Thursday 23 October 2014

Omega Guard

Omega Guard (RM136.00/90tabs)


           Omega guard dikenali dikalangan SID Shaklee sebagai minyak ikan terbaik di dunia. Kenapa terbaik? Kerana ia diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, anchovies) yang terdapat di perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.






          Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient, malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industry yang sangat toksik).







Manfaat Utama
  • Asid lemak – omega-3 yang merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh tubuh manusia. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly yang berpunca dari andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kadar kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan juga membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrient utama bagi otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzhemier, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkna 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psioriasis, demam hay, bronchitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, kolon dan prostat. Ia juga meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi –fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizofinea.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangya saiz kad permainan  sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.



Kenapa Ikan Laut Dalam?
Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang eskimo yang tinggal di Greenland, Denmark dan bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Manakala kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara dan bekerja sebagai pemburu menghadapi maslah kesihatan jantung kerana diet utama mereka ialah daging yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukan ikan dari laut dalam mengandungi asid lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sendawa Bau Hanyir Ikan?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan. Disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan ataupun ketika perut kosong untuk penyerapan yang lebih baik.
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancer dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan menjalani pembedahan dan wanita yang hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan
Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum makan)
Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (sebelum makan)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.