Wednesday 25 March 2015

Testimoni Belajar Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum…..

Sebelum ini saya hanyalah pembaca blog, tak pernah terfikir untuk mempunyai blog sendiri. Saya banyak membaca blog dan kebanyakkan blog yang saya baca adalah mengenai pengalaman blogger yang baru jadi ibu, ketika itu saya baru menimbang cahaya mata sendiri, jadi bacaan dari blog dapat membimbing saya tentang penjagaan anak. Tak terfikir pun masa tu yang dari blog saya dapat membuat perniagaan dan menjana wang.

Sehinggalah sekitar tahun 2011 saya diperkenalkan oleh kawan untuk belajar membina blog dari Puan Zaila Mohamad. Tujuannya adalah untuk mencari pelanggan dan menambah ekonomi keluarga dengan menjual produk Shaklee selepas saya sendiri mencuba dan nampak kelebihan produk ini.

Pada mulanya saya rasakan orang-orang yang buat blog ni mesti pandai IT, almaklumlah saya ni bab-bab computer ni lemah sikit. Tapi tak sangka bila masuk kelas mengajar blog ini saya diajar step-by-step macam mana untuk membina blog sendiri. Kalau saya belajar sendiri, rasanya pertengahan jalan saja blog dah terbengkalai, jadi projek gajah putih. Bila ada cikgu ini barulah kita bersemangat nak siapkan sebab kita ada cikgu yang amat prihatin membantu kita dalam menyiapkan tugasan.

Paling seronok adalah kelas yang diajar online, dan tiada masa yang ditetapkan untuk setiap kelas, semuanya atas masa kita, almaklumlah saya bekerja sepenuh masa, masa terluang tak banyak, jadi masa free saya tak menentu. Bila ada masa saya akan siapkan blog saya. Yang seronoknya cikgu Zaila  24 jam sedia membantu.

Sebenarnya masa untuk menyiapkan sebuah blog tak susah dan tak ambil masa yang panjang. Kalau kita komited, dalam masa sehari sebuah blog dapat disiapkan, tapi bagi yang tiada pengalaman macam saya lebih baiklah belajar dari yang pakar, tidak mengapa kalau kita ambil masa lebih dari orang lain, barulah puas hati.

Dari kelas ini juga saya diajar untuk membina fanpage di FB, ini merupakan salah satu medium untuk memasarkan pernigaan saya. Dari dua medium inilah saya memasarkan produk Shaklee, jika dibandingkan strategi pemasaran menggunakan cara lama mungkin mediumnya tak besar. Zaman sekarang  semuanya di hujung jari, jadi kita perlulah mengikut peredaran zaman.

Selain membina blog kami juga diberi cabaran untuk menyiapkan 44 entry ataupun post. Nampak macam senangkan? Ini baru post saya yang ke 53, Alhamdulillah saya dah menyiapkan cabaran 44 entry. Bagi yang rajin dan komited mungkin dapat siapkan sehari satu entry, maka dalam masa 44 hari cabaran ini dapat disiapkan. Tidak mengapa, janji kita jangan berputus asa, betulkan cikgu?

Melalui pengalaman saya, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes Shaklee saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

Selain itu saya juga pelajari yang sebuah blog bukanlah bergantung kepada design yang cantik tetapi lebih kepada isi dan kekerapan blog tersebut diupdate. Kata kunci juga penting bagi mendapatkan trafik blog yang banyak dan banyak lagi ilmu yang saya sendiri tak tahu sebelum ini. Semua ini akan di ajar oleh cikgu di ABDR.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan mengikuti blog ini. ;)

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.