Thursday 30 October 2014

Peppermint-Ginger Plus



Peppermint Ginger Plus (RM 45.00/90tabs)


PPD ataupun Peppermint Ginger Plus adalah supplemen bagi pesakit yang mempunyai masalah angin yang berkaitan dengan usus dan perut. Kelebihan Peppermint Ginger Plus adalah ia dirumuskan dari 4 jenis herba yang membantu mengatasi masalah:-

  • Loya dikalangan wanita mengandung
  • Mereka yang mengalami maslah penghadaman dan pencernaan
  • Mereka yang mengalami masalah kembung perut atau sendawa berlebihan
  • Mereka yang sering mengalami masalah mabuk laut/darat
  • Mereka yang mengalami masalah gastrik dan angin


Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik . Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.




Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selsema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus.

Halia
  • Halia meransang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang)
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan
  • Penyelidik di Switzerland mendapati halia sebagai remedi lain untuk merawat mabuk laut
  • Halia juga digunakan untuk merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.



Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. 
  • Ia dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.



Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut



Cadangan Pemakanan
Membantu Penghadaman      : 3 biji selepas makan
Mencuci usus dan perut         : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji alfafa di dalam air suam untuk minum
Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk  : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
Kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Wednesday 29 October 2014

Anak Degil dan Cabarannya



Di zaman serba mencabar ini, mendidik anak-anak merupakan cabaran kepada ibu bapa. Untuk mendidik anak menjadi insan berguna bukan suatu yang mudah lebih-lebih lagi di zaman dunia tanpa sempadan ini. Jika ada di antara kita mempunyai anak yang degil, jangan berputus asa. Berikut ada beberapa tips menangani anak degil

 Tips Menangani Anak Degil

1. Jangan pukul anak dari lutut keatas

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan   jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4. Bergurau dengan anak dan rapatkan hubungan kekeluargaan
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya … bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

5. Berikan penghargaan dan pelukkan

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

6. Sediakan persekitaran rumah yang menyeronokkan
“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

7. Ibu bapa perlu tunjuk sikap yang baik
Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “*****, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

8. Luangkan masa bersama anak-anak. Jangan terlalu sibuk bekerja kerana suatu hari nanti kita akan tersedar yang anak-anak kita dah besar. Betapa kita akan merindui saat mereka kecil-kecil dahulu

9. Kerapkan berdoa dan amalkan zikir pelembut hati kepada anak-anak supaya hati mereka tak lagi degil dan mendengar nasihat kita


10. Amalkan peluk anak setiap hari supaya dia kasih dan sayang pada kita


Apapun, yang penting ibu bapa kena bersabar, banyakkan berdoa dan jangan turutkan emosi dalam menangani anak yang degil ini. Mudah-mudahan artikel tips menangani anak degil ini membantu kita semua mendidik anak-anak kita.



Kredit : fb/ibubapacemerlang

Monday 27 October 2014

Vita-E Complex With Grapeseed Extract



Vita-E Complex (RM149.00/120 caps)

Vita-E Complex diperbuat daripada minyak soya organic, minyak yang ekstrak dari biji anggur dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak dari d-alpha tocopheryl yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.


Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, cadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.


Grape Seed Extract mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain. Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.



Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Extract
  •  Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
  •  Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia
  • Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
  •  Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit
  • Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
  •  Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
  • Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti-virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah


Manfaat Utama
  • Melindungi jantung  - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik dan penyakit jantung.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif – Kajian pada 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti-penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Anti-oksidan yang kuat – Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan bagi melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat dari radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.
  • Kelestarian tenaga – meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. 
  • Memperbaiki artiritis – meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
  • Menghalang keguguran – merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopause seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran.
  • Memperbaiki parut – memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh digunakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.



Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, Vitamin C & E) bersama-sama bagi menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas. 

J-Lo yang dah berumur 45 tahun pun amalkan Vita-E untuk kulit kekal muda, cantik dan cergas.


Cadangan:
Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan)
Untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com




Thursday 23 October 2014

Omega Guard

Omega Guard (RM136.00/90tabs)


           Omega guard dikenali dikalangan SID Shaklee sebagai minyak ikan terbaik di dunia. Kenapa terbaik? Kerana ia diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardine, mackerel, herring, anchovies) yang terdapat di perairan Negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkain spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.






          Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient, malah ia tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietary tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia industry yang sangat toksik).







Manfaat Utama
  • Asid lemak – omega-3 yang merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh tubuh manusia. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly yang berpunca dari andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan darah normal dan ketegangan leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kadar kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction dan membantu mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan juga membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrient utama bagi otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzhemier, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkna 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psioriasis, demam hay, bronchitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, kolon dan prostat. Ia juga meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pancreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi –fungsi sendi dan gout dengan efektif.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit skizofinea.

American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangya saiz kad permainan  sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.



Kenapa Ikan Laut Dalam?
Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang eskimo yang tinggal di Greenland, Denmark dan bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Manakala kaum eskimo yang menetap di Amerika Utara dan bekerja sebagai pemburu menghadapi maslah kesihatan jantung kerana diet utama mereka ialah daging yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukan ikan dari laut dalam mengandungi asid lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sendawa Bau Hanyir Ikan?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan. Disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan ataupun ketika perut kosong untuk penyerapan yang lebih baik.
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancer dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan menjalani pembedahan dan wanita yang hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan
Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum makan)
Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (sebelum makan)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Friday 17 October 2014

Zinc Complex Shaklee

                

Zinc Complex (RM33.75/120tabs)

               Zink adalah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita. Ia mengaktifkan tindakan hampir 100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus tindak balas biokimia dalam tubuh anda. Ianya dirumuskan dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfafa untuk menghasilkan zink yang mudah diserap oleh badan (Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini).


              Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik dalam badan seperti cadmium dan plumbum. 

Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan
Zinc Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan keseluruhan badan anda.


Manfaat Utama
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim – zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolism gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk kolagen – membantu pembentukkan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetes – membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memeperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku – bintik putih itu adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah penglihatan , mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan Sistem Imun -  membantu pengeluaran kelenjar thymus di mana kelenjar ini berfungsi meningkatkan sistem imun dengan mengeluarkan T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  • Mempercepatkan Pemulihan Luka – Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
  • Memperbaiki Masalah Prostat – Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly(pembengkakkan prostat dalam kadar 70%).
  • Kemampuan Seks Lelaki – Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten dan meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi Wanita – Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
  • Memperbaiki Radang Kulit – Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti jerawat.
  • Mengekalkan Deria Bau – Untuk mengekalkan deria bau yang sensitive dan sihat.


Zinc Adalah Khazanah Lelaki
Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain, ia memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Difisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemorosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan rambut gugur. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja sehingga ke umur tua.




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday 16 October 2014

Asam Pedas versi utara


                Hari ini saya kongsikan masak asam pedas versi utara. Resepi ni senang ja, main rebus ja semua bahan. Kalau nak diet resepi ni sangat lah bagus, dah la pedas (ikut citarasa, saya suka kalau pedas sedikit) dan tak guna minyak. Bahan utama adalah ikan, sangat tak sesuai guna ayam atau daging sebab rasanya macam kuah laksa. Pergh…sedap. Jom tengok bahan-bahannya



Bahan-bahannya
Ikan (tak kisah ikan apapun tapi saya suka ikan kembung,pari dan ikan selangat)
2 keping asam keping
Beberapa tangkai daun kesum
6-7 biji bendi
Sebiji timun (dipotong besar-besar)

Bahan-bahan kisar
Cili kering 7-8 tangkai (boleh kurang kalau tak tahan pedas)
Bawang besar 2 biji
Sedikit Belacan

Cara-cara masak
  1. Rebus bahan kisar, ikan, daun kesum dan asam keping. 
  2. Bila ikan dah nak masak, masukkan bendi dan juga timun. 
  3. Kemudian masuk garam secukup rasa. Bila bendi dan timun dah masak, tutup api. Dah siap, tak susah sangat cuma nak sediakan bahan kisar aja.


Satu tip bagi wanita yang bekerja, saya akan sediakan siap-siap cili kering yang dah siap diblender dalam peti ais. Tahan untuk seminggu, senang bila balik kerja terus ambil dari peti ais dan masak. Untuk bawang pun saya kupas siap-siap terutama sekali bawang putih, letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Dah jimat masa nak mengopek bawang. Ok selamat mencuba.




Wednesday 15 October 2014

GLA Complex


GLA Complex (RM91.25/60caps)

               GLA complex dari Shaklee adalah kegemaran saya. Sebelum ni saya ambil Evening Primrose Oil (EPO) yang saya beli dari farmasi, tapi sejak mengamalkan GLA saya terus jatuh hati tangkap cinta macam tu.  Dulu saya amibil EPO sebab nak stabilkan hormone, maklumlah perempuankan selalu horman tak stabil terutama sekali bila period nak dekat. Bila dah kenal GLA Shaklee dari mencuba terus saya suka dengan khasiat dari GLA ini.


                 Kebanyakkan GLA (gamma linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari pokok bunga borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan. Sebab inilah saya bertukar dai EPO ke GLA. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organic dikawasan Saskatchewan, Kanada.


Pokok Borage; Benihnya diekstrak untuk mendapatkan minyak

                   Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.





GLA bukan untuk wanita sahaja

           Ramai yang beranggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita sahaja. Sebenarnya, supplemen GLA asid linoleic sama penting seperti asid amino tang mana tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong jel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga menopause dan andropause(menopause lelaki).



Manfaat Utama
  • Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Menstabilkan hormon estrogen dan testrogen – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes (panas badan, berpeluh), insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan memberi kesan kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki maslah prostat lelaki dan maslah kerap kencing.
  • Menentang Kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imuntubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflmasi kulit – Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism dan artiritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan – merendahkan kolestrol LDL, menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi , mengelakkan maslah jantung seperti arteriosclerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki tekstur rambut – memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Hiperaktif dan Autisma (ADD/AD HD) – dibukti secara klinikal bahawa GLA dan minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak autism yang sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


Cadangan
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali (lepas makan)
Untuk menopause, pelansingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Tuesday 14 October 2014

OsteMatrix




OsteMatrix (RM61.00/120tabs)


               Osteomatrik adalah salah satu supplement kegemaran saya. Terutama sekali bila lenguh dan kekejangan melanda, ia membantu melegakan masalah lenguh dan kekejangan saya. Selain itu ia juga ia membantu saya kekal cergas menguruskan keluarga dan kekal aktif dalam melakukan kerja seharian. Ia mempunyai kalsium yang paling seimbang bagi memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. 
         Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, maganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

              Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan. Jisim tulang akan mengalami kepadatan maksimum pada umur 28 tahun dan kemudian ianya kan mengurang dengan cepat pada umur 40 tahun. Sebab itulah saya mengambil Osteomatrik kerana ianya penting bagi wanita apabila umur telah menginjak masuk ke 30an bagi mengelak penyakit osteoporosis.




 Jisim tulang berkembang kepada maksima pada umur 28 tahun dan selepas berumur 40 tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat

Cara terbaik untuk mengukur penyerapan kalsium daripada supplemen adalah dengan mengukur perubahan dalam tahap kalsium darah selepas penggunaan supplemen. Penggunaan hanya dua tablets dari osteomatrix menyebabkan peningkatan statistik penting dalam tahap kalsium darah untuk 12jam.







Manfaat Utama
  • Menguatkan tulang – kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia(rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  • Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh – kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Tambahan pula kalisum membantu sel menyerap nutrient dan mernsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D – vitamin D mampu merawat penyakit rickets, ia menyerap kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periondontal. Pengamal vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.
  • Magnesium – adalah ion positif no.2 penting didalam tubuh. Ianya menggalakkan komposis tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, meningkatkan enzim tubuhuntuk menghasilkan tenaga, pengecutan  saraf dan otot, menstabilkan denyutan sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang dan batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum – memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artiritis


Cadangan

Untuk pemiliharaan kesihatan: 2 kali sehari,  2 tablet setiap kali (lepas makan)
Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas: 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali
Untuk tulang retak, osteoporosis: 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.