Monday, 30 June 2014

Set Kecantikan Shaklee Promo Raya

Set Kecantikan Shaklee untuk Raya ni…
                Assalamulaikum….puasa dah masuk hari ketiga hari ini dan tak lama lagi dah nak raya. Ingin tak tampil sihat dan cantik lebaran ini? Set kecantikan Shaklee telah lama berada dipasaran dan ramai -yang telah mencuba dan berpuas hati. Terdiri daripada 4 suplement utama iaitu:-




Vitamin C (RM92.50/120tabs)
a.       Penting untuk pengikatan kolagen, hasilnya kulit lebih anjal. Mengekalkan integriti sel
b.      Anti oksidan yang menghalan radikal bebas dalam badan yang menyebabkan kanser
c.       Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan mengurangkan symptom alergi
d.      Mengalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat

B Kompleks (RM53.75/120tabs)
a.       Mengelakkan pigmentasi kulit (kulit berbintik-bintik)
b.      Melembapkan kulit dan bertindak seperti moisturizer
c.       Mengurangkan stress, bila stress kurang muka pun taklah berkedut sangat (cuba tengok cermin bila kita tengah stress, tak cantik kan?)
d.      Membantu untuk saraf yang sihat dan meningkat fungsi otak

Vitamin E (RM149.00/120tabs)
a.       Membantu mengekalkan kulit yang cantik
b.      Memudarkan parut, terutama sekali parut jerawat
c.       Membantu mengurangkan inflamasi dan penyembuhan luka
d.      Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
e.      Anti oksidan, menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

ESP (RM150.00/850gm)
a.       Mengoptimumkan penyerapan nutrient lain
b.      Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
c.       Membantu mencerahkan kulit dan pertumbuhan sel baru
d.      Membekalkan tenaga berpanjangan dan sesuai dijadikan minuman penambahan tenaga untuk bulan puasa ini.

Testimoni pengguna Shaklee





Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, adalah digalakkan untuk mengambil 3liter air sehari . Ini adalah untuk mempercepatkan proses detoks dan membantu melembapkan kulit. Semoga kita dapat kulit yang kita inginkan untuk hari raya nanti.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

Tips di dapur

Sempena bulan Ramadhan ni barulah kerap sikit masuk dapur. Maklumlah bagi wanita yang bekerja ni kadang-kadang makan luar saja. Tapi bulan puasa ni nak makan luar sangat pun tak ada selera dan membazir jugak. Hari ini saya nak kongsi beberapa tip di dapur

1.       Lembutkan daging
Masukkan daun nangka dalam rebusan daging untuk melembutkannya. Kalau taka da daun nangka boleh ganti dengan gula batu. Jangan letak banyak, nanti manis pula masakan kita.

2.       Kekalkan kesegaran udang
Perahkan air asam limau nipis dan gaulkan dengan udang segar. Kemudian simpan ke dalam peti ais, dengan ini udang akan sentiasa segar dan tahan lebih lama

3.       Santan tak pecah minyak
Bagi mengelakkan santan dari pecah minyak, terutama sekali kalau kita masak lemak, letakkan senduk ketika mereneh dan gunakan api yang perlahan. Santan tidak akan pecah minyak.

4.       Rasa garam dalam masakan
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama sekali bulan puasa ni. Jadi bagaimana nak atasi? Cara terbaik letak kuah atas jari anda, jika kuah tidak meleleh maksudnya masakan anda cukuo masin. Tapi jika terlebih garam, jari akan rasa perit.

5.       Sayur celup tetap segar
Campurkan miyak masak ke dalam air rebusan. Setelah sayur dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayuran tersebut nampak segar dan berkilat.

6.       Menghilangkan bau hangit
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.

7.       Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

8.       Hindari Kutu Beras
Yang ni memang saya pernah kena. Jadi saya letakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat  menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Alhamdulillah dah tak ada kutu beras sekarang.

9.       Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau-bau lain yang kurang menyenangkan.

10.   Mengembalikan kesegaran sayur 
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.

11.   Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya

12.   Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.

13.   Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

14.   Melembutkan cucur kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

15.   Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Saturday, 21 June 2014

KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH (MINERAL)

Anda perasan tak kebelakangan ini cuaca sangat lah panas. Terasa sangat kepanasan sehingga saya sendiri tak boleh duduk di dalam rumah. Nasib baiklah bilik ada pasang aircond, jadi terperaplah satu keluarga kami dalam bilik sebab tak tahan denga cuaca sekarang. Bila cuaca panas begini, kita digalakkan minum banyak air kososng terutamanya bagi menyejukkan badan. Ini kerana dalam keadaan panas begini, badan lebih mudah kehilangan air terutamanya bila berpeluh, kecing dan juga bernafas. Berikut adalah 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.


Gambar credit to pakcik google

1.    Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Tak kisahlah diet atkins atau diet kalori sekalipun. Kesemua diet yang dipernalakan menggalakkan pengambilan air putih yang banyak. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Perasan tak bila kita mengambil suplemen Shaklee, kebanyakan pengedar menggalakan kita minum sehingga 3 liter air sehari. Ini untuk membantu proses mendetoks toksin dari badan.

2.    Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3.    Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4.    Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5.    Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6.    Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7.    Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8.    Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.


AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.
Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di negara matahari terbit ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis, buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
SEBAB PERLU MINUM AIR MASAK
Air tidak dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut, “jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.
Pemilihan air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis. Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya:-
1.    60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing). 
2.    Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3.    Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

4.    Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

5.    Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

6.    Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

7.    Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

8.    Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

9.    Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

10. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehidrasi) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?” So far tak pernah lagi dapat soalan macam ni dari doctor. Kalau dapat pun mesti jawab lebih dari 8 gelas sehari sebab memang dah terbiasa bagi saya untuk minum banyak air. Kalau tak rasa kering sangat tekak.



Nota kaki: Untuk musim panas begini, galakkkan terutama sekali anak kecil minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dari dehidrasi. 


Monday, 7 April 2014

Apakah Penyakit SLE?

     Pernah dengar mengenai penyakit ini? Saya pun tak pernah dengar ataupun tahu sehinggalah sepupu sebelah suami dimasukkan ke hospital. Masa tu doktor pun tak tahu sakitnya dan ambil masa juga nak diagnos. Sepupu husband ni perempuan dengan dua nak kecil, masa ni kesian kat husband dia; dengan kerja lagi, wife masuk hospital lagi & anak-anak yang kecil. 
     Perubahan yang ketara saya nampak mula-mula bila berat badan dia susut sangat. Alhamdulillah sepupu husband ini sembuh juga tapi masih lagi continue check-up di hospital. Baru-baru ni pulak terdengar seorang saudara saya yang berkemungkinan menghidap penyakit yang sama. Minta-mintalah bukan kerana nak mengesan dan merawat penyakit ini bukanlah mudah.   RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. 

Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.

Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.

Suplemen Dan Badan Kita

   Assalamualaikum.  Dah lama saya tak update blog ni, alasan jangan tanyalah. Hari saya akan tuliskan sebab kenapa badan kita memerlukan suplemen. Kalau bagi saya tentunya untuk menjaga kesihatan untuk masa panjang.  Bukan makan untuk kesihatan hari ini, tapi untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang.  Sesetengah orang keliru dengan menganggap suplemen untuk merawat kesakitan. TIDAK, suplemen tak merawat sakit. Ia cuma membantu mencegah penyakit & memelihara kesihatan.

  • Kenapa badan kita memerlukan suplemen? Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita dapat daripada makanan seharian. Contonhnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan  pencegahan dan anti penuaan. Macam Vitamin C dari buah oren, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 1/2 biji untuk mendapatkan 500 mg Vitamin C sehari. Dengan kesibukan kerja seharian, saya sendiri tak mampu nak makan 7 1/2 oren. Jadi langkah cepat saya ambil suplemen.
  • Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buahdan sayuran tersebut. Melainkan kita mampu mendapatkan sayur & buah organik di mana harganya sedikit mahal berbanding sayur biasa. 
  • Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan juga penyediaan. Contohnya vitamin dan enzimbaik mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak. Ini tak bermakna kita tidak mendapat langsung kebaikan dari masakan tersebut, kita masih lagi mendapat fiber yang berkemungkinan tidak mengandungi khasiat. 
  • Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan sintetik, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi dengan gula, kafien, lemak dan garam mungkin akan mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh. 
  • Makanan seharian kita juga mungkin tidak seimbang dengan keperluan seharian kita. Kita juga mungkin tidak memenuhi atau mengikut piramid makanan yang dicadangkan. 
  • Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi dengan kandungan kimia. 
  • Bagi yang bekerja pula, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas yang mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan. 

Mengapa SHAKLEE? 

  1. Berasaskan dari sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis,  pewarna dan perisa.
  2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
  3. Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga. 
  4. Setap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten. 
  5. Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain. 
  6. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet untuk misi mereka.
  7. Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktirafkan oleh JAKIM. 

Sunday, 17 November 2013

Motivasi Diri Dr. Azizan - aktiviti hujung minggu


     Assalamualaikum. Pagi ni saya attend Seminar Kekayaan & Kejayaan Dr Azizan Osman. Ingatkan nak buat live update ja dari sana. Tapi tak boleh sebab seminar ni banyak aktiviti tangan. Ya aktiviti menggunakan tangan & menari. Saya rasa biasa kalau attend mana-mana seminar atau kursus motivasi memang program dia macam ni. Saya tahu tentang seminar ni pun dari kawan baik yang daftarkan nama secara percuma. Ya percuma ja, cuma daftar kat fb tiga orang peserta, tiga-tiga dapat free admission. Jimat duit. Seminar ni mengenai mencapai kejayaan dan kekayaan serta berfikiran positif. 

     So pagi-pagi subuh dah bangun siap-siap dan poskan Raha kat rumah tok dia. Sampai Seberang Jaya, terlupa kat mana venue seminar ni, di Sunway Hotel ke Sunway Carnival? Call member tak angkat pulak, tapi nampak kereta banyak masuk dalam Sunway Carnival, mana ada orang pi shopping mall awal 8:00 pagi.Tokey kedai pukul 9 lebih baru nampak hidung. Tawakal ja lah masuk, kalau silap kita pi yang hotel pulak, fuh nasib baik betul. Kalau tak nak kena keluar balik dan cari parking lagi. Saya ni malas nak cari parking. 

     Masa saya sampai dekat registration, berduyun-duyun manusia tengah mendaftar.  Habis daftar tunggu member nak duduk sekali, masuk ja dewan kami dapat tempat duduk barisan yang belakang sekali. Nampak Dr. Azizan atas pentas tu kecik ja, comel aje.  Tak apalah janji pengisian tu ada walaupun tak berapa nampak Dr. Azizan. Satu lagi dalam seminar ni tak boleh ambil gambar, ada kakak depan saya tu kena sound sebab ambil gambar. Krew kata "Akak tak baca masa sign tadi dalam borang ada mention gambar tak boleh ambil". Amboi adik, borang tu banyak benda tulis, masa pun singkat sangat nak baca segala isi kandungan tu, akak tu tak perasan kot, saya sendiri pun tak baca sebab lepas isi particular borang tu kena hantar balik. Gambar bawah ni ambil kat FB Dr. Azizan. Nampak tak saya?  Eh baru perasan gambar depan laki yang pakai cap tunduk ni satu ofis dengan saya. 



Apa yang saya dapat hari ini?

1. Buku Dr. Azizan (RM25.00- I dapat free!)


2. Paling penting pelajaran yang utama adalah kembali pada Allah

Kenapa kembali pada Allah? Sebab kalau kita selalu ingat Allah, Dia akan ingat kita balik dan apa yang kita minta insyallah Allah akan tunaikan tapi perlu ada usaha. Banyak testimoni yang saya dengar pagi tadi, banyak yang lalai dengan perintahNya dan selepas balik dari seminar mereka perbetulkan diri dan berjaya dalam hidup. Berjaya bukan setakat 3, 4 angka sebulan. Ada sorang tu sampai 6 angka dan ada yang cecah juta-juta. Fuh pengsan mak kalau dapat juta. Tapi tak ada yang mustahil. 

     Dr. Azizan pesan supaya kita bersyukur, sedekah, sujud pada Nya,  sucikan diri dengan istighfar dan banyak-banyakkan selawat.  Dia pesan juga dalam apa jua yang kita buat dalam hidup ni memerlukan mentor, attitude untuk berjaya, gigih berusaha, nekad dalam setiap keputusan, energetic dalam melakukan kerja dan ambil tindakan yang luarbiasa dan tawakkal. Dia juga pesan apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, semuanya adalah doa. Makin kerap kita tanamkan dalam hati, maka ia akan jadi kenyataan. 

     Semoga apa yang saya share ni dapat memberi sedikit semangat untuk kita semua berjaya. Nak tau lagi lanjut boleh fb Dr. Azizan atau lamab web Dr. Azizan untuk maklumat lanjut. Bye! Wasalam.

Wednesday, 6 November 2013

PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2013 - VIVIX





VIVIX PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS

APA ITU VIVIX?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

APA ITU RESVERATROL?

Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS?

Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:

Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Jika ada di kalangan ahli keluarga anda yang menderita diabetes/kencing manis, jom dapatkan Vivix Shaklee sekarang pada harga promo November!


Mari kita tengok testimoni kat bawah ni:-















Promosi Shaklee November 2013 ni:-

* BELI 6 PERCUMA 1
* PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
* PERCUMA POS


Untuk maklumat lanjut hubungi saya:)

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

Whatsapp/sms: 012-4271871
email: noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.