Adakah anda berminat untuk berhenti merokok ? Kepada puan-puan yang suami seorang perokok jom ketahui Tips Berhenti Merokok di sini, mungkin boleh diamalkan untuk suami anda.
Tahukan anda jika ada makanan yang
boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok,
tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda
untuk berhenti merokok.
Sungguhpun begitu, makanan ini
hanyalah sebagai penyokong anda berhenti merokok kerana perkara yang paling
penting adalah niat sebenar anda itu.
Antara Makanan Yang Membantu Berhenti Merokok adalah seperti berikut:
1.Madu
Madu secara bertahap akan melepaskan
glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan
membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.
2. Makanan Masin
Makanan masin dapat memadamkan para
pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin
atau mengambil secubit garam.
3.Halia & Bawang Putih
Halia dan bawang putih juga membantu
dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda
melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut
membantu dalam menjaga peralirandarah dan tekanan seimbang ketika anda menarik
diri daripada kebiasaan merokok.
4. Kayu Manis
Jika rokok adalah sahabat yang tidak
sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup
aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu
manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak
menikmati rokok!
5.Epal
Merokok memberikan banyak racun dalam
darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap
hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak
air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga
boleh mengurangi keinginan untuk merokok.
6. Susu
Ketika anda merokok, bibir anda akan
kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu
dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu
memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda
rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan
kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.
sumber: http://www.wom.my/
Ataupun anda boleh mencuba VIVIX bagi membantu anda meninggalkan tabiat merokok ini. Nanti saya akan kongsikan beberapa testimoni pesakit yang berjaya meninggalkan tabiat merokok selepas mencuba Vivix.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com
No comments:
Post a Comment