Saturday 28 March 2015

Instant Shawl deZULFA Cantik dan Senang Dipakai

Assalamualaikum......hari ni kita cerita lain sikit. Nak cerita berkenaan instant shawl yang saya dah ada lebih 10 pasang shawl. HiHiHi...memang betul-betul terpengaruh. Instant shawl ini saya beli online dari FB deZULFA . Asalnya owner deZULFA ni jahit telekung, kemudian dia belajar buat instant shawl. 

Kenapa instant shawl? Pernahkan nampak post di fb atau twitter yang bawah ni?



Kalau shawl biasa nak kena standby pin, tapi dengan instant shawl ini dah tak perlu sebiji pin pun. Kalau nak cantik bolehlah letak sebagai perhiasan. Kalau tudung yang berawning nak kena jaga awning takut rosak. Untuk instant shawl ini, ianya mudah dan cepat, bagi yang bekerja sangat senang pagi-pagi dah tak payah nak berbelit dan pin lagi dah. Hanya sarung dan kemaskan saja dan boleh terus jalan. 

Material untuk shawl ini adalah chiffon, lycra, lycra crepe dan cotton lycra. Saya lebih suka material chiffon sebab ringan, tak panas dan tidak jarang. Pelanggan boleh memilih jenis material yang bersesuaian.


Sebenarnya owner deZULFA ni kawan baik saya, jadi saya nak tolong promote business dia, benda baik eloklah dikongsi bersama. Sebabnya kualiti telekung dan shawl yang dijahit memang puas hati, kainnya elok, banyak pilihan dan paling best kita boleh minta warna yang kita nak. Insyallah owner akan carikan warna yang kita perlu. 







Ini antara instant shawl dan telekung yang dijual, kalau anda berminat dan ingin tahu lebih lanjut boleh terus berhubung dengan FB deZULFA. Tempahan shawl juga dibuka untuk kanak-kanak. Rajin-rajinlah menjengah ye....


Setakat ini saya dah beli 4 pasang telekung dan lebih kurang 10 pasang instant shawl. Kat bawah ni antara penggemar deZULFA. 


Foto credit to FB deZULFA & google

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.