Friday 11 July 2014

Buasir ooo Buasir

Tajuk macam apa je kan. Nak cerita, dua hari lepas en. suami kena buasir. Sebelum ni memang tak pernah dengar dia mengadu. Jadi bawalah dia pergi Klinik Desa Murni di Sungai Dua. Sebenarnya nak ke satu klinik buasir yang agak terkenal di Sungai Dua ni tapi tutup pulak. Klinik tu terkenal untuk merawat buasir. Tak apalah tak ada rezeki, en.suami pun tengah sakit sangat jadi kami pun pergilah Klinik Desa Murni.

Doktor bagitahu yang en. suami ni pesakit busair yang ketiga dating hari ni. Wah…ramainya buasir, jadi saya pun tanya doktor kenapa ramai sangat? Doktor cakap mungkin sebab bulan puasa, pemakanan tak jaga, tak minum air kosong banyak, tak makan sayur & buah-buahan. Ha…..kena setempek kat en.suami sebab memang semua yang doktor cakap tu dia tak buat.

Antara faktor-faktor lain sebab buasir adalah:-
ü  Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
ü  Cirit birit yang kronik.
ü  Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
ü  Mengandung atau bersalin.

Saya pun kena juga buasir lepas bersalin kat Raha. Dah la ceaser, kena buasir pulak tu, nak teran takut jahitan ceaser terbuka. Merana jugaklah masa tu, tuhan saja yang tahu. Masa ni tak kenal Shaklee lagi, kalau dah kenal insyallah tak kena buasir ni.

Ok, terdapat 4 peringkat menggambarkan tahap keseriusan penyakit tersebut

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


En.suami kena yang tahap 4 tapi tak ada pendarahan. Nak tahu tanda-tanda yang kita ada sembelit:-

o   Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
o   Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
o   Darah menitis dan tersebur dari saluran dubur.
o   Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah.
o   Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal.



Cadangan Supplement Shaklee untuk Merawat Buasir 

1) Ostematrix RM61.00 (120tabs)


Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2) 
Omega Guard RM136.00 (90tabs)

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3) 
Zinc Complex RM33.75 (120tabs)

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Cara nak makan senang saja:-

1.                  Zinc makan 1 biji sebelum breakfast (ketika perut kosong dan jangan ambil dengan susu dan produk tenusu nanti menganggu penyerapan zinc)
2.                  Omega guard 1 biji selepas breakfast/lunch/dinner (sehari tak lebih 3 biji)
3.                  Osteomatrix 4 biji sebelum tidur


Ha lupa nak cerita, masa kat klinik doktor ada Tanya en.suami ada ambil ubat tak? En.suami jawab yang wife dia ada bagi makan Shaklee. Terus doktor senyum dan cakap: Bagus, Shaklee ni elok untuk kesihatan dan juga buasir. Doktor pesan untuk kes en.suami ni terus makan zinc untuk rawat luka. Terus wife dia kembang kejap. Hihihi….

Nak bagi nasihat pada yang ada buasir, jangan terlalu lama dalam toilet. Terutama sekali toilet cangkung, kalau boleh guna toilet duduk. Sebab bila kita dalam posisi mencangkung tu kita menolak buasir keluar. Faham? Lagi satu dalam Islam pun tak menggalakan kita berlama-lama dalam toilet sebab tu tempat Jin, tempat tak kotor dan tak elok. Selamat beramal…hihi….


Email noorazizahmdtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.