Monday, 13 October 2014

Resepi Ayam Masak Kurma

               Kali ni saya nak kongsi resepi masak kurma ayam atau bahasa kampung, ayam masak putih. Ini cara saya masak, jadi sukatan yang tepat memang tidak ada, maaflah saya jenis masak tak pakai sukatan. Main campak ja, jadi kebanyakannya agak-agaklah.


Bahan-bahan utama
Ayam seekor (siap-siap potong)
Serbuk Kurma adabi sepeket (Masak kurma saya suka pakai brand ini)
Kerisik dua camca
Santan pekat ½ cawan (boleh ganti santan biasa secawan)
3 biji ubi kentang (dipotong 4)
2 biji tomato (dipotong 4)
Cabai Melaka/cabai hijau
Bawang besar 2 labu (dipotong besar-besar sebagai hiasan)

Bahan untuk menumis
Bawang merah 5 ulas (diricik halus)
Bawang putih 3 ulas (diricik halus)
Halia 5cm (diricik halus)
Kulit kayu manis (sebatang)
Bunga lawang (4-5 kuntum)
Buah pelaga (4-5biji)
Daun pandan (2-3helai)

Cara-cara masak
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan kerisik dan air. Penting untuk biarkan rempah masak dulu sehingga *pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, baru masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan ayam masak. Setelah ayam lembut, masukkan ubi dan juga santan. Kemudian biarkan mereneh seketika. Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong, cabai melaka/hidup hijau dan juga tomato. Lepas 5minit macam tu, dah boleh tutup api dan siap.

Senangkan? Saya dulu pun bukan pandai sangat masak, ni pun belajar dengan mak kemudian dah pandai sikit buat resepi derhaka. Hahaha… resepi derhaka tu ubah sikit dari resepi mak yang asal. Sebenarnya memasak ni tak susah, janji ada rasa dah cukup. Maklumlah kita bukan chef, nak masak resepi dahsyat tu tak adalah kot, setakat masakan kampong ni boleh la kot. Ok…selamat mencuba.


*pecah minyak = proses menumis rempah sehingga minyak timbul atau minyak terpercik-percik. Itu tandanya rempah dah masak



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.