Anda perasan tak kebelakangan ini
cuaca sangat lah panas. Terasa sangat kepanasan sehingga saya sendiri tak boleh
duduk di dalam rumah. Nasib baiklah bilik ada pasang aircond, jadi terperaplah
satu keluarga kami dalam bilik sebab tak tahan denga cuaca sekarang. Bila cuaca
panas begini, kita digalakkan minum banyak air kososng terutamanya bagi
menyejukkan badan. Ini kerana dalam keadaan panas begini, badan lebih mudah
kehilangan air terutamanya bila berpeluh, kecing dan juga bernafas. Berikut
adalah 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan
minum air putih.
Gambar credit to pakcik google
1.
Menguruskan badan
Khabar
gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Tak kisahlah diet atkins atau
diet kalori sekalipun. Kesemua diet yang dipernalakan menggalakkan pengambilan
air putih yang banyak. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak
dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. Perasan tak bila kita
mengambil suplemen Shaklee, kebanyakan pengedar menggalakan kita minum sehingga
3 liter air sehari. Ini untuk membantu proses mendetoks toksin dari badan.
2.
Meningkatkan kesuburan
Air putih
dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada
kaum Hawa.
3.
Melancarkan sistem pencernaan
Minum air
putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem
pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran
kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4.
Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan
pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit
hati dan ginjal.
5.
Perawatan kecantikan
Kekurangan
pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap
air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6.
Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat
air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat
yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan
beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini
kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7.
Menyihatkan jantung
Air putih
juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga
sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8.
Ubat kepada penyakit strok
Air putih
tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat
efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu
memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran
darah dan sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR
pelbagai jenis PENYAKIT
Kajian
para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap
pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan
dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang
serius.
Di antara
penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan di negara matahari terbit
ini ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, system jantung, arthristis, degupan
jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, tibi, meningitis,
buah pinggang, dan jangkitan pada air kencing.
SEBAB PERLU MINUM AIR
MASAK
Air tidak
dinafikan merupakan sebatian kimia yang paling penting di atas muka bumi. Ia
merupakan tunjang kepada kehidupan dan tidak keterlaluan jika kita menyebut,
“jika tiada air, maka tiadalah kehidupan”. Ia juga merupakan faktor utama
mengapa bumi terpilih di antara planet-planet yang lain sebagai kediaman mutlak
untuk semua jenis hidupan, memandangkan bumi adalah antara planet yang
terlembab dan kaya dengan air. 70.9% permukaan bumi adalah air.
Pemilihan
air juga adalah penting untuk memastikan kita mendapat 100% manfaat
daripadanya. Menyuruh seseorang itu untuk minum air bukan bererti seseorang itu
perlu minum teh tarik, kopi tarik, atau segala jenis minuman yang manis-manis.
Tetapi seeloknya, dapatkan air yang nampak lebih asli seperti air, nampak rupa
fizikalnya seperti air, dan rasanya juga seperti air. Air apakah itu? Tentulah
ianya “Air Masak” atau sesetengah memanggilnya “Air Kosong”.
Terdapat
beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong dengan secukupnya:-
1. 60% badan manusia adalah air
Manusia
memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk
tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi
dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua
toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh
dan air kencing).
2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak
kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.
3. Sumber Alkaline termurah
Kebanyakkan
makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan
protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit
alkaline semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.
4. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman,
sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.
5. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai
pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini
ke seluruh anggota badan yang memerlukan.
6. Mengurangkan risiko penyakit
jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of
Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari
adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.
7. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan
risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%.
Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.
8. Melembutkan kulit secara
semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak
terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang
mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.
9. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang
mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya
kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh
rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah
disebabkan badan anda kekurangan air.
10. Mencegah keletihan dan pening
kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening
kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehidrasi)
merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan.
Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor
akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”
So far tak pernah lagi dapat soalan macam ni dari doctor. Kalau dapat pun mesti
jawab lebih dari 8 gelas sehari sebab memang dah terbiasa bagi saya untuk minum
banyak air. Kalau tak rasa kering sangat tekak.
Nota kaki: Untuk musim panas begini, galakkkan terutama sekali anak kecil minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dari dehidrasi.