Monday, 13 October 2014

Resepi Ayam Masak Kurma

               Kali ni saya nak kongsi resepi masak kurma ayam atau bahasa kampung, ayam masak putih. Ini cara saya masak, jadi sukatan yang tepat memang tidak ada, maaflah saya jenis masak tak pakai sukatan. Main campak ja, jadi kebanyakannya agak-agaklah.


Bahan-bahan utama
Ayam seekor (siap-siap potong)
Serbuk Kurma adabi sepeket (Masak kurma saya suka pakai brand ini)
Kerisik dua camca
Santan pekat ½ cawan (boleh ganti santan biasa secawan)
3 biji ubi kentang (dipotong 4)
2 biji tomato (dipotong 4)
Cabai Melaka/cabai hijau
Bawang besar 2 labu (dipotong besar-besar sebagai hiasan)

Bahan untuk menumis
Bawang merah 5 ulas (diricik halus)
Bawang putih 3 ulas (diricik halus)
Halia 5cm (diricik halus)
Kulit kayu manis (sebatang)
Bunga lawang (4-5 kuntum)
Buah pelaga (4-5biji)
Daun pandan (2-3helai)

Cara-cara masak
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan kerisik dan air. Penting untuk biarkan rempah masak dulu sehingga *pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, baru masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan ayam masak. Setelah ayam lembut, masukkan ubi dan juga santan. Kemudian biarkan mereneh seketika. Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong, cabai melaka/hidup hijau dan juga tomato. Lepas 5minit macam tu, dah boleh tutup api dan siap.

Senangkan? Saya dulu pun bukan pandai sangat masak, ni pun belajar dengan mak kemudian dah pandai sikit buat resepi derhaka. Hahaha… resepi derhaka tu ubah sikit dari resepi mak yang asal. Sebenarnya memasak ni tak susah, janji ada rasa dah cukup. Maklumlah kita bukan chef, nak masak resepi dahsyat tu tak adalah kot, setakat masakan kampong ni boleh la kot. Ok…selamat mencuba.


*pecah minyak = proses menumis rempah sehingga minyak timbul atau minyak terpercik-percik. Itu tandanya rempah dah masak



Sunday, 12 October 2014

Lecithin

                


Lecithin (RM52.50/180tabs)


           Lecithin diekstrak dari kacang soya organic bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol, fosforus dan lemak tepu.



Manfaat Utama
  • Menyerap vitamin yang larut lemak – Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati – Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol – Lecithin bertindak sebagai “pembersih” salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelansingan – Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.
  • Mencantikkan otot dan kulit – membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi – Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan daya alergi dari penyakit kulit – dermatitis, demam alergi.
  • Menghalang pembentukan batu karang – 90% dari batu karang terjadi dari kolsetrol yang tinggi di dalam badan. Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress – Mengandungi kolin yang membentuk  penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran janin.
  • Menghalang tekanan darah tinggi – Memperbaiki tekanan darah tinggi dngan menghalang arteriosclerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Memperbaiki prostat lelaki – Kajian telah membuktikan masalah prostat dan uretha lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  • Meringankan sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Pengambilan
Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)
Untuk pelansingan, tekanan darah tinggi, pemecahan lemak: 2-3 kali sehari,  kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Saturday, 11 October 2014

Resepi Kerabu Arab

Resepi Kerabu Arab


                Hari ni saya nak kongsi satu resepi paling ringkas. Boleh buat makan petang atau sambil-sambil tengok tv. Makan berkhasiat, sesuai untuk yang tengah berdiet. Jangan tanya kat mana arabnya, kat minyak zaitun kot. Tapi minyak zaitun ni resepi Itali banyak la guna. Resepi ni kawan yang bagi. Dah cuba buat, sedap sangat sebab saya ni hantu salad dan sewaktu dengannya. Sekali-sekala ubah selera apa salahnya, selera mat salih katanya….

Bahan-bahannya (untuk 2 orang makan):
1 biji tomato (pilih yang besar)
1/2 biji timun
Salad fetucini (agak-agak dlm 5 helai)
Cabai merah 1 biji
Cabai melaka dalam  4@5 ikut kepedasan
Bawang besar 1 ulas
Gula dan garam secukup rasa
1/2 biji lemon(perah ambil jus dia je tau)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara masak:
1.  Bawang besar, tomato (buang biji dalam yg berair tu), timun( buang bahagian biji sikit)...semua bahan ni potong dadu..
2.     Salad, cabai merah (buang biji dalam & potong halus2), cabai melaka potong
3.     Apabila dah siap potong semua, masukkan dalam 1 bekas, tabur sedikit garam & gula secukup rasa, diikuti dengan minyak zaitun dan perahan lemon..pastu siap untuk dihidang..



Saya tambah telur rebus sebagai protein tambahan, nak bagi kenyang sikit. Selamat mencuba.


Thursday, 9 October 2014

HERB-LAX Shaklee

                


                                                                  Herb-lax (RM52.50/120tabs)

            Herb-lax adalah salah satu produk hot dalam set kurus Shaklee. Ia juga membantu bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit. Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi terdiri daripada: alfafa, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckthorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh bagi masa panjang.

                Tidak seperti ubat sembelit ataupun produk kurus yang lain, Herb-Lax tidak memberi kesan cirit-birit ataupun keperluan untuk ke tandas setiap 5minit. Ianya tidak mengganggu perut dan bertindak sebagai pencuci usus yang lembut dan paling penting ia diperbuat dari bahan semulajadi. 

Manfaat Utama
  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proes semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membnatu masalah sembelit
  •  Mengempiskan perut
  • Ia membantu untuk mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.


9 Herba Semulajadi

1. Senna Leave


Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detokfikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


2. Buckthorn bark

Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.


3. Licorice root

Membantu proses detokfikasi


4. Fennel seeds

Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, kembung perut atau usus.


5. Anise seed

Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan


6. Rhubarb root

Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina yang digunakan sebagai antibiotic


7. Blue malva flower

Membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit


8. Culver’s root

Membantu masalah lebihan air dalam badan dan juga asma


9. Alfafa leaves

Membersihkan usus, hati dan darah


Rekomendasi
Untuk kesihatan berpanjangan                                 : 2 kali seminggu – 4 biji setiap kali sebelum tidur
Untuk pembersihan usus/detokfikasi, melawan kanser, mengawal berat bad     : 2 kali sehari – 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)

Perhatian
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan. Manakala di bawah kondisi normal, Herba-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan.
Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman /pembuangan kembali normal.
Tidak digalakkan juga diambil bagi wanita yang dalam haid kerana akan mengakibatkan gangguan pada perut.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com


Wednesday, 3 September 2014

Alfafa Complex Dari Shaklee



                                    Alfafa Complex (RM 53.75/330tabs; RM97.50/700tabs)


Diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago sativa) secara organic di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.  Alfafa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di dalam kumpulan alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki  ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

        
Sumber:Google Image

                    Daun alfafa dari Shaklee hanya akan dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak dan daunnya yang telah matang sangat kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semujadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompreskan menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Stiap tablet mengandungi 300mg alfafa.

                Alfafa merupakan salah satu produk yang hangat bagi mereka yang ingin menguruskan badan kerana ia menyingkirkan lemak dan kolestrol. Selain itu Alfafa Shaklee ini juga merupakan salah satu supplemen bagi merawat resdung. Di dalam set penyusuan Shaklee juga, alfafa bertindak sebagai penggalak susu (milk booster) dan diambil bersama dengan ESP.



Manfaat Utama

Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan khasiat seperti segelas susu.
  • Mencuci hati, darah dan usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologidi dalam usus dan perut – memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfafa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Melawan tumor – memakan 30-50 tablet untuk mengakalikan badan dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan – sebagai rawatan kepada pelbagai penyakit.
  •  Mencegah/merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan


Rekomendasi

Untuk kesihatan berpanjangan                 : 2 kali sehari – 10 biji sepanjang pengambilan

Larutkan 10 biji alfafa di dalam air, campurkan 3 biji Shaklee Peppermint-Ginger dan jus buah-buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. Ia baik untuk sistem usus dan perut. Sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.


Untuk pencucian usus atau detokfikasi, mencuci darah, melawan kanser   : 3 – 4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan (diambil dengan air kosong)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Friday, 29 August 2014

Sustained Release Vita C 500mg

                                    Sustained Release Vita-C (RM 92.50/180tabs)


Sains pembebasan berterusan secara semulajadi  vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 7.5 hidangan biji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kult buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.



Manfaat Utama
  • Membentuk kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Oleh itu ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simtom selsema.
  • Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit – Pengambilan vitamin C setiap hari dapat mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama bagi jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Tahukah Anda?
  1.  1 batang rokok dapat mengurangakn 50-100mg vitamin C
  2.  Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  3. Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak
  4. Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit birit
  5. Haiwan menghasilkan vitamin C mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) vitamin C sedangkan manusia tidak menghasilkan vitamin C. Tambahan pula vitamin C larut-air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.
  6. Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) vitamin C sehari. Dr. Pauling yang menemui vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.


Vitamin C yang Memadai dari Buah?
        Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.


Cadangan
Untuk pemeliharaan kesihatan            : 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali makan (selepas makan)
Untuk melawan kanser, influenza, penyembuhan penyakit        : 3 kali sehari, 2 tablet setiap kali  


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Wednesday, 27 August 2014

Vita-Lea Multi Vitamin Untuk Keperluan Tubuh


                                                           Vita-Lea (RM 88.75/120tabs)
         
Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan menjadi “Vitamin” dan dari perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara konprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”. Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


Manfaat Utama
  • Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran  mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi – kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayran (vegetarian) dan anemia
  • Metabolism – Sangat membantu stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh – menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiriod.
  • Melindungi Organ – melindungi fungsi hati, buah pinggang dan jantung






Rekomendasi
Untuk kesihatan berpanjangan                                   : 2 kali sehari, 1 biji setiap kali (selepas makan)
Untuk pembesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga      : 2 kali sehari, 2 biji setiap kali (selepas makan)



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Nak order? Sila klik eSell icon di sebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.