Friday 20 March 2015

Emolien (Pelembap) Untuk Ekzema

Assalamualaikum..... Hari ini saya nak share tentang Pelembab untuk Ekzema. Anak saya Raha adalah salah seorang pesakit ekzema dan dah banyak pelembap yang saya pernah cuba. Di pasaran terdapat banyak pelembap untuk Ekzema seperti Ezzera, Moogoo, Cetaphil, aques cream, olive oil, minyak kelapa dara dan banyak lagi, kalu nak tulis kat sini berjela-jela nanti. Tapi yang mana yang sesuai? Kalau di search lebih dalam sesetengah pelembap mengandungi bahan kimia dan untuk bayi sangat lah tak digalakkan, lebih baik pilih yang natural base. Disini saya ada terbaca dari web kementerian kesihatan untuk di share bersama anda. Untuk manfaat bersama.
Apakah itu emolien?
Emolien juga dikenali sebagai pelembap. Emolien mencegah kulit daripada menjadi kering dan boleh digunaTh  may be 2-3 times a day or more if your skin becomes very  2-3 kali sehari atau lebih jika kulit anda menjadi sangat kering.
Bagaimana emolien berfungsi?
Kulit orang yang mengalami ekzema mempunyai kecenderungan menjadi kering.  Emolien dapat mengurangkan kekerapan ekzema daripada menjadi membara (‘flare’).
Apakah jenis emolien yang ada?
Emolien terdapat dalam bentuk losyen, krim dan ‘ointment’. 
Perbezaan antara losyen, krim dan ‘ointment’ adalah kandungan lipid (minyak). Kandungan lipid adalah paling rendah dalam losyen, dan tertinggi dalam ‘ointment’. Semakin tinggi kandungan lemak, semakin berminyak dan melekit kulit anda dan lebih lama ia berfungsi.
Apakah emolien yang terbaik untuk digunakan?
Tiada jenama belian yang terbaik. Jenis emolien bergantung kepada tahap kekeringan kulit, bahagian kulit yang terlibat dan pilihan anda. Untuk ekzema sederhana dan teruk, ‘ointment’ adalah lebih sesuai dan berkesan.
Bagaimana anda menggunakan emolien?
Anda dinasihatkan supaya menggunakan sudu bersih atau spatula untuk mengambil kandungan daripada bekas emolien, dan bukannya jari anda untuk mengelakkan kontaminasi. Emolien hendaklah disapu mengikut hala sepanjang garis pertumbuhan rambut, dengan kuantiti yang tidak berlebihan. Waktu penggunaan yang paling sesuai adalah selepas mandian sebelum kulit menjadi kering sepenuhnya. Emolien hendaklah disapu semula selepas mencuci bahagian tersebut.
Kekerapan penggunaan emolien berbeza dari individu ke individu dan dari semasa ke semasa untuk orang yang sama, bergantung kepada tahap kekeringan kulit. Sebagai permulaan, anda boleh mengguna 2-3 kali sehari tetapi sesetengah orang perlu mengguna setiap jam untuk kulit yang sangat kering. ‘Ointment’ perlu digunakan kurang kerap daripada krim atau losyen untuk kesan yang sama.
Sesetengah orang menggunakan ointment sebelum tidur untuk malam dan krim siang hari memandangkan krim kurang melekit. Sesetengah orang pula menggunakan ‘ointment’ di kawasan badan yang amat kering manakala krim pada bahagian badan yang lain. Apabila kulit mereka bertambah baik, mereka beralih daripada ‘ointment’ kepada krim.
Jika anda mempunyai ekzema, anda perlu terus menggunakan emolien setiap hari walaupun anda tidak mempunyai keradangan pada kulit. Ini adalah penting untuk mencegah kulit daripada menjadi kering dan mencetuskan ‘flare’.
Emolien boleh juga diguna sebagai pengganti sabun kerana sabun biasa mempunyai kecenderungan untuk mengeringkan kulit. Emolien tambahan dalam kot mandi membuat ia berminyak dan licin. Ia adalah terbaik untuk menggunakan tikar dan / atau pengalas lantai untuk mengurangkan risiko tergelincir.

Semasa ekzema ‘flare’, anda akan diberikan steroid topikal sebagai sebahagian daripada rawatan.  Steroid topikal adalah sangat berbeza dengan emolien dan harus digunakan dengan cara yang betul. Apabila menggunakan dua rawatan ini, anda dinasihatkan menggunakan emolien dulu. Ini diikuti dengan steroid topikal 10-15 minit selepas memakai emolien.
Apakah kesan samping emolien?
1.   Sensitiviti (alahan) kulit
Sesetengah krim mengandungi bahan pengawet, wangian dan bahan tambahan lain. Kadang-kadang, sesetengah orang menjadi sensitif (alah) kepada bahan ini. Ini boleh menyebabkan keradangan kulit yang lebih teruk. Alahan ini paling kerap berlaku dengan penggunaan krim akueus (Aqueous cream).
Jika anda mengesyaki bahawa kulit anda sensitif kepada emolien, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat banyak emolien lain yang mempunyai risiko alahan yang lebih rendah dapat digunakan sebagai alternatif. Sebagai contoh, ‘ointment’ mempunyai cenderung yang rendah untuk sensitiviti kulit kerana ia tidak mengandungibahan pengawet.

2.   Folikelitis (Keradangan folikel)
Penggunaan emolien dengan kuantiti yang berlebihan/tebal kadang-kadang menyebabkan folikel rambut pada kulit . Ini boleh menyebabkan folikelitis, iaitu keradangan yang sederhana atau jangkitan kuman daripada folikel rambut yang terjejas.


Credit to http://www.moh.gov.my/

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.