Monday, 23 March 2015

Apa itu kanser?

Assalamualaikum.....post hari ini berkenaan penyakit kanser, yang ini saya baca dari web Kementerian Kesihatan untuk sharing bersama. Arwah kakak saya pun salah seorang pesakit kanser usus. Moga dengan pembacaan ini kita dapat meningkatkan lagi pemahaman kita mengenai penyakit yang digeruni ini.

APA ITU KANSER?

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.
Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Rawatan Barah
Rawatan barah adalah bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit. Kebanyakkan barah dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi. Satu atau lebih cara mungkin digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi barah.
Apa itu kemoterapi?
Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain.
Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat.
Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan.
Mengapa rawatan kemoterapi diberikan?
Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah.
Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat.
Bagaimana kemoterapi dilakukan?
Ubat kemoterapi mestilah memasuki salur darah untuk sampai ke sel barah dalam tubuh badan. Ubat kemoterapi memasuki salur darah dengan segera sekiranya ia disuntik ke dalam salur darah. Sekiranya diberikan secara kaedah lain, ubat tersebut mestilah menyerap masuk ke dalam salur darah (contoh: ubat kemoterapi dalam bentuk biji yang dimakan dan diserap melalui dinding perut atau usus).
Ubat kemoterapi ini akan berada dalam sistem peredaran darah dan boleh memasuki serta memusnahkan sel-sel tertentu. Sel yang dipengaruhi oleh ubat kemoterapi adalah sel-sel yang bertambah dengan kadar segera seperti sel barah. Kadar kemusnahan sel barah adalah berbeza dan ianya bergantung kepada jenis barah itu sendiri.
Sel tubuh normal yang bertambah cepat juga boleh terganggu oleh kesan ubat kemoterapi tetapi sel-sel normal tersebut berkeupayaan untuk pulih dan bertambah semula berbanding sel barah.
Tempoh rehat di antara dua rawatan dapat memberi peluang kepada sel-sel yang normal pulih sebelum tiba masa rawatan yang selanjutnya.
Doktor yang merawat pesakit barah akan mengambil kira beberapa faktor dalam membuat perancangan rawatan kemoterapi kepada pesakit. Antara faktor penting tersebut adalah jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Faktor lain yang perlu diambil kira adalah umur pesakit dan tahap kesihatan pesakit secara umumnya. Ini bermakna setiap pesakit berkemungkinan mendapat rawatan kemoterapi yang berbeza.
Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis barah, ubatan yang diberikan, tindakbalas sel barah terhadap ubat dan kesan sampingan ubatan.
Kemoterapi biasanya diberikan dalam beberapa tahap. Tempoh bagi setiap tahap rawatan mengambil masa beberapa jam hingga kepada beberapa hari bergantung kepada ubatan yang diberikan. Setiap tahap rawatan itu akan diikuti dengan tempoh rehat untuk beberapa minggu bagi membolehkan tubuh badan pulih daripada kesan sampingan rawatan. Jumlah keseluruhan tahap rawatan bergantung kepada tindak balas barah terhadap rawatan. Rawatan kemoterapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk merawat penyakit barah. Bagi sesetengah pesakit pula, mereka dikehendaki memakan ubat kemoterapi untuk beberapa minggu atau bulan sebelum diberikan tempoh rehat.
Pesakit mungkin diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X atau berjumpa dengan doktor sebelum diberikan rawatan kemoterapi dan ini sememangnya mengambil masa. Kesemua ubatan kemoterapi disediakan dengan cara tertentu dan pesakit mungkin perlu menunggu seketika sebelum memperolehi ubatan tersebut daripada Jabatan Farmasi hospital. Bagi membantu pesakit mengisi masa menunggu, mereka disarankan untuk membaca buku, surat khabar, melakukan silang kata atau menulis surat.
Perubahan dalam pelan rawatan.
Doktor yang merawat pesakit barah akan sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi. Bagi tujuan ini, pesakit diperlukan untuk menjalani ujian darah, sinar-X dan ujian imbasan. Hasil daripada ujian-ujian ini akan menunjukkan tahap tindakbalas barah terhadap rawatan kemoterapi. Kadangkala pelan rawatan perlu diubah berdasarkan keputusan ujian kerana ada masanya rawatan yang diberikan tidak memberi sebarang kesan seperti yang dikehendaki. Sekiranya pesakit mendapat kesan sampingan seperti rasa loya, ubat penahan muntah akan dibekalkan. Pesakit digalakkan untuk mengambil ubat penahan muntah sebelum mendapatkan rawatan kemoterapi yang berikutnya. Tanya doktor, jururawat atau ahli farmasi bagaimana anda perlu mengambil ubat yang ditetapkan.
Masalah usus
·         Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini.
·         Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
·         Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin.
·         Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat.
Masalah mulut
·         Ubat anti-barah juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat.
Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa.
·         Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian.
Rambut gugur
·         Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan.
·         Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.
Rawatan bagi barah boleh mengubah persepsi pesakit terhadap dirinya dan hubungan dengan orang lain. Sesetengah pesakit menganggap barah tidak memberi apa-apa perubahan tetapi bagi sebahagian yang lain ia membuatkan hubungan dengan pasangan lebih rapat. Pesakit juga adakalanya mempunyai kurang minat dalam hubungan intim atau hubungan intim tidak penting lagi buatnya untuk sementara waktu.
Kesan sampingan kemoterapi seperti loya atau keletihan juga menjadi penyebab pesakit kurang berminat mengadakan hubungan seksual dengan pasangan. Malah perubahan fizikal badan menyebabkan pesakit merasakan dirinya kurang menarik di mata pasangan mereka. Adakalanya pesakit lelaki mempunyai masalah mati pucuk manakala bagi pesakit wanita mereka adakalanya mengadu mempunyai masalah faraj yang kering. Penggunaan KY Jelly sebagai pelincir boleh membantu dalam masalah kekeringan faraj. Sungguhpun begitu masalah ini hanyalah bersifat sementara dan ia biasanya pulih setelah rawatan tamat.
Sekiranya pesakit merasakan terdapat perubahan dalam hubungan intim, adalah digalakkan berbincang dengan pasangannya. Pasangan mungkin tidak menimbulkan hal tersebut berikutan kebimbangannya membuatkan pesakit berasa bersalah atau membuat permintaan yang melampau dalam keadaan pesakit yang tidak sihat. Perbincangan yang terbuka antara pesakit dan pasangan boleh membantu menyakinkan perasaan pesakit akan keperluan berkasih-sayang dan memerlukan pasangan.
Walaupun pesakit mungkin tidak berminat dengan hubungan seksual, terdapat banyak cara untuk memastikan keintiman berterusan. Bersentuhan, berpelukan, bercium adalah antara aktiviti intim yang boleh dilakukan bersama sementara pesakit pulih secara perlahan untuk membolehkan hubungan seksual dilakukan seperti kebiasaan.
Kesuburan
·         Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan.
·         Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem - tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
Merancang keluarga
·         Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin.
·         Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi.




Credit to http://www.moh.gov.my/

Friday, 20 March 2015

Emolien (Pelembap) Untuk Ekzema

Assalamualaikum..... Hari ini saya nak share tentang Pelembab untuk Ekzema. Anak saya Raha adalah salah seorang pesakit ekzema dan dah banyak pelembap yang saya pernah cuba. Di pasaran terdapat banyak pelembap untuk Ekzema seperti Ezzera, Moogoo, Cetaphil, aques cream, olive oil, minyak kelapa dara dan banyak lagi, kalu nak tulis kat sini berjela-jela nanti. Tapi yang mana yang sesuai? Kalau di search lebih dalam sesetengah pelembap mengandungi bahan kimia dan untuk bayi sangat lah tak digalakkan, lebih baik pilih yang natural base. Disini saya ada terbaca dari web kementerian kesihatan untuk di share bersama anda. Untuk manfaat bersama.
Apakah itu emolien?
Emolien juga dikenali sebagai pelembap. Emolien mencegah kulit daripada menjadi kering dan boleh digunaTh  may be 2-3 times a day or more if your skin becomes very  2-3 kali sehari atau lebih jika kulit anda menjadi sangat kering.
Bagaimana emolien berfungsi?
Kulit orang yang mengalami ekzema mempunyai kecenderungan menjadi kering.  Emolien dapat mengurangkan kekerapan ekzema daripada menjadi membara (‘flare’).
Apakah jenis emolien yang ada?
Emolien terdapat dalam bentuk losyen, krim dan ‘ointment’. 
Perbezaan antara losyen, krim dan ‘ointment’ adalah kandungan lipid (minyak). Kandungan lipid adalah paling rendah dalam losyen, dan tertinggi dalam ‘ointment’. Semakin tinggi kandungan lemak, semakin berminyak dan melekit kulit anda dan lebih lama ia berfungsi.
Apakah emolien yang terbaik untuk digunakan?
Tiada jenama belian yang terbaik. Jenis emolien bergantung kepada tahap kekeringan kulit, bahagian kulit yang terlibat dan pilihan anda. Untuk ekzema sederhana dan teruk, ‘ointment’ adalah lebih sesuai dan berkesan.
Bagaimana anda menggunakan emolien?
Anda dinasihatkan supaya menggunakan sudu bersih atau spatula untuk mengambil kandungan daripada bekas emolien, dan bukannya jari anda untuk mengelakkan kontaminasi. Emolien hendaklah disapu mengikut hala sepanjang garis pertumbuhan rambut, dengan kuantiti yang tidak berlebihan. Waktu penggunaan yang paling sesuai adalah selepas mandian sebelum kulit menjadi kering sepenuhnya. Emolien hendaklah disapu semula selepas mencuci bahagian tersebut.
Kekerapan penggunaan emolien berbeza dari individu ke individu dan dari semasa ke semasa untuk orang yang sama, bergantung kepada tahap kekeringan kulit. Sebagai permulaan, anda boleh mengguna 2-3 kali sehari tetapi sesetengah orang perlu mengguna setiap jam untuk kulit yang sangat kering. ‘Ointment’ perlu digunakan kurang kerap daripada krim atau losyen untuk kesan yang sama.
Sesetengah orang menggunakan ointment sebelum tidur untuk malam dan krim siang hari memandangkan krim kurang melekit. Sesetengah orang pula menggunakan ‘ointment’ di kawasan badan yang amat kering manakala krim pada bahagian badan yang lain. Apabila kulit mereka bertambah baik, mereka beralih daripada ‘ointment’ kepada krim.
Jika anda mempunyai ekzema, anda perlu terus menggunakan emolien setiap hari walaupun anda tidak mempunyai keradangan pada kulit. Ini adalah penting untuk mencegah kulit daripada menjadi kering dan mencetuskan ‘flare’.
Emolien boleh juga diguna sebagai pengganti sabun kerana sabun biasa mempunyai kecenderungan untuk mengeringkan kulit. Emolien tambahan dalam kot mandi membuat ia berminyak dan licin. Ia adalah terbaik untuk menggunakan tikar dan / atau pengalas lantai untuk mengurangkan risiko tergelincir.

Semasa ekzema ‘flare’, anda akan diberikan steroid topikal sebagai sebahagian daripada rawatan.  Steroid topikal adalah sangat berbeza dengan emolien dan harus digunakan dengan cara yang betul. Apabila menggunakan dua rawatan ini, anda dinasihatkan menggunakan emolien dulu. Ini diikuti dengan steroid topikal 10-15 minit selepas memakai emolien.
Apakah kesan samping emolien?
1.   Sensitiviti (alahan) kulit
Sesetengah krim mengandungi bahan pengawet, wangian dan bahan tambahan lain. Kadang-kadang, sesetengah orang menjadi sensitif (alah) kepada bahan ini. Ini boleh menyebabkan keradangan kulit yang lebih teruk. Alahan ini paling kerap berlaku dengan penggunaan krim akueus (Aqueous cream).
Jika anda mengesyaki bahawa kulit anda sensitif kepada emolien, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat banyak emolien lain yang mempunyai risiko alahan yang lebih rendah dapat digunakan sebagai alternatif. Sebagai contoh, ‘ointment’ mempunyai cenderung yang rendah untuk sensitiviti kulit kerana ia tidak mengandungibahan pengawet.

2.   Folikelitis (Keradangan folikel)
Penggunaan emolien dengan kuantiti yang berlebihan/tebal kadang-kadang menyebabkan folikel rambut pada kulit . Ini boleh menyebabkan folikelitis, iaitu keradangan yang sederhana atau jangkitan kuman daripada folikel rambut yang terjejas.


Credit to http://www.moh.gov.my/

Thursday, 19 March 2015

Alfatihah untuk Arwah Kak Koni


Assalamualaikum…..terlalu lama rasanya blog ni terbiar. Draft banyak tapi hati tak mampu nak post. Entri ini khusus untuk Arwah kakak yang telah kembali kepandaNYA pada 18/1/2015. Walaupun sudah hampir dua bulan arwah pergi….tapi kehilangan dia memberi impak yang besar pada saya dan keluarga. Hati ni terasa sedih yang amat dan bersalah kerana tidak sempat memohon maaf. Bertambah sedih lagi bila arwah pergi meninggalkan lima orang anak yang masih kecil. Sebagai ibu saudara memang saya rasa sangat kasihan pada anak buah saya, masih kecil tapi perlu meneruskan kehidupan tanpa ibu tersayang.

Arwah merupakan anak yang ketiga, seorang yang sangat tegas dalam semua perkara dan bekerja sebagai seorang pensyarah di UiTM Pulau Pinang. Sejak dari awal tahun 2014 arwah sudah sakit  dan telah mendapatkan rawatan di dua buah hospital swasta namun punca sakit perutnya tak dapat dikesan. Sehinggalah arwah merujuk kesnya ke hospital Seberang Jaya pada bulan September 2014, barulah doctor mengesahkan yang arwah telah menghidap kanser usus, waktu tu doktor tak dapat mengesahkan tahap kansernya tapi doktor assume mungkin tahap dua. Sebelum arwah dikesan menghidap kanser, arwah banyak mencuba rawatan Islam bagi merawat sakitnya. Namun tidak ada satu pun yang benar-benar menampakkan perubahan walaupun dah banyak tempat yang arwah dah pergi.   

Arwah telah menjalani pembedahan membuang usus & hati yang telah dijangkiti dengan sel kanser pada hujung 2014, ketika inilah baru kami sekeluarga dapat tahu yang kanser arwah dah tahap 4. Alhamdulillah arwah berjaya dalam pembedahan tersebut, namun arwah masih perlu menjalani kimoterapi bagi mematikan sel-sel kanser dalam badan. Itulah kimonya yang pertama, beliau pergi meninggalkan kami selepas rawatan kimo tersebut. Bukanlah nak salahkan kimo, tapi ajalnya sudah sampai. Sebelum arwah menjalani kimo, arwah sebenarnya dah nampak sihat, dah nampak ceria dan tak nampak macam orang sakit awalaupun berat badan arwah nampak susut sangat.

Arwah meninggalkan kami setelah pulang dari kimonya, ketika pulang arwah masih mampu berjalan sendiri cuma arwah pening dan tidak larat mungkin kesan dari kimo, arwah hanya terlantar tidur dan tidak lalu makan dan hanya minum sedikit air petang tu. Keesokan harinya lebih kurang jam 4:30 petang arwah menghembuskan nafas terakhir di samping suami, emak, abah, anak-anaknya dan kami adik beradik. Saya melihat sendiri bagaimana kakak saya yang seorang lagi berusaha cuba untuk menyelamatkan adiknya melalui CPR, patutlah seorang doktor tak digalakkan merawat keluarga sendiri, saya dapat lihat kakak saya berusaha  dan menangis semahunya bila dia tak mampu nak mengembalikan nadi arwah walaupun dia telah mencuba sehabis dayanya. Ini merupakan memori sedih yang saya tak dapat lupakan sepanjang hidup. Paling sedih anak-anaknya hanya mampu melihat saat arwah pergi untuk selamanya.

Walaupun emak kami sendiri ada menyebut, kalaulah kakak tak buat kimo mesti dia masih ada lagi. Hati seorang emak, masih lagi terkilan dengan kehilangan anaknya pada usia emasnya sekarang. Akhirnya emak dapat terima jugak ajal arwah dah ditentukanNYA. Saya tahu emak sedih mengenangkan nasib anak-anak arwah. Tambah lagi yang kecil baru 6 tahun, tapi si kecil ini dapat menerima hakikat yang emaknya dah tiada. Anak arwah yang paling besar pun baru berumur 16 tahun, adiknya berumur 15, 13, 9 dan 6 tahun. Masih lagi memerlukan seorang emak untuk membimbing mereka, tapi perancangan Allah tiada siapa pun dapat menyangkalnya. Sekarang hanya ayah tempat mereka bergantung.

Yang sebenarnya kita tak akan faham maksud kehilangan sehinggalah kita benar-benar mengalaminya. Saya sendiri terkilan kerana tidak diberi kesempatan untuk memohon maaf dari arwah walaupun peluangnya banyak, mungkin saya rasa yang arwah akan sembuh dari penyakitnya dan sihat seperti biasa. Kematiannya merupakan kejutan yang besar dalam hidup saya sehingga sekarang saya seperti tidak percaya yang arwah dah tiada. Saya rapat dengan arwah sejak saya diterima masuk Uitm Arau, ketika itu arwah mengajar disitu. Arwahla yang menyuruh saya memilih bidang sekarang, kalau tak kerana arwah tak tahu kat mana saya sekarang. Tiga tahun lamanya saya dan arwah berulang alik bersama setiap kali cuti ke penang. Kalau kami tidak balik ke penang, saya akan tidur di rumah arwah. Setelah berkahwin dan ada anak, anak saya memang rapat dengan anak-anak arwah kerana beza umur anak arwah yang kecil dengan anak saya cuma setahun.

Sebelum arwah pergi banyak barang rumahnya diberi kepada saya, alasannya barang dalam rumahnya dah banyak dan arwah hendak kurangkan barang, lagipun ketika itu saya baru beli rumah baru, jadi diberinya pada saya. Tak sangka itu petanda arwah nak pergi. Ada juga sekali arwah sebut semasa arwah tengah bercuti sakit yang saya ni bertuah dapat pergi kerja setiap sedangkan dia bosan hanya duduk dirumah tanpa dapat berbuat apa-apa.

Pernah jugak saya bawa anak arwah yang kecil dua orang keluar makan-makan, saya snap gambar dan hantar kat arwah tanpa sebarang caption, arwah balas dengan ucapan terima kasih kerana dia dah tak dapat nak gembirakan anak-anak dia. Masa ini yang saya terfikir arwah ni duk merepek sangat asyik terfikir nak mati….rupanya arwah dah tunjuk tanda-tanda. Suami pun baca wassup tu dan dia pun kata yang arwah tak patut down macam ni, arwah kena positif. Saya pun ada goggle bahan bacaan untuk pesakit kanser dan pass info kat arwah untuk baca. Tak tahulah arwah ada baca ke tidak.

Semasa akhir hayat arwah, arwah banyak bersedekah, arwah sangat seronok buat goody bag untuk pendaftaran pelajar-pelajar sekolah PASTI yang dekat dengan rumah mak masa awal tahun baru ni.Dia betul-betul bersemangat nak packingkan jajan untuk budak-budak tersebut. Dia cukup risau kalau goody bag tak cukup. Kawan arwah pun ada bagitahu yang arwah sempat menyerahkan sejumlah wang untuk didermakn kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan beberapa minggu sebelum arwah pergi. Semoga amal ibadat arwah diterima Allah dan diberi ganjaran olehNYA.


Kepada anak-anak arwah, tabahlah dan ketahuilah arwah hanya mahukan yang terbaik dan sangat sayangkan anak-anaknya. Sungguh pun arwah tiada lagi, namun kenangan bersamanya akan kekal dalam ingatan. Semestinya suasana keluarga kami tak lagi sama seperti dahulu, tetap akan rasakan kehilangan, tapi keluarga arwah yang mungkin akan terasa lebih lagi. Sekarang kami adik beradik cuma bagi anak-anak arwah tak terlalu sedih dan alhamdulillah mereka pun dapat menerima pemergian arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ALFATIHAH……..

Wednesday, 24 December 2014

Infertiliti ataupun Masalah Kesuburan Pada Wanita

Anak merupakan anugerah terbesar bagi setiap pasangan terutama bagi yang baru mendirikan rumah tangga. Namun bagi sesetengah wanita peluang ini kadang-kadang menjadi sukar akibat masalah kesuburan. Kehamilan berlaku apabila sperma dan ovum yang subur bertemu tiub fallopio dan seterusnya embrio yang terjadi tertanam di endometrium. Apa jua keadaan yang menganggu pada setiap proses ini akan menyebabkan ketidaksuburan ataupun infertiliti. Adalah di anggarkan 35 peratus disebabkan faktor lelaki, selebihnya 65 peratus faktor wanita dan sebahagiannya tidak diketahui.


Penyebab Yang Boleh Menyebabkan Infertiliti
Masalah Pengovulan
Penyebab utama yang mengakibatkan infertiliti adalah kerana tidak berlakunya pengovulan, iaitu ovari wanita tidak menghasilkan ovum atau pun ovum itu sendiri tidak subur. Terdapat lebih kurang 30 peratus wanita tidak subur disebabkan faktor pengovulan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai masalah yang mengakibatkan ovari tidak dapat menghasilkan ovum yang subur untuk disenyawakan.
  • Sindrom ovari polisistik, adalah keadaan dimana ovari sangat sukar mengeluarkan ovum yang matang.
  • Fungsi hypothalamus dibahagian otak yang tidak sempurna, berfungsi untuk menghantar isyarat kepada kelenjar pituitari untuk menghasilkan hormon FSH dan LH bagi merangsang ovari untuk pematangan ovum.
  • Fungsi kelenjar pituitari yang tidak sempurna, bagi tujuan menghasilkan hormon FSH dan LH. Pengovulan oleh ovari akan terjejas jika hormon ini kurang atau berlebihan. Ianya boleh berlaku disebabkan kecederaan fizikal, ketumbuhan dan bahan kimia dipituitari yang tidak seimbang.
  • Masalah kelenjar tiroid samada hipertiroid atau hipotiroid bolih menghalang pengovulan.
  • Kegagalan ovari pramatang, di mana ovari tidak berfungsi sebelum umur 40 tahun.
  • Parutan di ovari di sebabkan kecederaan fizikal boleh menyebabkan pengovulan tidak berlaku. Contohnya di sebabkan oleh pembedahan berulangan sista di ovari, menyebabkan kapsul ovari tercedera dan menjadi parut, seterusnya folikel tidak boleh menjadi matang.
  • Sindrom kegagalan folikel pecah terjadi kepada wanita yang menghasilkan folikel yang normal, tetapi folikel gagal pecah untuk mengeluarkan ovum. Ini menyebabkan ovum masih dalam ovari jadi pengovulan tidak berlaku


Tiub Falapio Tidak Berfungsi
Masalah tiub fallopio berlaku lebih kurang 25 peratus dari pasangan yang mempunyai masalah infertiliti. Penyebab utama kepada masalah tiub adalah:

 Infeksi
- Boleh berlaku disebabkan oleh bakteria atau virus, biasanya dijangkiti semasa hubungan seks. Infeksi menyebabkan inflamasi seterusnya berakhir dengan parut dan kerosakan tiub. Contohnya adalah hidrosalpinks, keadaan dimana tiub tersumbat dan cairan terkumpul dalam tiub.

Penyakit Abdomen
- Penyakit yang biasa berlaku adalah apendisitis dan colitis, menyebabkan inflamasi kepada kaviti abdomen, seterusnya member kesan kepada tiub fallopio dan menyebabkan parut dan tiub fallopio tersumbat.

Pembedahan Lalu
- Merupakan punca utama kepada masalah dan kerosakan tiub fallopio. Pembedahan dibahagian pelvik dan abdomen boleh menyebabkan perekatan (adhesion) yang memberi kesan kepada tiub, seterusnya menghalang pergerakan ovum dalam tiub.

Kehamilan Ektopik
- Kehamilan berlaku di tiub yang boleh menyebabkan kerosakan tiub.

Kelainan Kongenital
- Adalah jarang berlaku, wanita mungkin dilahirkan dengan abnormal tiub, biasanya disertai dengan kelainan rahim.

Endometriosis
- Lebih kurang 10 peratus pasangan yang mengalami masalah infertiliti disebabkan oleh endometriosis. Keadaan ini di sebabkan lapisan dalam rahim yang dipanggil endometrium tumbuh diluar kaviti rahim. Lapisan endometrium ini tidak sehaja berkedudukan pada rahim, tetapi juga di tiub fallopio, ovari,dan di peritoneum bahagian pelvis. Endometriosis boleh menyebabkan kerosakan kepada tiub fallopio atau tiub tersumbat juga menyebabkan kegagalan pengovulan.


Faktor faktor tambahan
Faktor faktor lain yang menyebabkan infertiliti kepada wanita
  • Fibroid submukosa yang yang terletak bersebelahan lapisan dalam rahim, boleh menghalang proses implantasi janin.
  • Kelainan kongenital kepada rahim,seperti rahim septet, boleh menyebabkan keguguran berulangan atau menghalang kehamilan.
  •  Masalah mukus dibahagian servik. Mukus pada servik perlu kecairan tertentu dan jumlah yang mencukupi supaya seperma boleh berenang dengan mudah. Penyebab utama kepada kelainan mukus pada servik adalah ketidakseimbang hormon, samada terlalu kurang estrogen atau terlebih progesteron.

Faktor-Faktor Tingkahlaku 
Sememangnya tabiat tertentu dan cara hidup mempengaruhi kesihatan: banyak faktor faktor ini menghalang keupayaan pasangan untuk hamil.
  • Pemakanan Dan Aktiviti Fizikal- Kesempurnaan fungsi reproduktif bergantung juga kepada faktor pemakanan dan aktiviti fizikal. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mungkin mempunyai masalah untuk hamil.
  • Merokok- Merokok semasa hamil, boleh meingkatkan risiko keguguran, lahir pramatang dan bayi lahir tidak cukup berat. Pasangan yang merokok samada suami atau isteri mengurangkan keupayaan untuk hamil, samaada secara semulajadi atau teknik bayi tabung uji (IVF).
  •  Alkohol - Pengambilan alkohol boleh meningkatkan kecacatan bayi semasa lahir dan sekiranya terlalu tinggi paras alkohol dalam darah ibu, boleh menyebabkan “fetal alcohol syndrome”.
  • Ubat Ubatan - Kesan sampingan ubat ubatan yang diambil boleh mempengaruhi kesuburan. Ubat seperti anti-inflamasi bukan steroid (NSAIDS) seperti ibuprpfen atau aspirin menyebabkan kesukaran untuk hamil. NSAIDS ada berkaitan dengan sindrom kegagalan folikel pecah(luteinized unruptured follicles). Penggunaan ubat kemoterapi untuk rawatan kanser boleh menyebabkan kegagalan ovari. Kegagalan ovari kemungkinan ianya berkekalan. Ubat neuroleptik seperti antipsikotik untuk rawatan psikosis boleh menyebabkan ketiadaan haid dan seterusnya menyebabkan infertility. Penggunaan cocaine semasa hamil boleh menyebabkan kecacatan dan masalah buah pinggang kepada bayi.
  • Faktor alam sekeliling dan pekerjaan - Keupayaan untuk hamil juga boleh dipengaruhi oleh pendedahan kepada bahan toksin dan kimia ditempat kerja dan juga alam sekeliling. Bahan-bahan yang boleh menyebabkan mutasi, kelahiran cacat, keguguran, infertiliti juga dipanggil toksin reproduktif.
  •  Plumbum (Lead) - Pendedahan kepada bahan kimia ini telah terbukti mempunyai kesan negatif iaitu infertiliti kepada manusia. Ianya boleh menyebabkan kelainan sperma dan keguguran.
  • Bahan bahan rawatan - Pendedahan yang berulangan kepada radiasi, termasuk x-ray biasa dan rawatan kemoterapi boleh menyebabkan terganggu pengeluaran sperma juga masalah ovari.
  •  Ethylene Oxide - Bahan kimia yang digunakan untuk sterilisasi peralatan pembedahan dan digunakan untuk pembuatan racun serangga, boleh menyebabkan kecacatan bayi dan keguguran semasa peringkat awal kehamilan.
  •  Dibromochloropropane (DBCP) - Mengendalikan bahan kimia yang terdapat dalam racun serangga seperti DBCP boleh menyebabkan masalah ovari, seterusnya menyebabkan masalah kesihatan seperti menopause awal, yang menyebabkan infertiliti.
(Info Kredit: www.moh.gov.my)
i

Set Vitamin Kesuburan yang Dapat Membantu Wanita



Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagimengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaan dapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)


Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Monday, 22 December 2014

Set Resdung Shaklee

Tahukah anda setiap tahun terdapat berjuta-juta orang di dunia ini dijangkiti penyakit resdung . Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas. Tamabahn pula makanan harian kita banyak mengandungi bahan-bahan yang menggalakkkan resung seperti belacan, udang, kekacang dan sebagainya.



Apakah itu penyakit resdung ?


Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung. Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Apakah tanda-tanda resdung ? Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

  • Sering mengalami hidung tersumbat
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

Apakah punca resdung ?
  1. Alahan;  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  2. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  3. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang “senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  4. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  5. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  6. Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi resdung ini tidak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Kemudaratan Resdung
  1. Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
  2. Jangkitan otak
  3. Sakit tekak yang kronik
  4.  Jangkitan tulang muka
  5.  Menerukkan keadaan lelah
  6. Berdengkur secara kronik
  7.  Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
  8.  Alahan hidung
  9. Selsema biasa yang melarat
JENIS RESDUNG(SINUSITIS)
·         Akut
·         Kronik


AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
  • Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
  • Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
  •  Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.



KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  •  Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk
  • Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Supplemen Shaklee dapat membantu merawat resdung, antara supplemen yang disyorkan adalah:-

Alfafa (Info Lanjut Alfafa
  • Mencuci hati, darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologidi dalam usus dan perut – memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfafa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor – memakan 30-50 tablet untuk mengakalikan badan dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – sebagai rawatan kepada pelbagai penyakit.
  •  Mencegah/merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

    Sustained Release Vita-C (Info Lanjut Vita-C)
  • Membentuk kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simtom selsema.
  • Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit – Pengambilan vitamin C setiap hari dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama bagi jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

    B-Complex (Info Lanjut B-Complex)
  • Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban, dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi badan, meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche – dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detokfikasi – meredakan alahan








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com



About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.