Adakah anda menghidapi penyakit darah tinggi ? Jom dapatkan tip turunkan darah tinggi di sini.
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah situasi di mana cecair darah
dalam tubuh seseorang itu telah menekan arteri dengan cukup kuat sehingga
akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.
Tekanan darah yang tidak terkawal boleh meningkatkan masalah kesihatan
yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.
Diet dan gaya hidup
yang sihat dikatakan boleh membantu anda daripada terkena tekanan darah
tinggi. Berikut ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk turunkan
tekanan darah tinggi tanpa ubat-ubatan.
Antara cara yang perlu anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi:
1. Lakukan Aktiviti
Bergerak atau melakukan aktiviti seperti bersenam boleh memperkuatkan
jantung sehingga dapat mengepam lebih banyak darah dan mengurangi tekanan pada
arteri. Perkara ini juga membantu mengurangkan berat badan yang dengan
sendirinya membantu menurunkan tekanan darah.
Usahakan untuk bergerak selama 30 minit setiap hari, seperti berjoging
atau berjalan kaki. Namun, jika tekanan darah sedang tigggi, sebaiknya
mengangkat sebarang beban kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan
darah.
2. Wajib Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Kandungan kalium, magnesium dan serat daripada buah-buahan dan
sayur-sayuran boleh menurunkan tekanan darah.
3. Pilih Susu Rendah Lemak & Soya
Susu rendah lemak dan protein daripada soya dikatakan memiliki efek
penurunan tekanan darah ketika menggantikan keperluan karbohidrat dalam makan.
4. Pilih Gandum
Makanan yang berasal daripada gandum dikatakan boleh mengurangi tekanan
darah dan membuat pesakit tidak perlu mengambil ubat. Jadi, cubalah beralih ke
roti, bubur, bijirin, beras merah ataupun pasta gandum.
5. Makanan Berwarna Ungu
Buah atau sayuran yang berwarna ungu seperti blackcurrant, raspberry,
terung, blueberry sangat bermanfaat buat tubuh. Kandungan ‘anthocyanin’ yang
terdapat di dalamnya membantu meregangkan pembuluh darah serta meningkatkan
pengaliran darah.
6. Kurangkan Pengambilan Garam
Hubungan garam dengan tekanan darah sangat kuat, kerana garam menarik
cecair sehingga meningkatkan volume dan tekanan darah di arteri. Sebahagian
besar garam yang diambil bukan daripada apa yang ditambah ke dalam makanan,
tetapi ia sememangnya sudah tersedia ada di dalamnya.
Credit to: http://www.wom.my/
Selain itu pengambilan suplemen dapat membantu menurunkan tekanan darah. Bagi menurunkan darah tinggi, pengambilan Omega Guard dan Garlic Complex dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi secara semulajdi tanpa bantuan ubat-ubatan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com