Thursday, 16 October 2014

Asam Pedas versi utara


                Hari ini saya kongsikan masak asam pedas versi utara. Resepi ni senang ja, main rebus ja semua bahan. Kalau nak diet resepi ni sangat lah bagus, dah la pedas (ikut citarasa, saya suka kalau pedas sedikit) dan tak guna minyak. Bahan utama adalah ikan, sangat tak sesuai guna ayam atau daging sebab rasanya macam kuah laksa. Pergh…sedap. Jom tengok bahan-bahannya



Bahan-bahannya
Ikan (tak kisah ikan apapun tapi saya suka ikan kembung,pari dan ikan selangat)
2 keping asam keping
Beberapa tangkai daun kesum
6-7 biji bendi
Sebiji timun (dipotong besar-besar)

Bahan-bahan kisar
Cili kering 7-8 tangkai (boleh kurang kalau tak tahan pedas)
Bawang besar 2 biji
Sedikit Belacan

Cara-cara masak
  1. Rebus bahan kisar, ikan, daun kesum dan asam keping. 
  2. Bila ikan dah nak masak, masukkan bendi dan juga timun. 
  3. Kemudian masuk garam secukup rasa. Bila bendi dan timun dah masak, tutup api. Dah siap, tak susah sangat cuma nak sediakan bahan kisar aja.


Satu tip bagi wanita yang bekerja, saya akan sediakan siap-siap cili kering yang dah siap diblender dalam peti ais. Tahan untuk seminggu, senang bila balik kerja terus ambil dari peti ais dan masak. Untuk bawang pun saya kupas siap-siap terutama sekali bawang putih, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Dah jimat masa nak mengopek bawang. Ok selamat mencuba.




Wednesday, 15 October 2014

GLA Complex


GLA Complex (RM91.25/60caps)

               GLA complex dari Shaklee adalah kegemaran saya. Sebelum ni saya ambil Evening Primrose Oil (EPO) yang saya beli dari farmasi, tapi sejak mengamalkan GLA saya terus jatuh hati tangkap cinta macam tu.  Dulu saya amibil EPO sebab nak stabilkan hormone, maklumlah perempuankan selalu horman tak stabil terutama sekali bila period nak dekat. Bila dah kenal GLA Shaklee dari mencuba terus saya suka dengan khasiat dari GLA ini.


                 Kebanyakkan GLA (gamma linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari pokok bunga borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan. Sebab inilah saya bertukar dai EPO ke GLA. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic dikawasan Saskatchewan, Kanada.


Pokok Borage; Benihnya diekstrak untuk mendapatkan minyak

                   Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.





GLA bukan untuk wanita sahaja

           Ramai yang beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita sahaja. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleic sama penting seperti asid amino tang mana tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong jel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga menopause dan andropause(menopause lelaki).



Manfaat Utama
  • Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Menstabilkan hormon estrogen dan testrogen – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes (panas badan, berpeluh), insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberi kesan kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki maslah prostat lelaki dan maslah kerap kencing.
  • Menentang Kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imuntubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflmasi kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan artiritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi , mengelakkan maslah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut – memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD/AD HD) – dibukti secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autism yang sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


Cadangan
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)
Untuk menopause, pelansingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Tuesday, 14 October 2014

OsteMatrix




OsteMatrix (RM61.00/120tabs)


               Osteomatrik adalah salah satu supplement kegemaran saya. Terutama sekali bila lenguh dan kekejangan melanda, ia membantu melegakan masalah lenguh dan kekejangan saya. Selain itu ia juga ia membantu saya kekal cergas menguruskan keluarga dan kekal aktif dalam melakukan kerja seharian. Ia mempunyai kalsium yang paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. 
         Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, maganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

              Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Jisim tulang akan mengalami kepadatan maksimum pada umur 28 tahun dan kemudian ianya kan mengurang dengan cepat pada umur 40 tahun. Sebab itulah saya mengambil Osteomatrik kerana ianya penting bagi wanita apabila umur telah menginjak masuk ke 30an bagi mengelak penyakit osteoporosis.




 Jisim tulang berkembang kepada maksima pada umur 28 tahun dan selepas berumur 40 tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada supplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplemen. Penggunaan hanya dua tablets dari osteomatrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12jam.







Manfaat Utama
  • Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Tambahan pula kalisum membantu sel menyerap nutrient dan mernsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D – vitamin D mampu merawat penyakit rickets, ia menyerap kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondontal. Pengamal vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium – adalah ion positif no.2 penting didalam tubuh. Ianya menggalakkan komposis tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, meningkatkan enzim tubuhuntuk menghasilkan tenaga, pengecutan  saraf dan otot, menstabilkan denyutan sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum – memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artiritis


Cadangan

Untuk pemiliharaan kesihatan: 2 kali sehari,  2 tablet setiap kali (lepas makan)
Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas: 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
Untuk tulang retak, osteoporosis: 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Monday, 13 October 2014

Resepi Ayam Masak Kurma

               Kali ni saya nak kongsi resepi masak kurma ayam atau bahasa kampung, ayam masak putih. Ini cara saya masak, jadi sukatan yang tepat memang tidak ada, maaflah saya jenis masak tak pakai sukatan. Main campak ja, jadi kebanyakannya agak-agaklah.


Bahan-bahan utama
Ayam seekor (siap-siap potong)
Serbuk Kurma adabi sepeket (Masak kurma saya suka pakai brand ini)
Kerisik dua camca
Santan pekat ½ cawan (boleh ganti santan biasa secawan)
3 biji ubi kentang (dipotong 4)
2 biji tomato (dipotong 4)
Cabai Melaka/cabai hijau
Bawang besar 2 labu (dipotong besar-besar sebagai hiasan)

Bahan untuk menumis
Bawang merah 5 ulas (diricik halus)
Bawang putih 3 ulas (diricik halus)
Halia 5cm (diricik halus)
Kulit kayu manis (sebatang)
Bunga lawang (4-5 kuntum)
Buah pelaga (4-5biji)
Daun pandan (2-3helai)

Cara-cara masak
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan kerisik dan air. Penting untuk biarkan rempah masak dulu sehingga *pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, baru masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan ayam masak. Setelah ayam lembut, masukkan ubi dan juga santan. Kemudian biarkan mereneh seketika. Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong, cabai melaka/hidup hijau dan juga tomato. Lepas 5minit macam tu, dah boleh tutup api dan siap.

Senangkan? Saya dulu pun bukan pandai sangat masak, ni pun belajar dengan mak kemudian dah pandai sikit buat resepi derhaka. Hahaha… resepi derhaka tu ubah sikit dari resepi mak yang asal. Sebenarnya memasak ni tak susah, janji ada rasa dah cukup. Maklumlah kita bukan chef, nak masak resepi dahsyat tu tak adalah kot, setakat masakan kampong ni boleh la kot. Ok…selamat mencuba.


*pecah minyak = proses menumis rempah sehingga minyak timbul atau minyak terpercik-percik. Itu tandanya rempah dah masak



Sunday, 12 October 2014

Lecithin

                


Lecithin (RM52.50/180tabs)


           Lecithin diekstrak dari kacang soya organic bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol, fosforus dan lemak tepu.



Manfaat Utama
  • Menyerap vitamin yang larut lemak – Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati – Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol – Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelansingan – Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit – membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi – Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan daya alergi dari penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang pembentukan batu karang – 90% dari batu karang terjadi dari kolsetrol yang tinggi di dalam badan. Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress – Mengandungi kolin yang membentuk  penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – Memperbaiki tekanan darah tinggi dngan menghalang arteriosclerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki – Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Pengambilan
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)
Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3 kali sehari,  kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Saturday, 11 October 2014

Resepi Kerabu Arab

Resepi Kerabu Arab


                Hari ni saya nak kongsi satu resepi paling ringkas. Boleh buat makan petang atau sambil-sambil tengok tv. Makan berkhasiat, sesuai untuk yang tengah berdiet. Jangan tanya kat mana arabnya, kat minyak zaitun kot. Tapi minyak zaitun ni resepi Itali banyak la guna. Resepi ni kawan yang bagi. Dah cuba buat, sedap sangat sebab saya ni hantu salad dan sewaktu dengannya. Sekali-sekala ubah selera apa salahnya, selera mat salih katanya….

Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
1 biji tomato (pilih yang besar)
1/2 biji timun
Salad fetucini (agak-agak dlm 5 helai)
Cabai merah 1 biji
Cabai melaka dalam  4@5 ikut kepedasan
Bawang besar 1 ulas
Gula dan garam secukup rasa
1/2 biji lemon(perah ambil jus dia je tau)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara masak:
1.  Bawang besar, tomato (buang biji dalam yg berair tu), timun( buang bahagian biji sikit)...semua bahan ni potong dadu..
2.     Salad, cabai merah (buang biji dalam & potong halus2), cabai melaka potong
3.     Apabila dah siap potong semua, masukkan dalam 1 bekas, tabur sedikit garam & gula secukup rasa, diikuti dengan minyak zaitun dan perahan lemon..pastu siap untuk dihidang..



Saya tambah telur rebus sebagai protein tambahan, nak bagi kenyang sikit. Selamat mencuba.


Thursday, 9 October 2014

HERB-LAX Shaklee

                


                                                                  Herb-lax (RM52.50/120tabs)

            Herb-lax adalah salah satu produk hot dalam set kurus Shaklee. Ia juga membantu bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi terdiri daripada: alfafa, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckthorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh bagi masa panjang.

                Tidak seperti ubat sembelit ataupun produk kurus yang lain, Herb-Lax tidak memberi kesan cirit-birit ataupun keperluan untuk ke tandas setiap 5minit. Ianya tidak mengganggu perut dan bertindak sebagai pencuci usus yang lembut dan paling penting ia diperbuat dari bahan semulajadi. 

Manfaat Utama
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proes semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membnatu masalah sembelit
  •  Mengempiskan perut
  • Ia membantu untuk mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


9 Herba Semulajadi

1. Senna Leave


Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detokfikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


2. Buckthorn bark

Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.


3. Licorice root

Membantu proses detokfikasi


4. Fennel seeds

Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut atau usus.


5. Anise seed

Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan


6. Rhubarb root

Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina yang digunakan sebagai antibiotic


7. Blue malva flower

Membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit


8. Culver’s root

Membantu masalah lebihan air dalam badan dan juga asma


9. Alfafa leaves

Membersihkan usus, hati dan darah


Rekomendasi
Untuk kesihatan berpanjangan                                 : 2 kali seminggu – 4 biji setiap kali sebelum tidur
Untuk pembersihan usus/detokfikasi, melawan kanser, mengawal berat bad     : 2 kali sehari – 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)

Perhatian
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herba-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman /pembuangan kembali normal.
Tidak digalakkan juga diambil bagi wanita yang dalam haid kerana akan mengakibatkan gangguan pada perut.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.