Pernah dengar mengenai penyakit ini? Saya pun tak pernah dengar ataupun tahu sehinggalah sepupu sebelah suami dimasukkan ke hospital. Masa tu doktor pun tak tahu sakitnya dan ambil masa juga nak diagnos. Sepupu husband ni perempuan dengan dua nak kecil, masa ni kesian kat husband dia; dengan kerja lagi, wife masuk hospital lagi & anak-anak yang kecil.
Perubahan yang ketara saya nampak mula-mula bila berat badan dia susut sangat. Alhamdulillah sepupu husband ini sembuh juga tapi masih lagi continue check-up di hospital. Baru-baru ni pulak terdengar seorang saudara saya yang berkemungkinan menghidap penyakit yang sama. Minta-mintalah bukan kerana nak mengesan dan merawat penyakit ini bukanlah mudah. RAMAI GADIS DISERANG SLE TANPA DISEDARI
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.
Ini akan merosakkan beberapa organ tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.
Ciri-ciri penyakit ialah:
• Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
• Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
• Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
• Sawan, strok dan gangguan mental
• Risiko untuk mendapat darah beku
• Kerap keguguran bayi
• Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah
SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.
Jika tidak sihat, periksalah dan dapatkan segera rawatan sebelum ia menjadi lebih tidak terkawal.
Monday, 7 April 2014
Suplemen Dan Badan Kita
Assalamualaikum. Dah lama saya tak update blog ni, alasan jangan tanyalah. Hari saya akan tuliskan sebab kenapa badan kita memerlukan suplemen. Kalau bagi saya tentunya untuk menjaga kesihatan untuk masa panjang. Bukan makan untuk kesihatan hari ini, tapi untuk 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang. Sesetengah orang keliru dengan menganggap suplemen untuk merawat kesakitan. TIDAK, suplemen tak merawat sakit. Ia cuma membantu mencegah penyakit & memelihara kesihatan.
- Kenapa badan kita memerlukan suplemen? Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita dapat daripada makanan seharian. Contonhnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan. Macam Vitamin C dari buah oren, kita memerlukan sekurang-kurangnya 7 1/2 biji untuk mendapatkan 500 mg Vitamin C sehari. Dengan kesibukan kerja seharian, saya sendiri tak mampu nak makan 7 1/2 oren. Jadi langkah cepat saya ambil suplemen.
- Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buahdan sayuran tersebut. Melainkan kita mampu mendapatkan sayur & buah organik di mana harganya sedikit mahal berbanding sayur biasa.
- Zat makanan juga mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan juga penyediaan. Contohnya vitamin dan enzimbaik mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak. Ini tak bermakna kita tidak mendapat langsung kebaikan dari masakan tersebut, kita masih lagi mendapat fiber yang berkemungkinan tidak mengandungi khasiat.
- Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan sintetik, alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi dengan gula, kafien, lemak dan garam mungkin akan mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
- Makanan seharian kita juga mungkin tidak seimbang dengan keperluan seharian kita. Kita juga mungkin tidak memenuhi atau mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
- Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi dengan kandungan kimia.
- Bagi yang bekerja pula, makanan tengahari selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas yang mungkin. Maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.
Mengapa SHAKLEE?
- Berasaskan dari sumber semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, tiruan, pemanis, pewarna dan perisa.
- Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti untuk ketulenan dan bebas dari bahan berbahaya seperti racun serangga.
- Setiap ramuan botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.
- Setap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
- Shaklee mematuhi Good Manufacturing Practice piawaian kawalan kualiti yang lebih ketat berbanding yang lain.
- Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet untuk misi mereka.
- Produk Shaklee di Malaysia disahkan Halal oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktirafkan oleh JAKIM.
Sunday, 17 November 2013
Motivasi Diri Dr. Azizan - aktiviti hujung minggu
Assalamualaikum. Pagi ni saya attend Seminar Kekayaan & Kejayaan Dr Azizan Osman. Ingatkan nak buat live update ja dari sana. Tapi tak boleh sebab seminar ni banyak aktiviti tangan. Ya aktiviti menggunakan tangan & menari. Saya rasa biasa kalau attend mana-mana seminar atau kursus motivasi memang program dia macam ni. Saya tahu tentang seminar ni pun dari kawan baik yang daftarkan nama secara percuma. Ya percuma ja, cuma daftar kat fb tiga orang peserta, tiga-tiga dapat free admission. Jimat duit. Seminar ni mengenai mencapai kejayaan dan kekayaan serta berfikiran positif.
So pagi-pagi subuh dah bangun siap-siap dan poskan Raha kat rumah tok dia. Sampai Seberang Jaya, terlupa kat mana venue seminar ni, di Sunway Hotel ke Sunway Carnival? Call member tak angkat pulak, tapi nampak kereta banyak masuk dalam Sunway Carnival, mana ada orang pi shopping mall awal 8:00 pagi.Tokey kedai pukul 9 lebih baru nampak hidung. Tawakal ja lah masuk, kalau silap kita pi yang hotel pulak, fuh nasib baik betul. Kalau tak nak kena keluar balik dan cari parking lagi. Saya ni malas nak cari parking.
Masa saya sampai dekat registration, berduyun-duyun manusia tengah mendaftar. Habis daftar tunggu member nak duduk sekali, masuk ja dewan kami dapat tempat duduk barisan yang belakang sekali. Nampak Dr. Azizan atas pentas tu kecik ja, comel aje. Tak apalah janji pengisian tu ada walaupun tak berapa nampak Dr. Azizan. Satu lagi dalam seminar ni tak boleh ambil gambar, ada kakak depan saya tu kena sound sebab ambil gambar. Krew kata "Akak tak baca masa sign tadi dalam borang ada mention gambar tak boleh ambil". Amboi adik, borang tu banyak benda tulis, masa pun singkat sangat nak baca segala isi kandungan tu, akak tu tak perasan kot, saya sendiri pun tak baca sebab lepas isi particular borang tu kena hantar balik. Gambar bawah ni ambil kat FB Dr. Azizan. Nampak tak saya? Eh baru perasan gambar depan laki yang pakai cap tunduk ni satu ofis dengan saya.
Apa yang saya dapat hari ini?
1. Buku Dr. Azizan (RM25.00- I dapat free!)
2. Paling penting pelajaran yang utama adalah kembali pada Allah
Kenapa kembali pada Allah? Sebab kalau kita selalu ingat Allah, Dia akan ingat kita balik dan apa yang kita minta insyallah Allah akan tunaikan tapi perlu ada usaha. Banyak testimoni yang saya dengar pagi tadi, banyak yang lalai dengan perintahNya dan selepas balik dari seminar mereka perbetulkan diri dan berjaya dalam hidup. Berjaya bukan setakat 3, 4 angka sebulan. Ada sorang tu sampai 6 angka dan ada yang cecah juta-juta. Fuh pengsan mak kalau dapat juta. Tapi tak ada yang mustahil.
Dr. Azizan pesan supaya kita bersyukur, sedekah, sujud pada Nya, sucikan diri dengan istighfar dan banyak-banyakkan selawat. Dia pesan juga dalam apa jua yang kita buat dalam hidup ni memerlukan mentor, attitude untuk berjaya, gigih berusaha, nekad dalam setiap keputusan, energetic dalam melakukan kerja dan ambil tindakan yang luarbiasa dan tawakkal. Dia juga pesan apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap, apa yang kita buat, semuanya adalah doa. Makin kerap kita tanamkan dalam hati, maka ia akan jadi kenyataan.
Semoga apa yang saya share ni dapat memberi sedikit semangat untuk kita semua berjaya. Nak tau lagi lanjut boleh fb Dr. Azizan atau lamab web Dr. Azizan untuk maklumat lanjut. Bye! Wasalam.
Wednesday, 6 November 2013
PROMOSI SHAKLEE NOVEMBER 2013 - VIVIX
APA ITU VIVIX?
Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.
APA ITU RESVERATROL?
Resveratrol ialah sejenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.
Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.
BAGAIMANA VIVIX & RESVERATROL BERFUNGSI SEBAGAI PENAWAR DIABETES/KENCING MANIS?
Terdapat 2 cara resveratrol membantu pesakit diabetes/kencing manis:
1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin:
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes/kencing manis. Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes/kencing manis.
Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula dalam darah.
2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.
Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes/kencing manis, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah diaktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.
Jika ada di kalangan ahli keluarga anda yang menderita diabetes/kencing manis, jom dapatkan Vivix Shaklee sekarang pada harga promo November!
Mari kita tengok testimoni kat bawah ni:-
Promosi Shaklee November 2013 ni:-
* BELI 6 PERCUMA 1
* PERCUMA KEAHLIAN SEUMUR HIDUP
* PERCUMA POS
Untuk maklumat lanjut hubungi saya:)
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:
Whatsapp/sms: 012-4271871
email: noorazizahmdtaha@gmail.com
Friday, 1 November 2013
Bersalin secara "ceaser"
Bagi yang selalu memperkecilkan kesakitan antara bersalin normal dan czer....jangan anggap
czer ni tak sakit...bius kalau dah habis luka torehan apa yang sakit. Dan jgn fikir bersalin normal saja yang sakit. Saya dulu dah masuk wad bersalin dan laluan dah terbuka 7cm sebelum doktor kata "I terpaksa operate you takut baby lemah dah lebih 7jam & laluan you tak ada progress" masa tu saya dengar doktor kata nak operate huh hilang segala sakit contraction yang sebelum ni menyerang. Kalau boleh dua-dua cara ni saya nak rasa...tapi ketentuan Allah, siapa yang berani mempertikai.
Para suami tolong jaga isteri sebaik mungkin...betapa seksanya dia nak melahirkan zuriat
anda satu-satunya. Bila para suami mengambil berat tentang isteri yang sakit ini, suami akan lebih menghargai ibu yg
melahirkan.
Bersalin secara Ceaseraen memang masa bersalin
kurang sakitnya berbanding bersalin normal, namun yang tak berapa bestnya bersalin
kaedah ini, mengikut pengalaman saya bersalin cara ini, sakitnya selepas
proses pembedahan tu. Nak duduk susah, nak pakai bengkung tak berani, ada pulak luka luar nampak elok, tapi rupanya luka bahagian dalam masih lagi basah dan
ada juga yang bernanah sampai berbau. Memang kalau dengar memang mengerikan dan
mengilukan. Saya sendiri luka luar bernanah, nasib baiklah sedikit saja. Itu belum sembelit lagi, hendak membuang pun jadi takut, takut bila meneran nanti yang di perut ni terbuka. Nak bangun pun susah, mandi nak kena jaga kawasan operate tak terkena air takut bernanah.
Tapi semua wanita jiwanya kuat dan tabah. Kaum lelaki belum tentu
boleh jadi sekuat dan setabah wanita. Penjagaan bersalin bedah memang lebih
rumit. Namun walau apa pun kaedah/proses anda bersalin, penjagaannya masih
tetap sama dan penting. Ketahui beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan
ketika berpantang: Sayur-sayuran dan tumbuhan menjalar, sejuk dan berangin
seperti kangkung, pucuk ubi, kacang buncit, kacang panjang, timun, petai, cili,
brokoli, petola, labu, terung, ubi kayu dan kobis kerana boleh menyebabkan sakit
tulang, lemah-lemah sendi dan sejuk pada otot.
Buah-buahan seperti tebu, nenas,
belimbing, nangka, cempedak, pisang nangka, pisang embun, pisang masak hijau,
ciku, langsat dan tembikai cina kerana boleh menyebabkan sakit tulang, lemah
sendi, angin dalam badan dan sejuk otot. Penyakit-penyakit ini diketahui
sebagai artritis dan rheumatisme.
Ikan masin atau ikan kering selain tidak
mempunyai khasiat, ia juga dipercayai boleh menyebabkan darah nifas berbau
busuk dan cepat kering. Ikan berbisa seperti ikan bawal, terubuk, pari duri,
sembilang dan parang dikhuatiri bisa pada pintu rahim. Ikan tamban, tongkol,
kembung, cencaru dan makanan laut menyebabkan kegatalan kulit dan alahan
menyebabkan luka pembedahan bernanah Ayam biasa atau ayam Bandar serta telur
ayam boleh dielakkan sehingga selepas 44 hari. Air ais, air sejuk, air bergas, air
tebu, air cincau, air kelapa muda serta jus buah dikhuatiri tajam dan boleh
menyebabkan angin dalam badan. Teh perlu dielakkan kerana menyebabkan angin dan
kembung perut. Apa jua makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
Daging lembu pula perlu dielakkan sehingga selepas kira-kira 2 minggu.
Fungsi Dan Panduan Asas Dalam Pemilihan Vitamin
Macam mana ya nak memilih vitamin untuk keperluan tubuh? Macam mana nak tentukan yang vitamin yang dicadangkan memang sesaui untuk pemulihan tubuh badan? Mari baca antara suplemen dan fungsinya. Info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers..
|
Sumber
|
Fungsi:
|
Panduan memilih
|
|
PROTIN
|
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan
perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit
hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti
mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
Kita diberitahu untuk mengurangkan
lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju)
mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin
tanpa lemak.
la merupakan kunci bagi respons imun
yang betul menentang kejangkitan.
|
Kandungan lemak yang rendah, lebih
kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi
kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus
hadir. Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5
(menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan
awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.
|
|
Multivitamin
|
Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program
pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi
hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Boleh memperbaiki keseluruhan
kesihatan dengan ketara.
|
Makanan tambahan "multi"
yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam
Bekalan harian yang disyorkan
harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan
Manakala kalsium, fosforus, dan
magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan
ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet
yang mengandungi 100 peratus peruntukan
Salah satu cara menyingkirkan
terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin
dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering
ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus
menawarkan100 peratus dari peruntukan
|
|
VITAMIN C
|
Meningkatkan . respons imun. .
Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis
"glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi.
. .
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan
nitrit).
|
Makanan tambahan vitamin C yang baik
harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan
lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks
bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan
vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
|
|
ALFALFA
|
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam
kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik
asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling
lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya
dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
la mengandungi lebihan mineral surih
berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi
fungsi sel.
|
Keluaran ini harus disediakan hanya
dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar
menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya;
ini akan menyusutkan kualitinya.
Daunnya harus diproses secara asli di
bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan
kencang.
|
|
VITAMIN E
|
“Mungkin melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari
dimusnahkan. .
Membantu sel-sel memperolehi lebih
oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E
mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai
pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem
imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa
pencemar dalam persekitaran kita.
|
Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Keluaran vitamin E yang baik harus
mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli
dan paling aktif .
la harus mengandungi ahli-ahli
laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
Vitamin E akan menjadi lebih berkesan
jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang
unggul ialah yis.
|
|
B.KOMPLEKS
|
Membantu memerangi kelesuan. .
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari
makanan. .
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan
vitamin B. .
Perlu bagi saraf sihat. .
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
|
Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan
kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua
sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8
vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi
sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan
|
|
LESITIN
|
Penting dalam diet mengurangkan berat
badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
* Menglsi dan melembutkan kulit yang
bertambah tua. .
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la
merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut
pudar.
|
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua
antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling
potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila
memilihkan makanan tambahan lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada
granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
|
|
KALSIUM / MAGNESIUM
|
. Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan
otot. .
Berperanan besar dalam mencegah dan
merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun
berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
Merawat hiperaktiviti, kegugupan,
iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
|
carikan kalsium karbonat (batu kapur)
dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya
digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus
yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.
|
|
BESI
|
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus
antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
|
la merupakan mineral nombor satu yang
kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli
olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka
- juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda
masih merasa lesu.
Besi ferik hampir mustahil
diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh
meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang
baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi
mendorong penyerapan.
|
|
ZINK
|
Perlu bagi memulihkan luka.
Komponen penting bagi insulin.
Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa.
Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi
peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta
beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons
stres.
|
Sejenis makanan tambahan zink yang
unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda
dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda
membeli makanan tambahan zink.
|
|
GENTIAN/ FIBER
|
Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti
buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu
mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing
badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - -
Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. -
Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya
mengambil 10 -12 gram gentian sehari
|
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber.
la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus
tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang
baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm
gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian
mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.
|
|
JULAP / LAKSATIF HERBA
|
|
Jika anda memerlukan laksatif atau
pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan
bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
Jenis terbaik ialah diperbuat
daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera
boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun
senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan
bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci
dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
|
|
EPA/OMEGA
|
.Boleh - menurunkan trigliserida. -
Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
|
Carikan keluaran yang berlabelkan
,,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi
rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini
telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah
mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan
menerusi ujian klinikal.
|
Semoga perkongsian ini
berguna dan dpt dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan....apa
jua jenama yg anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih....
Perlu ambil semua di atas?...Sejujurnya...paling minimum.untuk memulakan
program makanan tambahan..yang anda perlukan ialah protin dan
multivitamin...tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan
fiber..yang lain2 di ambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda..Boleh
emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut
email: noorazizahmdtaha@gmail.com
Kenapa Kita Memerlukan Vitamin/Supplemen Tambahan
Vitamin C SR 180 tablet WM (RM92.50) / EM (RM97.50)
B Complex 120 tablet WM (RM 53.75) / EM (RM 56.25)
"Orang dulu-dulu tak makan
vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat jugak". Saya akui juga
kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari
ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran.
Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan
sebagainya. Orang dulu-dulu, orang asli tak guna bahan-bahan kimia, tak pakai
make-up yang ada bahan kimia dan sebagainya.
Kita sekarang terdedah kepada
pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik-baik sayur adalah
sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin
sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari
yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari?
Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari. Itu baru nak dapatkan Vitamin C yang cukup untuk badan. Macam mana pulak untuk untuk vitamin-vitamin yang lain.
Menyebut tentang pencemaran, setiap
pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang
menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada
bentuk-bentuk lain, bujur ke, bersegi ke, apa-apa lah. Radikal bebas ni boleh
dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin
seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren,
serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga
matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan
bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.
Tiada masalah jika kita mampu
menyediakan semua itu. Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain,
seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D,
vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink
dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa
penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah
sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan
vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin
dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Noor Azizah
- Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.
