Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.
Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik. Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.
Berikut beberapa panduan buat ibu mengandung yang ingin berpuasa.
- Ketika bersahur, pilihlah
makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah
yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang
berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih
lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.
- Ketika bersahur juga ibu
yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan
kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga
kesihatan tubuh.
- Pengambilan daging juga
digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan
protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang
cukup lama.
- Untuk mencegah tubuh cepat
letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis
sebagai menu bersahur.
- Sebelum waktu sahur
berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya,
atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.
- Untuk mencegah ibu
mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah
segelas susu panas setiapkali anda bersahur.
- Ibu mengandung perlu
dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang
memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung
perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau
memberontak.
- Ketika berbuka puasa, ibu
mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk.
Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula
darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.
Read more: http://www.wom.my
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com