Wednesday, 27 August 2014

Meal Shakes Nutrisi Untuk Seisi Keluarga

                Mealshake menyediakan hidangan lengkap dengan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang  terbaik yang mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam system tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.  Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

                Mealshake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk berkerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, Mealshake Shaklee merupakan pilihan yang bijak.

                                                         Meal Shake (RM 113.75/544gm)

Manfaat Utama
  • Nutrisi Lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang berkerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh – Kaya dengan protin (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • Membantu Tumbesaran – Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina sel tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran.
  • Anti-oksida – Mengandungi vitamin A, C, E, sink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan Seri Wajah – Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • Detokfikasi – Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat dinikmati oleh semua golongan.


Rekomendasi
Campurkan 2 sudu besar Meal Shake bersama ESP dan Performance Drink (perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.

Nota:    Hanya 120 kalori untuk setiap hidangan. Boleh dicampur/dikisar bersama buah-buahan, ESP, atau apa jenis minuman kegemaran. Lazat dinikmati dalam air sejuk mahupun panas.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Monday, 25 August 2014

Kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee

          Salah satu vitamin dari Shaklee yang akan saya kongsikan hari ini adalah B-complex, boleh dikatakan dalam kebanyakkan set Shaklee dicadangkan pengambilan B-complex ini sebagai salah satu suplemen di  dalam set tersebut antaranya Set Mengandung, Set Kesihatan Optimum, Set Ibu Menyusu, Set Berpantang, Set Kulit, Set Resdung, Set Tambah Berat Badan dan lain-lain lagi. 


                                                          B-COMPLEX (RM53.75/120tabs)


          Di Shaklee, para saintisnya telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
           B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
          Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan  vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-kompleks setiap hari.

*Shaklee B-complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B complex extract from beer yeast.


Manfaat Utama

  • Menukar makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban, dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, memperkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi badan, meransang peredaran darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migraine, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut – baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormone dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche – dikenali sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detokfikasi – meredakan alahan


Bagaimana Memilih B-Kompleks Yang Baik?
  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama.
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
  4. Elakkan pengambilan B-kompleks yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)


Rekomendasi
Untuk kesihatan berpanjangan                                                           : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan                                              : 2-3 kali sehari, 1 biji (selepas makan)


Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?
Ini merupakan situasi normal kerana B-kompleks merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan  akan berkurang dari masa kesemasa.



Nota:  B-kompleks merangsang metabolism dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan. 



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Sunday, 24 August 2014

Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)

Soy Protein Isolate Powder

                                                   Energy Soy Protein RM150.00 (850gm)


Energising Soy Protein (ESP) ini diiktiraf seluruh dunia dengan kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soyadan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada uric acid dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Manfaat Utama
  • Awet Muda – Asid Amino penting untuk membina kuku, rambut, darah, organ , kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci awet muda.
  • Baik untuk Hormon – kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan horman wanita. Ia membantu merendahkan kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik untuk ProstatGenistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya menyekang pertumbuhan dan merebaknya sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja – Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migraine, insomnia dan tekanan.
  • Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori – meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan ransangan.



Kepentingan Protein

            Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormone manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam system imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, maslah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormone dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan funsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa Itu asid Amino

           Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amina yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

         Terdapat asid amino tertentu yang dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tak perlu. Manakala asid aminoyang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali asid amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid amino tersebut.

            Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.


Rekomendasi
2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong, boleh dicampur dengan Meal Shakes dan Performance Drink)



Nak order? Sila klik eSell disebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Friday, 11 July 2014

Buasir ooo Buasir

Tajuk macam apa je kan. Nak cerita, dua hari lepas en. suami kena buasir. Sebelum ni memang tak pernah dengar dia mengadu. Jadi bawalah dia pergi Klinik Desa Murni di Sungai Dua. Sebenarnya nak ke satu klinik buasir yang agak terkenal di Sungai Dua ni tapi tutup pulak. Klinik tu terkenal untuk merawat buasir. Tak apalah tak ada rezeki, en.suami pun tengah sakit sangat jadi kami pun pergilah Klinik Desa Murni.

Doktor bagitahu yang en. suami ni pesakit busair yang ketiga dating hari ni. Wah…ramainya buasir, jadi saya pun tanya doktor kenapa ramai sangat? Doktor cakap mungkin sebab bulan puasa, pemakanan tak jaga, tak minum air kosong banyak, tak makan sayur & buah-buahan. Ha…..kena setempek kat en.suami sebab memang semua yang doktor cakap tu dia tak buat.

Antara faktor-faktor lain sebab buasir adalah:-
ü  Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
ü  Cirit birit yang kronik.
ü  Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
ü  Mengandung atau bersalin.

Saya pun kena juga buasir lepas bersalin kat Raha. Dah la ceaser, kena buasir pulak tu, nak teran takut jahitan ceaser terbuka. Merana jugaklah masa tu, tuhan saja yang tahu. Masa ni tak kenal Shaklee lagi, kalau dah kenal insyallah tak kena buasir ni.

Ok, terdapat 4 peringkat menggambarkan tahap keseriusan penyakit tersebut

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


En.suami kena yang tahap 4 tapi tak ada pendarahan. Nak tahu tanda-tanda yang kita ada sembelit:-

o   Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
o   Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
o   Darah menitis dan tersebur dari saluran dubur.
o   Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah.
o   Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal.



Cadangan Supplement Shaklee untuk Merawat Buasir 

1) Ostematrix RM61.00 (120tabs)


Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2) 
Omega Guard RM136.00 (90tabs)

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3) 
Zinc Complex RM33.75 (120tabs)

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Cara nak makan senang saja:-

1.                  Zinc makan 1 biji sebelum breakfast (ketika perut kosong dan jangan ambil dengan susu dan produk tenusu nanti menganggu penyerapan zinc)
2.                  Omega guard 1 biji selepas breakfast/lunch/dinner (sehari tak lebih 3 biji)
3.                  Osteomatrix 4 biji sebelum tidur


Ha lupa nak cerita, masa kat klinik doktor ada Tanya en.suami ada ambil ubat tak? En.suami jawab yang wife dia ada bagi makan Shaklee. Terus doktor senyum dan cakap: Bagus, Shaklee ni elok untuk kesihatan dan juga buasir. Doktor pesan untuk kes en.suami ni terus makan zinc untuk rawat luka. Terus wife dia kembang kejap. Hihihi….

Nak bagi nasihat pada yang ada buasir, jangan terlalu lama dalam toilet. Terutama sekali toilet cangkung, kalau boleh guna toilet duduk. Sebab bila kita dalam posisi mencangkung tu kita menolak buasir keluar. Faham? Lagi satu dalam Islam pun tak menggalakan kita berlama-lama dalam toilet sebab tu tempat Jin, tempat tak kotor dan tak elok. Selamat beramal…hihi….


Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday, 10 July 2014

Vitamin Shaklee untuk Pertumbuhan Rambut

Vitamin Utama untuk Pertumbuhan Rambut




Dengan peningkatan umur, kita akan mengalami masalah keguguran rambut. Wanita lebih mudah mengalami masalah ini terutama sekali bila umur menginjak ke angka 30an dan bila sampai umur 60 tahun masalah ini akan menjadi lebih serius. Lelaki jugak mengalami masalah ini dan lebih dikenali sebagai masalah botak.
           
            Penyebab keguguran rambut
1.    Tekanan
2.    Pengambilan ubat-ubatan
3.    Kekurangan nutrient
4.    Tiriod
5.    Monopause
6.    Bersalin
7.    Jangkitan fungus kelemumur
8.    Penggunaan kimia berlebihan seperti pewarna rambut & etc


 Makan untuk rambut sihat

Rambut terdiri daripada asas utama iaitu protein, keperluan nutrient yang penting menggalakkan pertumbuhan rambut. Nutrin tersebut adalah:-
1.    Vitamin
2.    Protein
3.    Zat besi`

Vitamin untuk Rambut
1.    Vitamin A
Ia merupakan antioksidan yang melembabkan kulit kepala dan mengelak kulit kepala dari kering. Ia juga menguat dan melembatkan rambut. Sumber-sumber vitamin A adalah dari karot, hati, kuning telur, susu, bayam, apricot kering dan manga


2.    Vitamin B
Vitamin B membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut, melebatkan rambut dan menguatkan rambut. Vitamin B membantu meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan. Didalam vitamin B terdapat satu komponen yang dikenali sabagai Biotin. Fungsi biotion ni banyak dan salah satu darinya untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit. Makanan yang kaya dengan vitamin B adalah telur, pisang, badam, buah beri, yugort, telur, keju dan susu.



3.    Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin untuk pertumbuhan rambut yang berupaya untuk merawat rambut beruban dan kekeringan.Pengambilan vitamin c yang konsisten dapat mengekalkan kesihatan rambut. Makan yang kaya dengan vitamin C adalah buah oren, tembikai, strawberi dan jambu  batu.


4.    Vitamin E
Ini adalah salah satu vitamin yang penting untuk rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan rambut dan mengelak rambut dari kering dan bersinar. Ia juga membantu menjaga kulit kepala yang sihat dan mengalakkan peredaran darah. Makan kaya dengan vitamin E adalah ikan, kekacang, susu, badam, tomato dan dried herbs.


5.    Asid folic      
Asid folic bukan sahaja penting untuk ibu mengandung. Ia juga penting untuk rambut yang lebih lebat dan bersinar dan pada yang sama menambahkan lembapan. Ia juga mengelakkan rambut beruban. Asid folic ini juga terdiri dari kumpulan vitamin B, maka sumber makannya hampir sama dengan vitamin B. Selain itu gandum dan bijiran mengandungi asid folic.


Terdapat dua nutrient yang penting yang saya tak boleh elak dari bercakap mengenainya. Nutrient tersebut adalah
·         Zat besi
·         Protein


Zat Besi
Para pengkaji mendapati keguguran dan rambut putus yang serius adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam badan. Pengambilan zat besi yang mencukupi setiap hari membantu peredaran darah dan juga membantu pertumbuhan rambut.Ia menguatkan struktur rambut hingga ke akar. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging, sayuran hijau, ayam belanda, kekacang hijau dan juga buah-buah kering.

Zinc Complex RM33.75 (120 tablet)

Protein
Protein adalah keperluan penting bagi kekuatan strukur rambut mengelak dari gugur dan membuat rambut lebih bersinar dan lebih hidup. Makanan yang kaya dengan protein seperti taugeh, soya, susu dan banyak lagi.

Dua produk Shaklee yang terhangat dipasaran dapat membantu masalh keguguran rambut adalah Zinc Complex dan ESP (Soy Protein Isolate Powder).
Zinc complex merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Ia menghalang keguguran rambut. Selain itu fungsi zink adalah untuk meningkatkan imunisasi dan pertahanan badan. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka dan untuk kesihatan prostat terutama untuk lelaki.

ESP pula menyuburkan kesihatan rambut, kulit, kuku dan otot. Ia juga mengoptimumkan penyerapan nutrient lain dan membekalkan tenaga berpanjangan. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Energy Soy Protein RM150.00 (850gm)
Testimoni Zinc Shaklee




Nak order? Sila klik eSell disebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday, 3 July 2014

Membuat Pesanan Melalui eSell Shaklee

Berita Terkini

Shaklee baru sahaja memperkenalkan widget terbaru yang akan memudahkan pelanggan untuk order barang dari SID Shaklee. Sistem eSell memudahkan pelanggan membuat pesanan terus tanpa perlu menunggu jawapan dari SID. Order hari ini esok insyallah dah dapat. Bestkan.....

Jom ketahui kelebihan eSELL?
1.    Jika Customer nak order Shaklee hanya perlu klik saja  dan tak perlu nak PM sms whatsapp Shaklee Independent Distributor yang bersepah di FB atau blog. 

2.    Customer akan diberikan kemudahan membuat pesanan sendiri dan menerima sms notifikasi setelah order diproses

3.    Pelanggan juga tidak perlu ternanti nanti bertanyakan apakah status penghantaran produk anda kerana ANDA adalah yang membuat pesanan secara lansung ke sistem Shaklee.

Macam mana nak order? Meh saya tunjukkan cara nak order:-

1.            Klik Place Your Order Here dibahagian atas sebelah KANAN. Klik gambar eSell tu.

2.            Pelanggan akan di direct masuk ke web shaklee www.shaklee2u.com.my
3.            Baca terma dan syarat
4.            Klik "Agree" --> Next --> Pilih bahasa
5.            Tandakan pilihan produk yang dikehendaki sebelah kiri dalam kotak
6.            Isikan Kuantiti produk yang dikehendaki
7.            Klik "Checkout"
8.            Isi form butir peribadi dan butir penghantaraan
9.            Klik "Continue", Klik “Proceed Payment”
10.          Pilih samada nak buat pembayaran guna Credit Card atau Debit Card. Selepas masukkan maklumat pembayaran. Klik Confirm Payment.
11.          Selesai anda cuma perlu menunggu penghantaran sampai depan rumah anda dengan produk shaklee yang anda beli.


Tetapi jika anda inginkan konsultansi, atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya ok!


Terima Kasih Kerana shopping produk shaklee dari blog saya. 

Anak Ekzema Jangan Guna Calamine Lotion

Baru ni Raha kena demam campak besar. Saya tak jangka lansung sebab tak ada sepupu Raha yang kena campak. Nurseri pun dah seminggu tak pergi lagipun sebelum ni Raha dah pernah kena campak kecil masa umur dia belum setahun.

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Campak ini terbahagi kepada dua, campak kecil dan campak besar. Mak saya bagitahu kalau yang kena campak kecil, nanti dia akan kena campak besar. Bagi yang yang dah kena campak besar nanti dah tak kena. Tapi tak tahulah sebab saya pernah dengar kawan yang pernah kena campak masa kanak-kanak masih lagi kena campak bila dah dewasa. Nasiblah kot. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Masa Raha kena kesian jugaklah dia asyik menggaru dan merengek gatal. Ada yang syorkan kat saya bermacam-macam cara nak redakan campak. Ada yang suruh pakai daun mambu, bedak sejuk dan  calamine lotion. Masa bawa Raha jumpa doctor, saya tanya kat doctor ada bagi tak calamine lotion? Saya ada bagitahu doktor yang Raha ni ada ekzema. Doktor bagitahu untuk keadaan Raha sekarang tak payah guna calamine lotion sebab campak dah pecah. Doktor bagi krim antibakteria sebab tak nak jangkitan kuman dari kesan dia menggaru.

Dua hari lepas tu saya letak calamine lotion kat tempat yang belum pecah. Saya baru letak calamine lotion dalam masa sehari, Ya Allah kulit Raha jadi lagi teruk. Kulit dia jadi lagi kering, nampak macam terbakar & kasar. Saya macam terkejut jugak sebab masa Raha kena campak kecil dulu saya ada letak calamine lotion, tapi tak ada kesan macam ni.

Jadi saya berhenti gunakan calamine lotion kat Raha. Esoknya pulak Raha ada appointment dengan Pakar Kulit GH. Jadi saya ceritakan tentang calamine lotion ni. Doktor Chan sebut anak yang ada eczema tak elok gunakan calamine lotion sebab lotion ni mengeringkan kulit. Budak eczema kulit memang dah kering, jadi bila kita letakkan calamine lotion ni jadi bertambah teruk. Inilah akibatnya bila mak naif & tak dengar cakap doctor. Balik terus saya letak pelembap banyak-banyak dan alhamdulillah kulit yang kering semua dah ok. Tinggal parut campak saja yang degil tak nak hilang. Sekarang saya letakkan Herbal blend untuk kurangkan parut campak. Jadi ibu-ibu di luar tolong buat rujukan sebelum letak atau bagi apa-apa ubat kat anak-anak. Kalau boleh pilih yang natural. Harap parut Raha cepat hilang sebab dah nak raya. 



Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.