Monday 7 April 2014

Apakah Penyakit SLE?

     Pernah dengar mengenai penyakit ini? Saya pun tak pernah dengar ataupun tahu sehinggalah sepupu sebelah suami dimasukkan ke hospital. Masa tu doktor pun tak tahu sakitnya dan ambil masa juga nak diagnos. Sepupu husband ni perempuan dengan dua nak kecil, masa ni kesian kat husband dia; dengan kerja lagi, wife masuk hospital lagi & anak-anak yang kecil. 
     Perubahan yang ketara saya nampak mula-mula bila berat badan dia susut sangat. Alhamdulillah sepupu husband ini sembuh juga tapi masih lagi continue check-up di hospital. Baru-baru ni pulak terdengar seorang saudara saya yang berkemungkinan menghidap penyakit yang sama. Minta-mintalah bukan kerana nak mengesan dan merawat penyakit ini bukanlah mudah.   RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.

Suplemen Dan Badan Kita

   Assalamualaikum.  Dah lama saya tak update blog ni, alasan jangan tanyalah. Hari saya akan tuliskan sebab kenapa badan kita memerlukan suplemen. Kalau bagi saya tentunya untuk menjaga kesihatan untuk masa panjang.  Bukan makan untuk kesihatan hari ini, tapi untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang.  Sesetengah orang keliru dengan menganggap suplemen untuk merawat kesakitan. TIDAK, suplemen tak merawat sakit. Ia cuma membantu mencegah penyakit & memelihara kesihatan.

  • Kenapa badan kita memerlukan suplemen? Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita dapat daripada makanan seharian. Contonhnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan  pencegahan dan anti penuaan. Macam Vitamin C dari buah oren, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 1/2 biji untuk mendapatkan 500 mg Vitamin C sehari. Dengan kesibukan kerja seharian, saya sendiri tak mampu nak makan 7 1/2 oren. Jadi langkah cepat saya ambil suplemen.
  • Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buahdan sayuran tersebut. Melainkan kita mampu mendapatkan sayur & buah organik di mana harganya sedikit mahal berbanding sayur biasa. 
  • Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan juga penyediaan. Contohnya vitamin dan enzimbaik mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak. Ini tak bermakna kita tidak mendapat langsung kebaikan dari masakan tersebut, kita masih lagi mendapat fiber yang berkemungkinan tidak mengandungi khasiat. 
  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan sintetik, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi dengan gula, kafien, lemak dan garam mungkin akan mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 
  • Makanan seharian kita juga mungkin tidak seimbang dengan keperluan seharian kita. Kita juga mungkin tidak memenuhi atau mengikut piramid makanan yang dicadangkan. 
  • Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi dengan kandungan kimia. 
  • Bagi yang bekerja pula, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas yang mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan. 

Mengapa SHAKLEE? 

  1. Berasaskan dari sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis,  pewarna dan perisa.
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
  3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga. 
  4. Setap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten. 
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain. 
  6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet untuk misi mereka.
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktirafkan oleh JAKIM. 

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.