Sempena bulan Ramadhan ni barulah kerap sikit masuk dapur.
Maklumlah bagi wanita yang bekerja ni kadang-kadang makan luar saja. Tapi bulan
puasa ni nak makan luar sangat pun tak ada selera dan membazir jugak. Hari ini
saya nak kongsi beberapa tip di dapur
1.
Lembutkan daging
Masukkan daun nangka dalam rebusan daging
untuk melembutkannya. Kalau taka da daun nangka boleh ganti dengan gula batu. Jangan
letak banyak, nanti manis pula masakan kita.
2.
Kekalkan kesegaran udang
Perahkan air asam limau nipis dan gaulkan
dengan udang segar. Kemudian simpan ke dalam peti ais, dengan ini udang akan
sentiasa segar dan tahan lebih lama
3.
Santan tak pecah minyak
Bagi mengelakkan santan dari pecah minyak,
terutama sekali kalau kita masak lemak, letakkan senduk ketika mereneh dan
gunakan api yang perlahan. Santan tidak akan pecah minyak.
4.
Rasa garam dalam masakan
Untuk merasa garam dalam masakan memang
menjadi masalah terutama sekali bulan puasa ni. Jadi bagaimana nak atasi? Cara
terbaik letak kuah atas jari anda, jika kuah tidak meleleh maksudnya masakan
anda cukuo masin. Tapi jika terlebih garam, jari akan rasa perit.
5.
Sayur celup tetap segar
Campurkan miyak masak ke dalam air rebusan.
Setelah sayur dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayuran tersebut nampak segar
dan berkilat.
6.
Menghilangkan bau hangit
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.

7.
Mudah mengopek kerang
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

8.
Hindari Kutu Beras
Yang ni memang saya pernah kena. Jadi saya letakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Alhamdulillah dah tak ada kutu beras sekarang.

9.
Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau-bau lain yang kurang menyenangkan.

10.
Mengembalikan kesegaran sayur
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.

11.
Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya

12.
Tauhu tahan lama
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.

13.
Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

14.
Melembutkan cucur kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

15.
Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

No comments:
Post a Comment