Monday 7 April 2014

Apakah Penyakit SLE?

     Pernah dengar mengenai penyakit ini? Saya pun tak pernah dengar ataupun tahu sehinggalah sepupu sebelah suami dimasukkan ke hospital. Masa tu doktor pun tak tahu sakitnya dan ambil masa juga nak diagnos. Sepupu husband ni perempuan dengan dua nak kecil, masa ni kesian kat husband dia; dengan kerja lagi, wife masuk hospital lagi & anak-anak yang kecil. 
     Perubahan yang ketara saya nampak mula-mula bila berat badan dia susut sangat. Alhamdulillah sepupu husband ini sembuh juga tapi masih lagi continue check-up di hospital. Baru-baru ni pulak terdengar seorang saudara saya yang berkemungkinan menghidap penyakit yang sama. Minta-mintalah bukan kerana nak mengesan dan merawat penyakit ini bukanlah mudah.   RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.