Tuesday, 24 March 2015

Daun Mint Bukan Sekadar Menghapuskan Masalah Bau Mulut, Ketahui Pelbagai Khasiatnya


Daun mint merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.
Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu.Terdapat pelbagai jenis daun mint di seluruh dunia. Di Malaysia, ramai tidak mengenali jenis-jenis daun mint kerana hanya terdapat dua kawasan utama penanamannya iaitu di Pahang dan Pulau Pinang.
Manfaat Daun Mint
  • Daun mint bertindak sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
  • Ia juga baik sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus. Penyelidikan menunjukkan daun mint memiliki kemampuan sifat anti kanser dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  • Daun mint juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  • Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim
  • Minyak yang diperbuat daripada daun mint boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  • Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  • Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  • Ekstrak daun mint terkenal dalam pembuatan ubat gigi yang mampu menyegarkan nafas. Ia sangat terkenal dalam menyelesaikan masalah bau nafas.
  • Daun yang segar ini juga dimakan mentah sebagai ulam-ulaman bersama sambal belacan dan nasi putih. Ia pasti membangkitkan selera anda.
  • Melegakan kekejangan di bahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  • Teh mint menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut, menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  • Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Mint adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan perut masuk angin.
  • Daun mint menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
  • Menjadi sumber galakan, teh daun mint dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
Cara Penyediaan Teh Daun Mint
  • Rendam teh uncang bersama beberapa helai daun pudina dengan air panas.
  • Tambahkan gula dan ais untuk menyedapkan minuman.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Cara Penyediaan Jus Daun Mint
  • Kisar 15 helai daun pudina bersama segelas air masak.
  • Kemudian tapiskan dan ambil jus sahaja.
  • Tambahkan ais dan gula.
  • Siap untuk dihidangkan.
Nak cara lebih senang untuk mendapatkan khasiat daun pudina ini? Boleh baca link ini SHAKLEE PEPPERMINT GINGER PLUS

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.