Wednesday, 25 March 2015

Kenali 12 Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi



Kekurangan zat besi adalah salah satu masalah kesihatan yang seringkali tidak disedari oleh ramai orang.Ini adalah kerana symptom-symptom kekurangan zat besi biasanya menyerupai dengan gejala masalah kesihatan lain, seperti sakit kepala ataupun keletihan. Zat besi penting buat tubuh untuk mengeluarkan haemoglobin, iaitu sebuah protein yang berfungsi mengirimkan oksigen dalam sel ke seluruh tubuh.

Kekurangan zat besi yang mana akhirnya boleh membawa kepada penyakit anemia. Jadi, sebab itulah sebelum munculnya masalah kesihatan yang lain, ada baiknya anda mengenali tanda-tanda yang menunjukkan anda kekurangan zat besi.
  1. Rasa Penat
Rasa penat atau letih, lemah dan seolah-olah tidak bermaya adalah gejala umum yang terjadi pada tubuh ketika kekurangan zat besi. Meskipun begitu, tanda ini juga yang paling sukar dikesan kerana kita biasanya berasa penat disebabkan banyak melakukan aktiviti. Kekurangan zat besi akan menyebabkan pengambilan oksigen dalam sel dan seluruh tubuh berkurangan sehingga akan mengurangkan tahap energi dalam tubuh.
  1. Darah Menstruasi Yang Terlalu Banyak
Menstruasi yang banyak adalah salah satu tanda yang patut diberikan perhatian.Banyaknya darah menstruasi yang keluar akan meningkatkan risiko wanita kekurangan zat besi.
  1. Muka Nampak Pucat
Haemoglobin adalah zat yang boleh memberikan kulit warna kemerahan. Jadi sebab itulah, jika seseorang kekurangan zat, biasanya mereka akan memiliki kulit yang pucat. Keadaan ini lebih mudah untuk dikenalpasti pada orang yang berkulit cerah. Sungguhpun begitu, biar apapun warna kulit anda, jika gusi, bibir bahagian dalam dan bahagian dalam kelopak mata berwarna pucat, kemungkinan anda kekurangan zat besi.
  1. Tidak Puas Bernafas
Nafas yang pendek-pendek merupakan salah satu tanda anda kekurangan zat besi. Cuba perhatikan nafas anda ketika melakukan aktiviti seperti biasa. Apakah anda menjadi cepat penat? Jika ya, kemungkinan anda kekurangan zat besi. Ini disebabkan oleh kurangnya haemoglobin yang ada dalam tubuh.
  1. Denyutan Jantung Terlalu Cepat
Kekurangan haemoglobin karena kurang zat besi akan membuat jantung bekerja lebih keras. Akibatnya, jantung akan berdetak lebih cepat, mengalami pembesaran, dan bahkan bisa berujung pada gagal jantung. Namun jangan khawatir, karena kekurangan zat besi harus masuk dalam tahap serius dulu sebelum mempengaruhi jantung.
  1. Kaki Sering Kebas
Kaki yang sering kebas juga merupakan salah satu tanda anda kekurangan zat besi. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa 15 peratus orang yang sering kebas kaki memiliki tahap zat besi yang sangat rendah dalam tubuh mereka.
  1. Sakit Kepala
Disebabkan kekurangan zat besi, tubuh secara otomatik akan mengirimkan lebih banyak darah ke otak dibandingkan dengan bahagian tubuh lainnya. Walaupun begitu, otak tetap akan menerima lebih sedikit zat besi daripada seharusnya. Ini akan menyebabkan arteri membengkak dan mengundang sakit kepala.
  1. Lenguh Otot
Kekurangan zat besi akan membuatkan anda menjadi lebih mudah berasa penat. Selain itu, lenguh otot akibat bersenam akan bertahan lebih lama dari biasanya. Otot memerlukan zat besi untuk kembali pulih.Kekurangan zat besi akan memperlambat proses penyembuhan setelah bersenam.
  1. Mudah Berasa Cemas
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan mudah berasa cemas.Ini adalah kerana kekurangan zat besi menyebabkan tubuh kekurangan oksigen dan membuat sistem saraf terpaksa bekerja dengan lebih kuat. Denyutan jantung yang lebih cepat juga boleh membuatkan anda menjadi lebih stres dan cemas tanpa alasan.
     10. Rambut Rosak
Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menjadi lebih mudah rosak. Apatah lagi, jika kekurangan zat besi tersebut sudah menghampiri penyakit anemia.Ini kerana tubuh bekerja dalam ‘mood bertahan’. Ketika pengaliran darah tidak lancar pada jaringan dan organ, tubuh akan lebih mengutamakan pada organ-organ penting.
   11. Kuku Mudah Patah
Kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan kuku menjadi semakin nipis dan mudah patah. Ini adalah tanda kekurangan zat besi yang umum dan boleh dikenalpasti dengan mudah.
    12. Lidah Terasa Bengkak
Kekurangan zat besi bukan hanya membuatkan lidah kelihatan lebih pucat, tetapi juga boleh membuatnya rasa membengkak dan sakit. Ini kerana kekurangan zat besi juga mempengaruhi tahap myoglobin pada tubuh. Myoglobin adalah protein pada sel darah merah yang berfungsi menjaga kesihatan otot, termasuk lidah.

Untuk mendapatkan zat besi yang mencukupi bagi tubuh badan kita, saya mengesyorkan pengambilan Vita-Lea dari Shaklee. Boleh baca di link VITA-LEA SHAKLEE untuk maklumat lanjut.


Credit to: http://www.wom.my/kesihatan/tubuh-kekurangan-zat-besi/#ixzz3UuiAbFn9 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.