Thursday, 26 March 2015

Kenali Tanda-Tanda Awal Anda Diserang Kanser Usus


Assalamualaikum……Post yang lepas saya ada share tentang kisah arwah kakak yang menghidap kanser usus. Hari ini saya akan share pulak tentang tanda-tanda kanser usus supaya rawatan awal dapat diambil. Kanser usus merupakan pembunuh nombor tiga di kalangan wanita, selepas kanser payudara dan serviks. Jadi kanser usus ini bukan sesuatu yang kita boleh ambil ringan.Bagi di kalangan lelaki, kanser usus ini merupakan kanser yang kerap berlaku. Kanser usus  adalah kanser yang bermula dalam usus kerana makanan bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum yang terdapat di dalam usus. Rektum ialah bahagian terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur.Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang berfungsi mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Tanda-Tanda Kanser Usus
  • Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.
  • Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.
  • Najis bercampur dengan darah.
  • Najis berwarna kehitaman
  • Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper daripada biasa.
  • Perut rasa memulas.
  • Terasa asyik hendak buang air besar walaupun sebenarnya tidak perlu.
  • Perut rasa tidak selesa seperti senak,sakit atau kembung.
  • Muntah.
  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Kerap penat dan letih lesu.
Faktor Kanser Usus
1. Umur
Warga emas mempunyai risiko yang tinggi kerana 90% kes kanser usus di negara kita membabitkan golongan berumur 50 tahun ke atas.
2. Kehadiran Polip Dalam Usus
Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser.
3. Keturunan
Sekiranya terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah menghidap kanser usus, maka anda juga berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko untuk mendapat kanser usus.
5. Pemakanan
Pemakanan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya kanser usus. makanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat meningkatkan lagi risiko diserang kanser usus.
6. Merokok
Asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Oleh itu,golongan perokok mempunyai 30-40% risiko untuk menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.
7. Minum Alkohol
Terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.
Individu obesiti serta tidak mengamalkan gaya hidup aktif mempunyai peluang tinggi untuk menghidapi kanser usus.
 Rawatan Kanser Usus
  • Pembedahan
Rawatan yang kerap dilakukan adalah melalui pembedahan. Sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu melakukan kolostomi iaitu sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan ini adalah rasa sakit apabila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit. Keadaan ini hanya akan berlaku buat sementara waktu sahaja.
  • Rawatan Laser
Rawatan laser yang tinggi boleh digunakan untuk membunuh sel kanser. Cara yang mudah adalah mungkin ia digunakan sebelum pembedahan untuk mengecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk memusnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan rawatan laser ini adalah anda akan letih dan lesu, kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan ,hilang selera makan, loya dan cirit birit. Kadangkala ia juga akan menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
  • Penggunaan Ubat
Penggunaan ubat juga diperlukan untuk membunuh sel kanser selepas pembedahan. Ubat itu berfungsi sebagai membuang buang sel yang tertinggal. Kesan sampingannya adalah loya, muntah, cirit birit atau terjadi rekahan di mulut.

Credit To:
http://www.wom.my/kesihatan/

Selain itu pengambilan supplemen anti oksidan yang tinggi juga dapat membantu mencegah kanser usus. Antara suplemen Shakle yang terkenal bagi membantu menyekat aktiviti kanser adalah Vivix, Nutriferon, Vita-C, Vita E, Carotomax, BComplex, Alfafa Complex, Herba Lax, ESPGarlic dan macam lagi. Kebanyakan suplemen Shaklee mengandungi ani-oksian yang tinggi dimana sesuai untuk melawan sel kanser. Pengambilan suplemen ini dapat membantu mempertingkatkan sistem imun, melawan sel kanser dari membesar, mempercepatkan pemulihan dan banyak lagi. Bukanlah semua yang saya sebut di atas tu wajib diambil, tapi sekiranya kita mengambil salah satu suplemen tersebut dah memadai untuk membantu tubuh dari ancaman kanser.


Hubungi saya untuk konsultan suplemen yang berseuaian.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.