Friday 1 November 2013

Kenapa Kita Memerlukan Vitamin/Supplemen Tambahan



Vitamin C SR 180 tablet WM (RM92.50) / EM (RM97.50)



B Complex 120 tablet WM (RM 53.75) / EM (RM 56.25)

 "Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat jugak". Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu-dulu, orang asli tak guna bahan-bahan kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia dan sebagainya.

Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik-baik sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari. Itu baru nak dapatkan Vitamin C yang cukup untuk badan. Macam mana pulak untuk untuk vitamin-vitamin yang lain. 

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk-bentuk lain, bujur ke, bersegi ke, apa-apa lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.

Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu. Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.

Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.