Tuesday 25 November 2014

Supplemen: Keperluan atau tidak?

Ok, entry kali ini saya nak petik daripada buku Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) iaitu "Suplement Kesihatan yang Tidak Selamat, Tidak Perlu atau Tidak Bermanfaat".
Bagi mereka yang belum pernah membaca buku tersebut di bawah ini saya kongsikan:



Siapa SEBENARNYA Perlukan Multivitamin?

Bukti multivitamin memberi hanya sedikit perlindungan, itupun jika ada, bagi golongan berusia terus meningkat. Misalnya, penyelidik dari Inisiatif Kesihatan Wanita (WHI) telah memantau lebih 161,000 wanita, dengan membandingkan mereka yang mengambil pil vitamin dengan mereka yang tidak mengambilnya. Selepas 8 tahun, mereka mengesan ada segelintir pihak yang memperoleh manfaatnya:


Pengamal diet. Bagi yang ingin menurunkan berat badan, mereka boleh mengurangkan kalori dan masih mendapat semua nutrien yang diperlukan daripada makanan. Tetapi jika pengamal jagaan kesihatan profesional menasihatkan agar anda mengurangkan kalori dengan berlebihan, pertimbangkan untuk mengambil multivitamin.

Pemakan sayur (vegetarian). Mereka yang tidak memakan telur dan produk tenusu boleh mengalami masalah kekurangan kalsium, Vitamin B12, zat besi dan zink, kecuali mereka memakan makanan yang diperkuatkan. Mereka boleh mempertimbangkan multivitamin walaupun mereka lebih baik dengan satu suplemen, memandangkan pelbagai vitamin mungkin tidak mempunyai cukup nutrien yang mereka perlukan, dan terlalu banyak nutrien yang mereka tidak perlukan. 

Mereka yang mengalami masalah tertentu. Ini termasuklah keadaan yang menjejaskan kemampuan untuk menghadam atau menyerap nutrien. Jika anda mempunyai alasan perubatan untuk mengambil suplemen, anda perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai apa yang perlu diambil dan berapa banyak. Anda mungkin memerlukan bentuk yang lebih mudah diserap dan dos yang lebih tinggi berbanding yang disediakan dalam multivitamin.

Mereka yang mempunyai diet yang buruk terutama orang tua. Mereka yang makan tidak mencukupi untuk mengekalkan berat mereka mungkin memerlukan lebih daripada multivitamin standard. Mereka perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan. 

Wanita hamil, cuba untuk hamil atau menyusu. Ramai wanita hamil mengambil kurang daripada 400mcg asid folik sehari yang membantu mencegah kecacatan tiub neural pada bayi yang baru lahir. Wanita hamil dan menyusu juga memerlukan lebih nutrien lain terutama kalsium dan zat besi. Mereka perlu mengambil multivitamin pranatal yang khusus.

***********************

Jadi, anda lihat sendiri diri anda, anda nilai dan anda tentukan..samada anda memerlukan multivitamin atau cukup dengan pengambilan nutrien seharian anda.. :)

1 comment:

  1. best sangat entry-entry penulis ni. Penuh dengan maklumat. Tapi kenapa dah lama tak update?..Ternanti-nanti kami ni

    ReplyDelete

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.