Friday 11 July 2014

Buasir ooo Buasir

Tajuk macam apa je kan. Nak cerita, dua hari lepas en. suami kena buasir. Sebelum ni memang tak pernah dengar dia mengadu. Jadi bawalah dia pergi Klinik Desa Murni di Sungai Dua. Sebenarnya nak ke satu klinik buasir yang agak terkenal di Sungai Dua ni tapi tutup pulak. Klinik tu terkenal untuk merawat buasir. Tak apalah tak ada rezeki, en.suami pun tengah sakit sangat jadi kami pun pergilah Klinik Desa Murni.

Doktor bagitahu yang en. suami ni pesakit busair yang ketiga dating hari ni. Wah…ramainya buasir, jadi saya pun tanya doktor kenapa ramai sangat? Doktor cakap mungkin sebab bulan puasa, pemakanan tak jaga, tak minum air kosong banyak, tak makan sayur & buah-buahan. Ha…..kena setempek kat en.suami sebab memang semua yang doktor cakap tu dia tak buat.

Antara faktor-faktor lain sebab buasir adalah:-
ü  Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
ü  Cirit birit yang kronik.
ü  Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
ü  Mengandung atau bersalin.

Saya pun kena juga buasir lepas bersalin kat Raha. Dah la ceaser, kena buasir pulak tu, nak teran takut jahitan ceaser terbuka. Merana jugaklah masa tu, tuhan saja yang tahu. Masa ni tak kenal Shaklee lagi, kalau dah kenal insyallah tak kena buasir ni.

Ok, terdapat 4 peringkat menggambarkan tahap keseriusan penyakit tersebut

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal.

Tahap 4
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


En.suami kena yang tahap 4 tapi tak ada pendarahan. Nak tahu tanda-tanda yang kita ada sembelit:-

o   Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
o   Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
o   Darah menitis dan tersebur dari saluran dubur.
o   Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengalami kekurangan darah.
o   Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal.



Cadangan Supplement Shaklee untuk Merawat Buasir 

1) Ostematrix RM61.00 (120tabs)


Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

2) 
Omega Guard RM136.00 (90tabs)

Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, Omega Guard membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

3) 
Zinc Complex RM33.75 (120tabs)

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


Cara nak makan senang saja:-

1.                  Zinc makan 1 biji sebelum breakfast (ketika perut kosong dan jangan ambil dengan susu dan produk tenusu nanti menganggu penyerapan zinc)
2.                  Omega guard 1 biji selepas breakfast/lunch/dinner (sehari tak lebih 3 biji)
3.                  Osteomatrix 4 biji sebelum tidur


Ha lupa nak cerita, masa kat klinik doktor ada Tanya en.suami ada ambil ubat tak? En.suami jawab yang wife dia ada bagi makan Shaklee. Terus doktor senyum dan cakap: Bagus, Shaklee ni elok untuk kesihatan dan juga buasir. Doktor pesan untuk kes en.suami ni terus makan zinc untuk rawat luka. Terus wife dia kembang kejap. Hihihi….

Nak bagi nasihat pada yang ada buasir, jangan terlalu lama dalam toilet. Terutama sekali toilet cangkung, kalau boleh guna toilet duduk. Sebab bila kita dalam posisi mencangkung tu kita menolak buasir keluar. Faham? Lagi satu dalam Islam pun tak menggalakan kita berlama-lama dalam toilet sebab tu tempat Jin, tempat tak kotor dan tak elok. Selamat beramal…hihi….


Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday 10 July 2014

Vitamin Shaklee untuk Pertumbuhan Rambut

Vitamin Utama untuk Pertumbuhan Rambut




Dengan peningkatan umur, kita akan mengalami masalah keguguran rambut. Wanita lebih mudah mengalami masalah ini terutama sekali bila umur menginjak ke angka 30an dan bila sampai umur 60 tahun masalah ini akan menjadi lebih serius. Lelaki jugak mengalami masalah ini dan lebih dikenali sebagai masalah botak.
           
            Penyebab keguguran rambut
1.    Tekanan
2.    Pengambilan ubat-ubatan
3.    Kekurangan nutrient
4.    Tiriod
5.    Monopause
6.    Bersalin
7.    Jangkitan fungus kelemumur
8.    Penggunaan kimia berlebihan seperti pewarna rambut & etc


 Makan untuk rambut sihat

Rambut terdiri daripada asas utama iaitu protein, keperluan nutrient yang penting menggalakkan pertumbuhan rambut. Nutrin tersebut adalah:-
1.    Vitamin
2.    Protein
3.    Zat besi`

Vitamin untuk Rambut
1.    Vitamin A
Ia merupakan antioksidan yang melembabkan kulit kepala dan mengelak kulit kepala dari kering. Ia juga menguat dan melembatkan rambut. Sumber-sumber vitamin A adalah dari karot, hati, kuning telur, susu, bayam, apricot kering dan manga


2.    Vitamin B
Vitamin B membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut, melebatkan rambut dan menguatkan rambut. Vitamin B membantu meningkatkan penyerapan zat besi oleh badan. Didalam vitamin B terdapat satu komponen yang dikenali sabagai Biotin. Fungsi biotion ni banyak dan salah satu darinya untuk menjaga kesihatan rambut dan kulit. Makanan yang kaya dengan vitamin B adalah telur, pisang, badam, buah beri, yugort, telur, keju dan susu.



3.    Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin untuk pertumbuhan rambut yang berupaya untuk merawat rambut beruban dan kekeringan.Pengambilan vitamin c yang konsisten dapat mengekalkan kesihatan rambut. Makan yang kaya dengan vitamin C adalah buah oren, tembikai, strawberi dan jambu  batu.


4.    Vitamin E
Ini adalah salah satu vitamin yang penting untuk rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan rambut dan mengelak rambut dari kering dan bersinar. Ia juga membantu menjaga kulit kepala yang sihat dan mengalakkan peredaran darah. Makan kaya dengan vitamin E adalah ikan, kekacang, susu, badam, tomato dan dried herbs.


5.    Asid folic      
Asid folic bukan sahaja penting untuk ibu mengandung. Ia juga penting untuk rambut yang lebih lebat dan bersinar dan pada yang sama menambahkan lembapan. Ia juga mengelakkan rambut beruban. Asid folic ini juga terdiri dari kumpulan vitamin B, maka sumber makannya hampir sama dengan vitamin B. Selain itu gandum dan bijiran mengandungi asid folic.


Terdapat dua nutrient yang penting yang saya tak boleh elak dari bercakap mengenainya. Nutrient tersebut adalah
·         Zat besi
·         Protein


Zat Besi
Para pengkaji mendapati keguguran dan rambut putus yang serius adalah disebabkan kekurangan zat besi dalam badan. Pengambilan zat besi yang mencukupi setiap hari membantu peredaran darah dan juga membantu pertumbuhan rambut.Ia menguatkan struktur rambut hingga ke akar. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging, sayuran hijau, ayam belanda, kekacang hijau dan juga buah-buah kering.

Zinc Complex RM33.75 (120 tablet)

Protein
Protein adalah keperluan penting bagi kekuatan strukur rambut mengelak dari gugur dan membuat rambut lebih bersinar dan lebih hidup. Makanan yang kaya dengan protein seperti taugeh, soya, susu dan banyak lagi.

Dua produk Shaklee yang terhangat dipasaran dapat membantu masalh keguguran rambut adalah Zinc Complex dan ESP (Soy Protein Isolate Powder).
Zinc complex merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Ia menghalang keguguran rambut. Selain itu fungsi zink adalah untuk meningkatkan imunisasi dan pertahanan badan. Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka dan untuk kesihatan prostat terutama untuk lelaki.

ESP pula menyuburkan kesihatan rambut, kulit, kuku dan otot. Ia juga mengoptimumkan penyerapan nutrient lain dan membekalkan tenaga berpanjangan. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Energy Soy Protein RM150.00 (850gm)
Testimoni Zinc Shaklee




Nak order? Sila klik eSell disebelah atas kanan
Untuk pertanyaan lanjut sila sms/whatsapp 012-4271871
Email noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday 3 July 2014

Membuat Pesanan Melalui eSell Shaklee

Berita Terkini

Shaklee baru sahaja memperkenalkan widget terbaru yang akan memudahkan pelanggan untuk order barang dari SID Shaklee. Sistem eSell memudahkan pelanggan membuat pesanan terus tanpa perlu menunggu jawapan dari SID. Order hari ini esok insyallah dah dapat. Bestkan.....

Jom ketahui kelebihan eSELL?
1.    Jika Customer nak order Shaklee hanya perlu klik saja  dan tak perlu nak PM sms whatsapp Shaklee Independent Distributor yang bersepah di FB atau blog. 

2.    Customer akan diberikan kemudahan membuat pesanan sendiri dan menerima sms notifikasi setelah order diproses

3.    Pelanggan juga tidak perlu ternanti nanti bertanyakan apakah status penghantaran produk anda kerana ANDA adalah yang membuat pesanan secara lansung ke sistem Shaklee.

Macam mana nak order? Meh saya tunjukkan cara nak order:-

1.            Klik Place Your Order Here dibahagian atas sebelah KANAN. Klik gambar eSell tu.

2.            Pelanggan akan di direct masuk ke web shaklee www.shaklee2u.com.my
3.            Baca terma dan syarat
4.            Klik "Agree" --> Next --> Pilih bahasa
5.            Tandakan pilihan produk yang dikehendaki sebelah kiri dalam kotak
6.            Isikan Kuantiti produk yang dikehendaki
7.            Klik "Checkout"
8.            Isi form butir peribadi dan butir penghantaraan
9.            Klik "Continue", Klik “Proceed Payment”
10.          Pilih samada nak buat pembayaran guna Credit Card atau Debit Card. Selepas masukkan maklumat pembayaran. Klik Confirm Payment.
11.          Selesai anda cuma perlu menunggu penghantaran sampai depan rumah anda dengan produk shaklee yang anda beli.


Tetapi jika anda inginkan konsultansi, atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk Shaklee, jangan segan-segan untuk hubungi saya ok!


Terima Kasih Kerana shopping produk shaklee dari blog saya. 

Anak Ekzema Jangan Guna Calamine Lotion

Baru ni Raha kena demam campak besar. Saya tak jangka lansung sebab tak ada sepupu Raha yang kena campak. Nurseri pun dah seminggu tak pergi lagipun sebelum ni Raha dah pernah kena campak kecil masa umur dia belum setahun.

Campak ialah penyakit yang sangat mudah berjangkit yang menyebabkan ruam, demam dan batuk. Ia adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Campak ini terbahagi kepada dua, campak kecil dan campak besar. Mak saya bagitahu kalau yang kena campak kecil, nanti dia akan kena campak besar. Bagi yang yang dah kena campak besar nanti dah tak kena. Tapi tak tahulah sebab saya pernah dengar kawan yang pernah kena campak masa kanak-kanak masih lagi kena campak bila dah dewasa. Nasiblah kot. Bagaimanapun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Masa Raha kena kesian jugaklah dia asyik menggaru dan merengek gatal. Ada yang syorkan kat saya bermacam-macam cara nak redakan campak. Ada yang suruh pakai daun mambu, bedak sejuk dan  calamine lotion. Masa bawa Raha jumpa doctor, saya tanya kat doctor ada bagi tak calamine lotion? Saya ada bagitahu doktor yang Raha ni ada ekzema. Doktor bagitahu untuk keadaan Raha sekarang tak payah guna calamine lotion sebab campak dah pecah. Doktor bagi krim antibakteria sebab tak nak jangkitan kuman dari kesan dia menggaru.

Dua hari lepas tu saya letak calamine lotion kat tempat yang belum pecah. Saya baru letak calamine lotion dalam masa sehari, Ya Allah kulit Raha jadi lagi teruk. Kulit dia jadi lagi kering, nampak macam terbakar & kasar. Saya macam terkejut jugak sebab masa Raha kena campak kecil dulu saya ada letak calamine lotion, tapi tak ada kesan macam ni.

Jadi saya berhenti gunakan calamine lotion kat Raha. Esoknya pulak Raha ada appointment dengan Pakar Kulit GH. Jadi saya ceritakan tentang calamine lotion ni. Doktor Chan sebut anak yang ada eczema tak elok gunakan calamine lotion sebab lotion ni mengeringkan kulit. Budak eczema kulit memang dah kering, jadi bila kita letakkan calamine lotion ni jadi bertambah teruk. Inilah akibatnya bila mak naif & tak dengar cakap doctor. Balik terus saya letak pelembap banyak-banyak dan alhamdulillah kulit yang kering semua dah ok. Tinggal parut campak saja yang degil tak nak hilang. Sekarang saya letakkan Herbal blend untuk kurangkan parut campak. Jadi ibu-ibu di luar tolong buat rujukan sebelum letak atau bagi apa-apa ubat kat anak-anak. Kalau boleh pilih yang natural. Harap parut Raha cepat hilang sebab dah nak raya. 



Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.