Thursday, 16 October 2014

Asam Pedas versi utara


                Hari ini saya kongsikan masak asam pedas versi utara. Resepi ni senang ja, main rebus ja semua bahan. Kalau nak diet resepi ni sangat lah bagus, dah la pedas (ikut citarasa, saya suka kalau pedas sedikit) dan tak guna minyak. Bahan utama adalah ikan, sangat tak sesuai guna ayam atau daging sebab rasanya macam kuah laksa. Pergh…sedap. Jom tengok bahan-bahannya



Bahan-bahannya
Ikan (tak kisah ikan apapun tapi saya suka ikan kembung,pari dan ikan selangat)
2 keping asam keping
Beberapa tangkai daun kesum
6-7 biji bendi
Sebiji timun (dipotong besar-besar)

Bahan-bahan kisar
Cili kering 7-8 tangkai (boleh kurang kalau tak tahan pedas)
Bawang besar 2 biji
Sedikit Belacan

Cara-cara masak
  1. Rebus bahan kisar, ikan, daun kesum dan asam keping. 
  2. Bila ikan dah nak masak, masukkan bendi dan juga timun. 
  3. Kemudian masuk garam secukup rasa. Bila bendi dan timun dah masak, tutup api. Dah siap, tak susah sangat cuma nak sediakan bahan kisar aja.


Satu tip bagi wanita yang bekerja, saya akan sediakan siap-siap cili kering yang dah siap diblender dalam peti ais. Tahan untuk seminggu, senang bila balik kerja terus ambil dari peti ais dan masak. Untuk bawang pun saya kupas siap-siap terutama sekali bawang putih, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Dah jimat masa nak mengopek bawang. Ok selamat mencuba.




2 comments:

  1. Try google, saya nk tepek gambar kt komen tak boleh. Ikan tu kalau goreng lagi sedap sebab rangup sangat.

    ReplyDelete

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.