Di zaman serba mencabar ini, mendidik anak-anak merupakan
cabaran kepada ibu bapa. Untuk mendidik anak menjadi insan berguna bukan suatu
yang mudah lebih-lebih lagi di zaman dunia tanpa sempadan ini. Jika ada di
antara kita mempunyai anak yang degil, jangan berputus asa. Berikut ada
beberapa tips menangani anak degil
Tips Menangani Anak
Degil
1. Jangan pukul anak
dari lutut keatas
2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak
dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak
jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya
ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4. Bergurau dengan anak dan rapatkan hubungan kekeluargaan
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala
usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya …
bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…
5. Berikan penghargaan dan pelukkan
Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini
menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang
jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka
tidak akan tergamak menderhaka.
6. Sediakan persekitaran rumah yang menyeronokkan
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah,
berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh
macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia
balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya
alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain,
balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.
Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
7. Ibu bapa perlu tunjuk sikap yang baik
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan
ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan
“*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
8. Luangkan masa bersama anak-anak. Jangan terlalu sibuk
bekerja kerana suatu hari nanti kita akan tersedar yang anak-anak kita dah
besar. Betapa kita akan merindui saat mereka kecil-kecil dahulu
9. Kerapkan berdoa dan amalkan zikir pelembut hati kepada
anak-anak supaya hati mereka tak lagi degil dan mendengar nasihat kita
10. Amalkan peluk anak setiap hari supaya dia kasih dan
sayang pada kita
Apapun, yang penting ibu bapa kena bersabar, banyakkan
berdoa dan jangan turutkan emosi dalam menangani anak yang degil ini.
Mudah-mudahan artikel tips menangani anak degil ini membantu kita semua
mendidik anak-anak kita.
Kredit : fb/ibubapacemerlang
No comments:
Post a Comment