Friday 27 March 2015

Petua Elak Mengantuk Di Pejabat

Assalamualaikum.......Post kali ini berkaitan dengan petua elak mengantuk di pejabat, siapa kerja pejabat macam saya angkat tangan.



Seperti kebiasaannya ramai di antara kita selalu mengantuk di pejabat. Mereka tidak cukup tidur ataupun keletihan membuat kerja-kerja part time pada waktu selepas kerja. Memang perkara biasa kalau mengantuk apatah lagi kerja asyik mengadap komputer 8 jam sehari, mata cepat letih. Bila mata dah letih, tumpuan terganggu dan akan menyebabkan kita mengantuk. Bila datang tanda-tanda ni mulalah produktiviti terganggu. 
Persekitaran dan pemandangan keadaan pejabat memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan kepada pekerja untuk melakukan kerja dengan lebih produktif. Selain itu, ruang pejabat yang mempunyai keaadaan warna-warna memberi pengaruh juga kepada emosi  pekerja.
APA perlu kita buat kalau kalau dah mulai rasa mengantuk? 
Antaranya anda lakukan tindakan seperti di bawah:
1.BASUH MUKA ANDA.
– Teknik ini juga berkesan dan selalunya di lakukan oleh lelaki kerana wanita kebanyakannya bersolek.
2. Kalau dah masuk waktu Pergi Bersolat.
– Tahukah anda solat merupakan salah satu senaman ringkas yang banyak memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.
3. Hampiri Kawasan Bercahaya
– Pandanglah ke luar jendela. Cahaya yang lebih terang dipercayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda.
4.Meletakkan wangian aroma terapi/ wangian yang sesuai untuk semua rakan-rakan pejabat.
-Letakkan pewangi bilik di atas meja pejabat anda agar wangian tersebut dapat merangsang anda untuk kembali segar. Antara bauan yang sesuai adalah dari jenis ‘mint’ atau ‘lemon’.
5.Mendengar Muzik/ Radio
-Teknik ini berkesan juga  kerana kalau ada  DJ radio itu mempunyai slot yang LAWAK dan tidak memboringkan, maka akan membuatkan suasana pejabat bertambah ceria.
6. Melihat pohon hijau di jendela jika ada.
-Sesekali pandang ke luar jendela dan nikmati pemandangan pohonan hijau kawasan persekitaran anda. Perkara ini dapat membantu kita menghargai alam semulajadi yang cantik dan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Rehat kan minda sekejap lepas itu, boleh sambung kerja balik.
7. Minum air kosong.
– Penting kerana badan sangat perlukan air yang cukup untuk bekerja untuk kita.
8. Lakukan Senaman Ringkas
– Lakukan sedikit pergerakan anggota badan, tangan, dan kaki. Elakkan dari duduk terlalu lama di atas kerusi sebaiknya berjalan seketika sambil menghirup udara yang segar.

Semoga perkongsian ini boleh meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan anda. Sekarang tiada lagi rasa mengantuk di pejabat anda kerana anda sudahpun mengetahui rahsia bagaimana anda untuk mengelak mengantuk.

Untuk mengatasi badan cepat letih, mengantuk dan tidak bermaya ini caranya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Dapatkan tidur yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang sihat dan selalu mengamalkan senaman. Namun gaya hidup yang agak sibuk menyukarkan 3 perkara ini dilakukan dengan konsisten setiap hari. Justeru itu pengambilan suplemen ialah pilihan yang tepat.

Untuk mengatasi masalah ini, Set Optimum/Set A sangat meembantu. Apa yang ada dalam Set A ini?

Siapa yang sesuai untuk set ini?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh(termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang cepat stress dan mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan focus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu mengandung yang mana hemoglobinnya rendah kerana Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah.

      Hubungi saya untuk free consultation..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.