Thursday, 3 July 2014

Anak Ekzema Jangan Guna Calamine Lotion

Baru ni Raha kena demam campak besar. Saya tak jangka lansung sebab tak ada sepupu Raha yang kena campak. Nurseri pun dah seminggu tak pergi lagipun sebelum ni Raha dah pernah kena campak kecil masa umur dia belum setahun.

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Campak ini terbahagi kepada dua, campak kecil dan campak besar. Mak saya bagitahu kalau yang kena campak kecil, nanti dia akan kena campak besar. Bagi yang yang dah kena campak besar nanti dah tak kena. Tapi tak tahulah sebab saya pernah dengar kawan yang pernah kena campak masa kanak-kanak masih lagi kena campak bila dah dewasa. Nasiblah kot. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Masa Raha kena kesian jugaklah dia asyik menggaru dan merengek gatal. Ada yang syorkan kat saya bermacam-macam cara nak redakan campak. Ada yang suruh pakai daun mambu, bedak sejuk dan  calamine lotion. Masa bawa Raha jumpa doctor, saya tanya kat doctor ada bagi tak calamine lotion? Saya ada bagitahu doktor yang Raha ni ada ekzema. Doktor bagitahu untuk keadaan Raha sekarang tak payah guna calamine lotion sebab campak dah pecah. Doktor bagi krim antibakteria sebab tak nak jangkitan kuman dari kesan dia menggaru.

Dua hari lepas tu saya letak calamine lotion kat tempat yang belum pecah. Saya baru letak calamine lotion dalam masa sehari, Ya Allah kulit Raha jadi lagi teruk. Kulit dia jadi lagi kering, nampak macam terbakar & kasar. Saya macam terkejut jugak sebab masa Raha kena campak kecil dulu saya ada letak calamine lotion, tapi tak ada kesan macam ni.

Jadi saya berhenti gunakan calamine lotion kat Raha. Esoknya pulak Raha ada appointment dengan Pakar Kulit GH. Jadi saya ceritakan tentang calamine lotion ni. Doktor Chan sebut anak yang ada eczema tak elok gunakan calamine lotion sebab lotion ni mengeringkan kulit. Budak eczema kulit memang dah kering, jadi bila kita letakkan calamine lotion ni jadi bertambah teruk. Inilah akibatnya bila mak naif & tak dengar cakap doctor. Balik terus saya letak pelembap banyak-banyak dan alhamdulillah kulit yang kering semua dah ok. Tinggal parut campak saja yang degil tak nak hilang. Sekarang saya letakkan Herbal blend untuk kurangkan parut campak. Jadi ibu-ibu di luar tolong buat rujukan sebelum letak atau bagi apa-apa ubat kat anak-anak. Kalau boleh pilih yang natural. Harap parut Raha cepat hilang sebab dah nak raya. 



Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.