Wednesday 23 October 2013

Tips Mudah Kuruskan Badan

     Tajuk blog kali ni untuk perli diri sendiri. Eh tak, "think positive". pembakar semangat sebab susah sangat nak turunkan berat badan sejak bersalin pada 2010. Eh dah tiga tahun, dah bermacam produk dan cara untuk kurus pernah saya cuba tapi huh tak ada hasil dan yang terbaru saya mencuba produk shaklee. Ambil basic set bawah RM100 saja, jadi nak nampak kesan kena ambil dalam jangka masa panjang dan konsisten. 

     Ada pelanggan yang mencuba set kurus Shaklee merungut sebab lambat menampakkan hasil seperti orang lain. Pada pendapat saya, badan seseorang tidak sama jadi mungkin ini yang menjadi faktor penentu bila kita ingin menurunkan berat badan. Jadi kalau nak cepat mari kita cuba cara di bawah mungkin dapat membantu kita mengurangkan berat badan :)


1. Kawal Pemakanan Anda 

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula. Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama. Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing.

3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? 

4. Elakkan/Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis. 


Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari. Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/Senaman Ringan

 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda. Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda. Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus:)

7. Pilih Program Diet/Kuruskan Badan Yang Terbaik

 Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/khidmat nasihat mereka. 

Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap. Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang?
 

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari. Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan hasil yang positif.


Macam mana? Nampak senang, yang penting displinkan diri insyallah kita dapat turunkan berat badan. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.