Sunday 27 October 2013

Tips Tingkatkan Tenaga





Rasa letih? Lesu? Cepat Penat? Malas?

Jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan,
gaya hidup dan sebagainya. 

9 Tips Meningkatkan Tenaga 
*********************
1. Bernafas dengan cara yang betul

Kebanyakkan kita “malas” bernafas, Gunakan teknik bernafas yang betul, sedut udara dari hidung (dalam kiraan 10), tahan (dalam kiraan 10), dan keluarkan melalui mulut; pastikan perut anda buncit semasa menarik nafas dan rasakan udara yang masuk ke dalam tubuh badan anda

2. Tidur yang cukup

Orang dewasa memerlukan tidur 7-8 jam sehari. Tidur seawal bagi memastikan hormon melatonin dirembeskan sepenuhnya.Melatonin berfungsi sebagai anti oksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, meningkatkan imun sistem, mencegah kanser, dan yang paling best untuk awet muda. Pastikan lampu anda dipadamkan semasa tidur agar penghasilan melatonin tidak terganggu.

3. Kurang air dalam badan

Setiap orang perlukan 8 hingga 10 gelas air sehari, (air masak atau air bertapis). Kekurangan air di dalam badan mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan. Fenomena ini akan menyebabkan tubuh badan kering serta keletihan 

4. Cara Pemakanan

Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi, Skip sarapan menyebabkan anda mengambil karbohidrat berlebihan semasa makan tengahari. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah menyebabkan keletihan. Pastikan anda hanya mengambil segenggam nasi untuk makan tengahari, lebihkan sayur-sayuran serta pengambilan buah-buahan. 

5. Bersenam 

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pelbagaikan aktiviti seperti jogging, brisk walk, hiking, bermain badminton dan lain-lain agar anda tidar berasa jemu untuk bersenam. Ajak rakan-rakan dan keluarga untuk meningkatkan motivasi untuk bersenam. Lakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dan tingkatkan. Waktu terbaik untuk bersenam adalah awal pagi.

6. Kawal StressTekanan emosi yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal akan menjejaskan fizikal, anda akan kerap rasa keletihan, sakit kepala, kurang selera makan, tidak aktif dan sering hendak tidur. Kenalpasti punca stress dan cara atasi. 

7. Take a BREAK

Ambil 10-15 minit dari melakukan aktiviti sampingan yang anda suka seperti membaca buku,
surat khabar, menikmati pemandangan, window shopping dan sebagainya. 

8. Kurangkan pengambilan Kafein

Kafein mempunyai kesan menyahhidratkan. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama beberapa jam. Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga. Kurangkan pengambilan secara berperingkat sehingga badan anda terbiasa dengan keadaan yang baru. Gantikan minuman berkafein dengan pengambilan teh hijau yang boleh membantu meningkatkan tenaga. 

9. Pengambilan Supplement
Multivitamin, B complex dan Perforamnce membantu meredakan stress dan menambahkan tenaga.





Credit Dr. Malinda Health And Beauty Clinic

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.