Saturday 21 June 2014

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH (MINERAL)

Anda perasan tak kebelakangan ini cuaca sangat lah panas. Terasa sangat kepanasan sehingga saya sendiri tak boleh duduk di dalam rumah. Nasib baiklah bilik ada pasang aircond, jadi terperaplah satu keluarga kami dalam bilik sebab tak tahan denga cuaca sekarang. Bila cuaca panas begini, kita digalakkan minum banyak air kososng terutamanya bagi menyejukkan badan. Ini kerana dalam keadaan panas begini, badan lebih mudah kehilangan air terutamanya bila berpeluh, kecing dan juga bernafas. Berikut adalah 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.


Gambar credit to pakcik google

1.    Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Tak kisahlah diet atkins atau diet kalori sekalipun. Kesemua diet yang dipernalakan menggalakkan pengambilan air putih yang banyak. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Perasan tak bila kita mengambil suplemen Shaklee, kebanyakan pengedar menggalakan kita minum sehingga 3 liter air sehari. Ini untuk membantu proses mendetoks toksin dari badan.

2.    Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3.    Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4.    Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5.    Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6.    Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.    Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8.    Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK
Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya:-
1.    60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). 
2.    Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3.    Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4.    Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5.    Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6.    Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7.    Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8.    Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9.    Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehidrasi) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?” So far tak pernah lagi dapat soalan macam ni dari doctor. Kalau dapat pun mesti jawab lebih dari 8 gelas sehari sebab memang dah terbiasa bagi saya untuk minum banyak air. Kalau tak rasa kering sangat tekak.



Nota kaki: Untuk musim panas begini, galakkkan terutama sekali anak kecil minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dari dehidrasi. 


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.