Monday 29 June 2015

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.

Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik. Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut beberapa panduan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa.

  1. Ketika bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.
  2. Ketika bersahur juga ibu yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga kesihatan tubuh.
  3. Pengambilan daging juga digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang cukup lama.
  4. Untuk mencegah tubuh cepat letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis sebagai menu bersahur.
  5. Sebelum waktu sahur berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya, atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.
  6. Untuk mencegah ibu mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah segelas susu panas setiapkali anda bersahur.
  7. Ibu mengandung perlu dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau memberontak.
  8. Ketika berbuka puasa, ibu mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk. Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.

Read more: http://www.wom.my

Shaklee juga membantu ibu mengandung tampil lebih bertenaga di bulan puasa dengan pengambilan Set Mighty Gems iaitu terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink dimana set ini mampu membekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadhan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Saturday 27 June 2015

Kenali 6 Makanan Bantu Anda Berhenti Merokok

Adakah anda berminat untuk berhenti merokok ? Kepada puan-puan yang suami seorang perokok jom ketahui Tips Berhenti Merokok di sini, mungkin boleh diamalkan untuk suami anda.

Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok.


Sungguhpun begitu, makanan ini hanyalah sebagai penyokong anda berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu.

Antara Makanan Yang Membantu Berhenti Merokok adalah seperti berikut:


1.Madu

Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.

2. Makanan Masin

Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.

3.Halia & Bawang Putih

Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok.  Ia juga turut membantu dalam menjaga peralirandarah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.

4. Kayu Manis

Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!

5.Epal

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.

6. Susu

Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.

sumber: http://www.wom.my/

Ataupun anda boleh mencuba VIVIX bagi membantu anda meninggalkan tabiat merokok ini. Nanti saya akan kongsikan beberapa testimoni pesakit yang berjaya meninggalkan tabiat merokok selepas mencuba Vivix.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com





Friday 26 June 2015

Anemia Dan Tanda-tandanya

Penyakit anemia adalah di mana jumlah sel darah merah atau jumlah hemoglomin (protein yang membawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah tahap normal. Sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang membawa oksigen dari paru-paru dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh. Penyakit anemia menyebabkan darah tidak dapat membawa oksigen dalam jumlah yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh.

Berikut adalah beberapa petanda anda menghidap penyakit anemia (kurang darah).
  1. Sering Penat
Jika anda sering berasa penat sepanjang masa selama sebulan atau lebih, boleh jadi anda memiliki jumlah sel darah merah yang rendah. Kemasukkan energi tubuh bergantung pada oksigen dan sel darah merah. Semakin rendah sel darah merah, tahap oksigen dalam tubuh pun turut berkurangan.
  1. Kelopak Mata Pucat
Tanda-tanda penyakit anemia ini mudah dikesan dengan melihat mata. Cuba regangkan kelopak mata dan perhatikan bahagian bawah mata. Jika anda melihat bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat, ia merupakan salah satu petanda anda telah mendapat penyakit anemia.
  1. Kerap Sakit Kepala
Orang yang mengalami penyakit anemia sering mengeluh sakit kepala secara berterusan. Kekurangan darah merah membuat otak kekurangan oksigen. Perkara inilah yang sering menyebabkan sakit kepala.
  1. Sering Terasa Mual
Anda yang menderita penyakit anemia seringkali mengalami gejala ‘morning sickness’ setelah mereka bangun dari tempat tidur.
  1. Sesak Nafas
Jumlah darah yang rendah menurunkan tahap oksigen dalam tubuh. Perkara ini membuat anda yang menghidap penyakit anemia sering berasa sesak nafas atau sering terasa mengah ketika melakukan aktiviti seharian walaupun sekadar berjalan kaki!
  1. Hujung Jari Pucat
Cuba tekan hujung jari anda, kawasan itu akan berubah menjadi merah. Tetapi, jika anda menghidap penyakit anemia, hujung jari anda akan menjadi putih dan pucat.
Cara Mencegah Penyakit Anemia:
Anda boleh menghindari penyakit anemia dengan makan makanan sihat yang banyak mengandungi:
·         Zat Besi
Sumber terbaik zat besi adalah daging, kacang, sayuran berwarna hijau tua dan buah-buahan yang telah dikeringkan.
·         Asid Folic
Asid folic boleh diperoleh daripada oren, pisang, sayuran berdaun hijau tua,kacang-kacangan, bijirin dan pasta.
·         Vitamin B-12
Vitamin ini banyak terdapat pada daging dan produk susu yang membantu pembentukan sel darah merah, meningkatkan metabolisme tubuh dan dapat mengurangkan risiko terhadap stroke.
·         Vitamin C
Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Makanan yang mengandung vitamin C antara lain oren, melon dan buah beri.

Credit to: http://www.wom.my


Untuk mengatasi masalah ini, Set Optimum/Set A sangat meembantu. Apa yang ada dalam Set A ini?







Siapa yang sesuai untuk set ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang cepat stress dan mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan focus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang mana hemoglobinnya rendah kerana Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Thursday 25 June 2015

Masalah Mulut Berbau Ketika Berpuasa

Ketika berpuasa seringkali timbul masalah bau mulut yang tidak boleh dihindari. Tetapi tahukah anda, bau mulut tersebut berpunca daripada makanan tertentu yang anda makan ketika bersahur dan berbuka puasa.

Di bulan puasa adakalanya kita menikmati makanan yang terlebih nutrisi makro seperti karbohidrat dan lemak serta kurang mengambil vitamin dan mineral. Selain itu, kekurangan cecair serta kurangnya penjagaan gigi dan mulut boleh menyebabkan bau mulut ketika berpuasa. Bau mulut boleh disebabkan oleh keadaan gigi yang kurang diberi perhatian terhadap kebersihannya. Keadaan di bawah mulut dengan lidah yang bermasalah juga boleh menjadi punca bau mulut. Di bulan Ramadan ini ada baiknya jika anda lebih menitikberatkan soal kebersihan mulut dan menjaga pemakananan anda. Ia merupakan salah satu cara mencegah bau mulut di bulan puasa. Di samping itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran ketika bersahur dan jauhi makanan bergas serta mengandungi banyak lemak.
Berikut beberapa cara mencegah bau mulut ketika berpuasa yang boleh anda amalkan:
  • Minumlah banyak air putih, paling kurang 8 gelas ketika malam hari, termasuk ketika bersahur dan berbuka puasa. Air putih mampu meningkatkan pengeluaran air liur yang akan menjaga kebersihan mulut. Perkara ini dapat membantu mencegah masalah bau mulut.
  • Menggosok gigi dan lidah dengan baik dan sempurna. Gosok gigi secara teratur teratur dan bersihkan lidah dengan cara yang betul. Bermakna anda telah membersihkan sisa – sisa makanan di mulut yang berpotensi menyebabkan bau mulut tidak sedap.
  • Cuba minum teh hijau tawar (tanpa gula) sesudah makan, termasuk setelah bersahur. Teh hijau tawar tersebut memiliki zat ‘polyphenol’ yang mampu membasmi bakteria penyebab bau mulut pada rongga mulut dan saluran pernafasan.
  • Hilangkan kebiasaan merokok. Merokok ketika berbuka puasa dan sahur merupakan salah satu penyebab utama masalah bau mulut yang tidak sedap ketika berpuasa di siang hari. Hindari kebiasaan merokok merupakan salah satu cara mencegah bau mulut ketika berpuasa.
  • Gunakan ubat kumur. Selain menggosok gigi dan lidah, anda boleh menggunakan ubat kumur atau ‘mouthwash’ bagi memastikan mulut anda benar-benar bersih daripada sisa makanan maupun bakteria penyebab bau mulut.
  • Jangan makan makanan yang baunya menyengat ketika bersahur seperti jering dan petai.
  • Pengambilan yogurt pada setiap hari boleh mencegah bau mulut. Yogurt boleh mengatasi bakteria penyebab bau mulut serta mengurangkan plak dan penyakit gusi. Sebaiknya pilihlah ‘plain yogurt



Read more: http://www.wom.my

Tuesday 19 May 2015

10 SEBAB ANDA PERLUKAN KOLAGEN

  1. Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurang dalam badan. Bagi meningkatkan kolagen dalam badan, anda perlu mengambil inisiatif dengan melalui pemakanan tambahan yang berunsur kolagen.
  2. Kulit hilang keanjalan. Kolagen adalah bersifat anjal. Selepas meningkat usia, kadar kolagen didalam badan semakin berkurangan dan menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurang. Kesan yang paling ketara adalah keremajaan kulit semakin hilang, kulit menjadi kering dan Nampak tidak segar.
  3. Kedutan pada wajah mula kelihatan. Di sekitar mata kelihatan gari-garis halus walaupun baru berusia 25-30 tahun. Usia baru 25 tahun tapi disangka 35 tahun. Apakah anda tidak gusar?
  4. Kulit menjadi kusam dan penyebab kepada timbulnya pigmentasi. Pigmentasi adalah jeragat dalam bahasa kampungnya, dan terjadi kepada sebahagian besar wanita Asia.
  5. Organ badan mulai kendur. Bahagian-bahagian tertentu tidak menegang seperti ketika remaja.
  6. Mengalami sakit sendi.Sendi adalah unsur utama dalam struktur sendi dan tulang, apabila kolagen semakin berkurang, pergerakan antara tulang menjadi tidak smooth. Sebab itu berlakunya bunyi ‘krek krok krek’ apabila berlaku pergeseran. Ini menyebabkan kesakitan pada anda.
  7. Rambut mulai menjadi kering dan bercabang. Bermacam produk digunakan untuk melembutkan rambut, hasilnya tetap sama. Tahukah anda, itu adalah disebabkan oleh pengurangan kolagen.
  8. Bermata panda.Lingkaran gelap bawah mata mulai timbul, ia boleh menyebabkan penampilan anda terganggu. Nampak sangat tidak bermaya kan?
  9. Gusi  mudah berdarah. Apabila anda menggosok gigi, ia menyebabkan luka pada gusi. Gusi senang berdarah petanda kekurangan kolagen dalam badan.
  10.  Kuku menjadi lembut dan mudah pecah atau tertarik. Tanpa menggunakan ‘pengetip kuku’, kuku boleh digigit dengan mudah.



Jemput sahabat meneliti kesepuluh sebab ini pada diri, ada ke ada? Jika ada, anda harus berwaspada. Kolagen dalam badan anda sememangnya sangat berkurang.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Monday 18 May 2015

Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi  4,000mg Kolagen RSS (Sisik ikan merah) proprietary, iaitu sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molecular, sekitar 1,000 Dalton (berat molecular kolagen disukat dalam unit Dalton) yang amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.


Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia Japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.


Manfaat Utama:-

·    Semakin kita berusia, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah satu factor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh badan kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengam factor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan kekurangan nutrisi, merokok dan lain-lain. Oleh itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedutan di kulit.

·         Tampak lebih muda
  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
·         Rasa lebih muda
  •    Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
  •      Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran sendi-sendi.
  •      Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  •    Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.

  

Fungsi Ramuan Utama

Kolagen dari sisik ikan merah

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.


Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleic, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan sioflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.


Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luarbiasa mengikat jumlah air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kuliot lembut, lembap dan licin.


Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksible tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit tegang, elastic dan anjal.


Vitamin B dan C

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Ekstrak kerangan

Glucosamine adalah ekstrak kerangan yang penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidratkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.


Lactobacillus Acidophilus



Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula kolagen usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Wednesday 22 April 2015

Cara Turunkan Darah Tinggi Tanpa Makan Ubat

Adakah anda menghidapi penyakit darah tinggi ? Jom dapatkan tip turunkan darah tinggi di sini.

Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah situasi di mana cecair darah dalam tubuh seseorang itu telah menekan arteri dengan cukup kuat sehingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.
Tekanan darah yang tidak terkawal boleh meningkatkan masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.
Diet dan gaya hidup yang sihat dikatakan boleh membantu anda daripada terkena tekanan darah tinggi.  Berikut ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat-ubatan.

Antara cara yang perlu anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi:

1.    Lakukan Aktiviti

Bergerak atau melakukan aktiviti seperti bersenam boleh memperkuatkan jantung sehingga dapat mengepam lebih banyak darah dan mengurangi tekanan pada arteri. Perkara ini juga membantu mengurangkan berat badan yang dengan sendirinya membantu menurunkan tekanan darah.
Usahakan untuk bergerak selama 30 minit setiap hari, seperti berjoging atau berjalan kaki. Namun, jika tekanan darah sedang tigggi, sebaiknya mengangkat sebarang beban kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

2.    Wajib Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

Kandungan kalium, magnesium dan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menurunkan tekanan darah.

3.    Pilih Susu Rendah Lemak & Soya

Susu rendah lemak dan protein daripada soya dikatakan memiliki efek penurunan tekanan darah ketika menggantikan keperluan karbohidrat dalam makan.

4.    Pilih Gandum
Makanan yang berasal daripada gandum dikatakan boleh mengurangi tekanan darah dan membuat pesakit tidak perlu mengambil ubat. Jadi, cubalah beralih ke roti, bubur, bijirin, beras merah ataupun pasta gandum.

5.    Makanan Berwarna Ungu

Buah atau sayuran yang berwarna ungu seperti blackcurrant, raspberry, terung, blueberry sangat bermanfaat buat tubuh. Kandungan ‘anthocyanin’ yang terdapat di dalamnya membantu meregangkan pembuluh darah serta meningkatkan pengaliran darah.

6.    Kurangkan Pengambilan Garam

Hubungan garam dengan tekanan darah sangat kuat, kerana garam menarik cecair sehingga meningkatkan volume dan tekanan darah di arteri. Sebahagian besar garam yang diambil bukan daripada apa yang ditambah ke dalam makanan, tetapi ia sememangnya sudah tersedia ada di dalamnya.

Credit to: http://www.wom.my/


Selain itu pengambilan suplemen dapat membantu menurunkan tekanan darah. Bagi menurunkan darah tinggi, pengambilan Omega Guard dan Garlic Complex  dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajdi tanpa bantuan ubat-ubatan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.