Monday 29 June 2015

Panduan Berpuasa Bagi Ibu Mengandung

Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.

Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik. Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.

Berikut beberapa panduan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa.

  1. Ketika bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.
  2. Ketika bersahur juga ibu yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga kesihatan tubuh.
  3. Pengambilan daging juga digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang cukup lama.
  4. Untuk mencegah tubuh cepat letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis sebagai menu bersahur.
  5. Sebelum waktu sahur berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya, atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.
  6. Untuk mencegah ibu mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah segelas susu panas setiapkali anda bersahur.
  7. Ibu mengandung perlu dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau memberontak.
  8. Ketika berbuka puasa, ibu mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk. Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.

Read more: http://www.wom.my

Shaklee juga membantu ibu mengandung tampil lebih bertenaga di bulan puasa dengan pengambilan Set Mighty Gems iaitu terdiri daripada ESP, Mealshake dan Performance Drink dimana set ini mampu membekalkan tenaga sepanjang bulan Ramadhan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.