Friday 1 November 2013

Bersalin secara "ceaser"


     Bagi yang selalu memperkecilkan kesakitan antara bersalin normal dan czer....jangan anggap czer ni tak sakit...bius kalau dah habis luka torehan apa yang sakit. Dan jgn fikir bersalin normal saja yang sakit. Saya dulu dah masuk wad bersalin dan laluan dah terbuka 7cm sebelum doktor kata "I terpaksa operate you takut baby lemah dah lebih 7jam & laluan you tak ada progress" masa tu saya dengar doktor kata nak operate huh hilang segala sakit contraction yang sebelum ni menyerang. Kalau boleh dua-dua cara ni saya nak rasa...tapi ketentuan Allah, siapa yang berani mempertikai. 
          Para suami tolong jaga isteri sebaik mungkin...betapa seksanya dia nak melahirkan zuriat anda satu-satunya. Bila para suami mengambil berat tentang isteri yang sakit ini, suami akan lebih menghargai ibu yg melahirkan.
          Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak berapa bestnya bersalin kaedah ini, mengikut pengalaman saya bersalin cara ini, sakitnya selepas proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung tak berani, ada pulak luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan mengilukan. Saya sendiri luka luar bernanah, nasib baiklah sedikit saja. Itu belum sembelit lagi, hendak membuang pun jadi takut, takut bila meneran nanti yang di perut ni terbuka. Nak bangun pun susah, mandi nak kena jaga kawasan operate tak terkena air takut bernanah. 
         Tapi semua wanita jiwanya kuat dan tabah. Kaum lelaki belum tentu boleh jadi sekuat dan setabah wanita. Penjagaan bersalin bedah memang lebih rumit. Namun walau apa pun kaedah/proses anda bersalin, penjagaannya masih tetap sama dan penting. Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan ketika berpantang: Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili, brokoli, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot. 
           Buah-buahan seperti tebu, nenas, belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau, ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui sebagai artritis dan rheumatisme.
            Ikan masin atau ikan kering selain tidak mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri, sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol, kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan menyebabkan luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44 hari. Air ais, air sejuk, air bergas, air tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh menyebabkan angin dalam badan. Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan kembung perut. Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.