Sunday 17 November 2013

Motivasi Diri Dr. Azizan - aktiviti hujung minggu


     Assalamualaikum. Pagi ni saya attend Seminar Kekayaan & Kejayaan Dr Azizan Osman. Ingatkan nak buat live update ja dari sana. Tapi tak boleh sebab seminar ni banyak aktiviti tangan. Ya aktiviti menggunakan tangan & menari. Saya rasa biasa kalau attend mana-mana seminar atau kursus motivasi memang program dia macam ni. Saya tahu tentang seminar ni pun dari kawan baik yang daftarkan nama secara percuma. Ya percuma ja, cuma daftar kat fb tiga orang peserta, tiga-tiga dapat free admission. Jimat duit. Seminar ni mengenai mencapai kejayaan dan kekayaan serta berfikiran positif. 

     So pagi-pagi subuh dah bangun siap-siap dan poskan Raha kat rumah tok dia. Sampai Seberang Jaya, terlupa kat mana venue seminar ni, di Sunway Hotel ke Sunway Carnival? Call member tak angkat pulak, tapi nampak kereta banyak masuk dalam Sunway Carnival, mana ada orang pi shopping mall awal 8:00 pagi.Tokey kedai pukul 9 lebih baru nampak hidung. Tawakal ja lah masuk, kalau silap kita pi yang hotel pulak, fuh nasib baik betul. Kalau tak nak kena keluar balik dan cari parking lagi. Saya ni malas nak cari parking. 

     Masa saya sampai dekat registration, berduyun-duyun manusia tengah mendaftar.  Habis daftar tunggu member nak duduk sekali, masuk ja dewan kami dapat tempat duduk barisan yang belakang sekali. Nampak Dr. Azizan atas pentas tu kecik ja, comel aje.  Tak apalah janji pengisian tu ada walaupun tak berapa nampak Dr. Azizan. Satu lagi dalam seminar ni tak boleh ambil gambar, ada kakak depan saya tu kena sound sebab ambil gambar. Krew kata "Akak tak baca masa sign tadi dalam borang ada mention gambar tak boleh ambil". Amboi adik, borang tu banyak benda tulis, masa pun singkat sangat nak baca segala isi kandungan tu, akak tu tak perasan kot, saya sendiri pun tak baca sebab lepas isi particular borang tu kena hantar balik. Gambar bawah ni ambil kat FB Dr. Azizan. Nampak tak saya?  Eh baru perasan gambar depan laki yang pakai cap tunduk ni satu ofis dengan saya. 



Apa yang saya dapat hari ini?

1. Buku Dr. Azizan (RM25.00- I dapat free!)


2. Paling penting pelajaran yang utama adalah kembali pada Allah

Kenapa kembali pada Allah? Sebab kalau kita selalu ingat Allah, Dia akan ingat kita balik dan apa yang kita minta insyallah Allah akan tunaikan tapi perlu ada usaha. Banyak testimoni yang saya dengar pagi tadi, banyak yang lalai dengan perintahNya dan selepas balik dari seminar mereka perbetulkan diri dan berjaya dalam hidup. Berjaya bukan setakat 3, 4 angka sebulan. Ada sorang tu sampai 6 angka dan ada yang cecah juta-juta. Fuh pengsan mak kalau dapat juta. Tapi tak ada yang mustahil. 

     Dr. Azizan pesan supaya kita bersyukur, sedekah, sujud pada Nya,  sucikan diri dengan istighfar dan banyak-banyakkan selawat.  Dia pesan juga dalam apa jua yang kita buat dalam hidup ni memerlukan mentor, attitude untuk berjaya, gigih berusaha, nekad dalam setiap keputusan, energetic dalam melakukan kerja dan ambil tindakan yang luarbiasa dan tawakkal. Dia juga pesan apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, semuanya adalah doa. Makin kerap kita tanamkan dalam hati, maka ia akan jadi kenyataan. 

     Semoga apa yang saya share ni dapat memberi sedikit semangat untuk kita semua berjaya. Nak tau lagi lanjut boleh fb Dr. Azizan atau lamab web Dr. Azizan untuk maklumat lanjut. Bye! Wasalam.

1 comment:

  1. terima kasih. point yang number 2 tu memang bermakna....sedang usaha untuk istiqomah. ;)

    ReplyDelete

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.