Thursday 10 October 2013

Penyakit Ekzema Pada Kanak-kanak


Dalam entry saya sebelum ini saya ada menceritakan tentang anak saya yang mempunyai penyakit ekzema. Seorang ibu yang mempunyai anak yang ada penyakit ini, saya peka terhadap makanan yang di ambil oleh Raha, cuaca atau persekitaran yang panas dan kotor; di mana faktor-faktor ini dapat mempengaruhi dan menyebabkan ekzema bertambah teruk. Pesakit ekzema juga alah terhadap bahan kimia yang kasar dan tidak sesuai dengan pH kulit. 

Mari kita pelajari dan kongsikan apa itu ekzema dan rawatan yang sesuai untuk mengekang penyakit ini. 

Apa itu ekzema


Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang dihidapi lebih kurang 15 dan 20 peratus dari kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.


Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan merekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 






*Photo credit to google


Apakah rawatan untuk ekzema?


Rawatan ekzema bergantung kepada tahapnya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 


Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien ataupun losen badan beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan kuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 



Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat langkah-langkah lain yang dapat membantu ada: 
  • Mengetahui dan mengesahkan punca yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Mengelakkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki daripada menjadi lebih mudarat. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas diakibatkan oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk di rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi kain jenis panas, wool dan sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu persekitaran bayi anda dengan lebih mudah. Paling mudah pasangkan aircond untuk anak anda ketika cuaca sangat panas seprti di Malaysia.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak ekzema, janganlah berputus asa mengubati anak anda. Carilah rawatan yang sesuai untuk anak anda. Saya bertemu dengan Omega Guard dari Shaklee yang dapat mengurangkan ekzema anak saya dan saya berpuas hati dengan keadaan anak saya sekarang.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.