Vitamin C SR 180 tablet WM (RM92.50) / EM (RM97.50)
B Complex 120 tablet WM (RM 53.75) / EM (RM 56.25)
"Orang dulu-dulu tak makan
vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat jugak". Saya akui juga
kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari
ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran.
Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan
sebagainya. Orang dulu-dulu, orang asli tak guna bahan-bahan kimia, tak pakai
make-up yang ada bahan kimia dan sebagainya.
Kita sekarang terdedah kepada
pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik-baik sayur adalah
sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin
sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari
yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari?
Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari. Itu baru nak dapatkan Vitamin C yang cukup untuk badan. Macam mana pulak untuk untuk vitamin-vitamin yang lain.
Menyebut tentang pencemaran, setiap
pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang
menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada
bentuk-bentuk lain, bujur ke, bersegi ke, apa-apa lah. Radikal bebas ni boleh
dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin
seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren,
serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga
matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan
bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.
Tiada masalah jika kita mampu
menyediakan semua itu. Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain,
seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D,
vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink
dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa
penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah
sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan
vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin
dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...
No comments:
Post a Comment