkan kebiasaan merokok. Merokok ketika berbuka puasa dan sahur merupakan salah satu penyebab utama masalah bau mulut yang tidak sedap ketika berpuasa di siang hari. Hindari kebiasaan merokok merupakan salah satu cara mencegah bau mulut ketika berpuasa.
  • Gunakan ubat kumur. Selain menggosok gigi dan lidah, anda boleh menggunakan ubat kumur atau ‘mouthwash’ bagi memastikan mulut anda benar-benar bersih daripada sisa makanan maupun bakteria penyebab bau mulut.
  • Jangan makan makanan yang baunya menyengat ketika bersahur seperti jering dan petai.
  • Pengambilan yogurt pada setiap hari boleh mencegah bau mulut. Yogurt boleh mengatasi bakteria penyebab bau mulut serta mengurangkan plak dan penyakit gusi. Sebaiknya pilihlah ‘plain yogurt



Read more: http://www.wom.my

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.