Sunday 27 October 2013

Tips Tingkatkan Tenaga





Rasa letih? Lesu? Cepat Penat? Malas?

Jangan pandang mudah jika anda rasa penat yang berpanjangan atau cepat penat. Mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan cara hidup anda sama ada dari aspek pemakanan,
gaya hidup dan sebagainya. 

9 Tips Meningkatkan Tenaga 
*********************
1. Bernafas dengan cara yang betul

Kebanyakkan kita “malas” bernafas, Gunakan teknik bernafas yang betul, sedut udara dari hidung (dalam kiraan 10), tahan (dalam kiraan 10), dan keluarkan melalui mulut; pastikan perut anda buncit semasa menarik nafas dan rasakan udara yang masuk ke dalam tubuh badan anda

2. Tidur yang cukup

Orang dewasa memerlukan tidur 7-8 jam sehari. Tidur seawal bagi memastikan hormon melatonin dirembeskan sepenuhnya.Melatonin berfungsi sebagai anti oksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas, meningkatkan imun sistem, mencegah kanser, dan yang paling best untuk awet muda. Pastikan lampu anda dipadamkan semasa tidur agar penghasilan melatonin tidak terganggu.

3. Kurang air dalam badan

Setiap orang perlukan 8 hingga 10 gelas air sehari, (air masak atau air bertapis). Kekurangan air di dalam badan mengakibatkan kekurangan cecair dalam badan. Fenomena ini akan menyebabkan tubuh badan kering serta keletihan 

4. Cara Pemakanan

Pastikan anda mengambil sarapan setiap pagi, Skip sarapan menyebabkan anda mengambil karbohidrat berlebihan semasa makan tengahari. Makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi dan kadar protein yang rendah menyebabkan keletihan. Pastikan anda hanya mengambil segenggam nasi untuk makan tengahari, lebihkan sayur-sayuran serta pengambilan buah-buahan. 

5. Bersenam 

Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Pelbagaikan aktiviti seperti jogging, brisk walk, hiking, bermain badminton dan lain-lain agar anda tidar berasa jemu untuk bersenam. Ajak rakan-rakan dan keluarga untuk meningkatkan motivasi untuk bersenam. Lakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang mudah dan tingkatkan. Waktu terbaik untuk bersenam adalah awal pagi.

6. Kawal StressTekanan emosi yang berpanjangan dan tidak dapat dikawal akan menjejaskan fizikal, anda akan kerap rasa keletihan, sakit kepala, kurang selera makan, tidak aktif dan sering hendak tidur. Kenalpasti punca stress dan cara atasi. 

7. Take a BREAK

Ambil 10-15 minit dari melakukan aktiviti sampingan yang anda suka seperti membaca buku,
surat khabar, menikmati pemandangan, window shopping dan sebagainya. 

8. Kurangkan pengambilan Kafein

Kafein mempunyai kesan menyahhidratkan. Apabila bangun pagi, kita cenderung untuk menjadi dehidrasi kerana tidak meminum air selama beberapa jam. Jika tidak mengambil apa-apa minuman yang lain, kopi boleh menyebabkan kesan dehidrasi menjadi lebih teruk dan mengurangkan tenaga. Kurangkan pengambilan secara berperingkat sehingga badan anda terbiasa dengan keadaan yang baru. Gantikan minuman berkafein dengan pengambilan teh hijau yang boleh membantu meningkatkan tenaga. 

9. Pengambilan Supplement
Multivitamin, B complex dan Perforamnce membantu meredakan stress dan menambahkan tenaga.





Credit Dr. Malinda Health And Beauty Clinic

Thursday 24 October 2013

Tingkat Sistem Imun Dengan Nutriferon Shaklee



Kelebihan Nutriferon Shaklee.


* Nutriferon adalah produk eksklusif dari Shaklee (tiada di mana-mana farmasi mahupun kedai -kedai lain) dihasilkan oleh Dr. Yasuhiko Kojima setelah 40 tahun penyelidikan.

* Merupakan campuran ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago dan kuntuman bunga Japanese Honeysuckle.

* Terbukti secara klinikal dapat menyokong dan merangsang proses gerak balas imun semulajadi badan.

* Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita yang akan mengaktifkan sistem imunisasi badan.

* Terbukti keberkesanannya melalui 4 kajian pada manusia.


Khasiat Nutriferon.

Bantu kuatkan sistem imun badan dalam masa 3 hari dengan meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh badan dengan mengerahkan sistem pertahan semulajadi tubuh

Mengelakkan badan dari kerap selsema, kerap demam dan kerap jatuh sakit

Bantu baikkan demam dengan cepat ( jika menyusu, ibu minum dan anak dapat melalui susu badan)

Bantu lawan kanser dan tumor otak kerana polisakariada yang terdapat dalam inferferon semulajadi meransang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser

Bantu kurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi

Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi virus mikrob seperti selsema, alergi dan inflamasi dan influenza


Meringankan stress dan kelesuan

Melambatkan penuaan kerana formula unik nutriferon semulajadi yang pertama di dunia sebenarnya dapat meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman dan menjadikan sel-sel kulit lebih sihat dan muda

Mengurangkan infeksi dn sakit kronik pesakit-pesakit hepatitis B & C

Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik di mana ia mengurangkan gejala-gejala seperti hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dalam tubuh dan masalah-masalah lain berkaitan menopous

Mengurangkan simptom-simptom PMS seperti kekejangan otot, sakit belakang, sakit payudara, jerawat, kegelisahan , insomnia dan perubahan emosi yang tidak terjangka.

Bantu dalam pemulihan penyakit seperti Lepromatus (kusta), Leishmaniasis (pelbagai penyakit yang disebabkan oleh jangkitan organisma yang dikenali sebagai protozoa), & Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit)


Siapa perlukan Nutriferon

Mereka yang ingin kekal sihat

Mereka yang selalu ada masalah kesihatan dan sering sakit

Individu yang selalu stress

Ibu yang menyusuakn anak dan anak yang sering demam, selsema dan sakit

Individu yang selalu travel

Individu yang sibuk dan sukar mengamalkan diet yang seimbang

TESTIMONI

Mesti anda semua hendak tengok  testimoni kan?

Jom kita tengok testimoni kat bawah






Mengandungi 30 sachet, harge retail RM181.25 (WM) & RM191.25 (EM)

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Wednesday 23 October 2013

Tips Mudah Kuruskan Badan

     Tajuk blog kali ni untuk perli diri sendiri. Eh tak, "think positive". pembakar semangat sebab susah sangat nak turunkan berat badan sejak bersalin pada 2010. Eh dah tiga tahun, dah bermacam produk dan cara untuk kurus pernah saya cuba tapi huh tak ada hasil dan yang terbaru saya mencuba produk shaklee. Ambil basic set bawah RM100 saja, jadi nak nampak kesan kena ambil dalam jangka masa panjang dan konsisten. 

     Ada pelanggan yang mencuba set kurus Shaklee merungut sebab lambat menampakkan hasil seperti orang lain. Pada pendapat saya, badan seseorang tidak sama jadi mungkin ini yang menjadi faktor penentu bila kita ingin menurunkan berat badan. Jadi kalau nak cepat mari kita cuba cara di bawah mungkin dapat membantu kita mengurangkan berat badan :)


1. Kawal Pemakanan Anda 

Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang. Tahukah anda, setiap lebihan makanan/kalori yang anda makan akan bertukar menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda. 
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!

2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein

Untuk pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa lapar semula. Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama. Jika anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan langsing.

3.  Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)

Jangan lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana? 

4. Elakkan/Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein

Contoh air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis. 


Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari. Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal/Senaman Ringan

 Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit) setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda. Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda. Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda menggunakan tangga jika office/rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus:)

7. Pilih Program Diet/Kuruskan Badan Yang Terbaik

 Perhatian: Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk mendapatkan consultation/khidmat nasihat mereka. 

Jika anda fikir mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap. Akhirnya, anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang?
 

8. Positifkan Diri Anda

Akhir sekali, anda buatkan satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk mengikut perancangan yang telah dibuat.

Timbang berat badan anda maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam sehari. Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan hasil yang positif.


Macam mana? Nampak senang, yang penting displinkan diri insyallah kita dapat turunkan berat badan. 

Tuesday 22 October 2013

Kelebihan Omega Guard Shaklee



Harga retail ialah RM136 (WM) / RM140 (EM). 

Apa kelebihan Omega Guard ini? Mari kita baca. :)


24 MANFAAT OMEGA 3 DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE.

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia.
- Mengurangkan tekanan emosi.
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
- Membantu memperbaiki masalah autism.
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
- Mengurangkan masalah schizophrenia.
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA 3, OMEGA GUARD SHAKLEE?

1. Warga Emas.
2. Pesakit Jantung.
3. Wanita.
4. Wanita yang telah melahirkan anak.
5. Pesakit darah tinggi.
6. Orang yang selalu lupa.
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas.
8. Pelajar.
9. Ibu menyusu.
10. Ibu hamil.
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus.


Banyakkan faedah yang kita boleh dapat dengan pengambilan Omega Guard ini? Saya  sendiri ambil 1 biji sehari untuk kekal berat supaya penimbang taklah asyik naik saja sampai tak turun. Omega juga memberi rasa kenyang dan sebagai suplemen harian.


Raha pun saya bagi seminggu sekali untuk perkembangan otaknya dan meningkatkan kesihatan sistem imunnya dan juga untuk penyakit eczemanya.

Jangan tunggu lagi, hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.


SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

Krisis Penyembuhan Bagi Pengguna Suplemen

     Bagi pengguna produk Shaklee, ada pengguna yang mengalami simptom-simptom seperti demam, sakit kepala, cirit birit dan sebagainya pada peringkat awal. Saya sendiri mengalami sakit kepala apabila saya kurang minum air ataupun terlebih dos pengambilan. Ini mungkin akibat badan sedang mengalami krisis penyembuhan iaitu badan cuba menserasikan suplemen ini dengan hormon badan. Sebagai pengguna kita mungkin akan tertanya-tanya apakah "healing crisis" ini dan apakah akibatnya dan bagaimanakah kita mengatasinya. Mari baca teks di bawah agar kita dapat berkongsi ilmu ini serba sedikit.

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
 A: Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
 A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
 A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
 A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
 A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
1.    Tidak mengamalkannya setiap hari
2.    Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
3.    Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
4.    Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5.    Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
6.    Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
7.    Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab
Sakit kepala yang melampau & tekanan darah tinggi -  petanda menyahtoksin
Demam, tidak cukup rehat - Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit-birit - meningkatkan pergerakan usus
Najis berbau, air kencing berbau - Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Kembung perut - Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir -  Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema & kahak - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Pendarahan Hidung - petanda bagi kekurangan darah
Rasa sakit pada otot dan sendi - Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan -  Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah
Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah
Kitaran haid yang tidak menentu - Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak
Lapar, Pening - Tekanan darah rendah, anaemia
Loya, sembelit, tersedu - Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Edema (membengkak) - Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Semoga info di atas dapat membantu.


Saturday 12 October 2013

Kebaikan Alfafa Untuk Kesihatan





     Alfalfa Shaklee merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Nama saintifiknya ialah "Medicago Sativa". Ia mempunyai sistem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.


  1. Terkenal merawat 3A; Arthritis, Asthma & Allergy
  2. Mengandungi segala zat keperluan harian
  3. Melegakan sakit sendi dan belakang
  4. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  5. Mencuci usus bagi membuang toksin
  6. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  7. Meneutralkan asid dalam badan
  8. Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia  membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Membantu mengatasi masalah keputihan pada wanita. Ada juga yang mengaitkannya dengan  membantu menegang dan membesarkan payudara. Sesuai diambil oleh wanita & para isteri.
  9. Memulihkan urat selepas bersalin
  10. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  11. Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia meransang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu.
Saya sendiri telah mencuba dan ia mengurangkan sakit kepala, badan menjadi segar dan tidak cepat letih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di:

SMS/Whatsapp: 012-427 1871
Email : noorazizahmdtaha@gmail.com

Thursday 10 October 2013

Penyakit Ekzema Pada Kanak-kanak


Dalam entry saya sebelum ini saya ada menceritakan tentang anak saya yang mempunyai penyakit ekzema. Seorang ibu yang mempunyai anak yang ada penyakit ini, saya peka terhadap makanan yang di ambil oleh Raha, cuaca atau persekitaran yang panas dan kotor; di mana faktor-faktor ini dapat mempengaruhi dan menyebabkan ekzema bertambah teruk. Pesakit ekzema juga alah terhadap bahan kimia yang kasar dan tidak sesuai dengan pH kulit. 

Mari kita pelajari dan kongsikan apa itu ekzema dan rawatan yang sesuai untuk mengekang penyakit ini. 

Apa itu ekzema


Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang dihidapi lebih kurang 15 dan 20 peratus dari kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.


Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan merekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 






*Photo credit to google


Apakah rawatan untuk ekzema?


Rawatan ekzema bergantung kepada tahapnya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 


Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien ataupun losen badan beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan kuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 



Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat langkah-langkah lain yang dapat membantu ada: 
  • Mengetahui dan mengesahkan punca yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Mengelakkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki daripada menjadi lebih mudarat. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas diakibatkan oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk di rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi kain jenis panas, wool dan sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu persekitaran bayi anda dengan lebih mudah. Paling mudah pasangkan aircond untuk anak anda ketika cuaca sangat panas seprti di Malaysia.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Kepada ibu-ibu yang mempunyai anak ekzema, janganlah berputus asa mengubati anak anda. Carilah rawatan yang sesuai untuk anak anda. Saya bertemu dengan Omega Guard dari Shaklee yang dapat mengurangkan ekzema anak saya dan saya berpuas hati dengan keadaan anak saya sekarang.


Kebaikan Mealshake & Omega Guard Untuk Kanak-kanak


Assalamualaikum....lama tak berblog kerana kengkangan masa antara kerjaya, bisnes dan juga tugas sebagai ibu. Hari ini saya hendak promote dua produk Shaklee iaitu Mealshake dan Omega untuk kanak-kanak. Sebagai seorang ibu tentu kita hendak melihat si comel sihat, cergas, aktif, pintar, kurang mengalami demam, batuk ataupun selsema. Testimoni saya sendiri setelah memberi anak saya Raha, kedua-dua suplemen tersebut. Gambar di atas adalah anak saya yang sekarang berumur dua tahun sepuluh bulan.

Perubahan yang saya nampak setelah Raha diberi suplemen ini adalah sistem imunnya bertambah baik, selera makan bertambah, kurang sembelit, aktif, dan jarang demam. Sebelum ini, sebulan sekali Raha akan demam. Raha saya hantar ke nurseri ketika saya keluar bekerja, dari jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang. Di situlah Raha akan dijaga bersama-sama 20 kanak-kanak lain. Boleh bayangkanlah bila seorang saja demam, habis yang lain pun berjangkit. Sejak diberi supplemen ini, boleh katakan dalam setahun adalah 2-3 kali sahaja Raha demam. Itu pun tak lama, adalah dalam sehari dua, lepas itu Raha akan baik dari sakit.

Raha juga menghidap ekzema iaitu radangan kulit terhadap alahan di mana pesakit ekzema mempunyai antobodi yang lemah. Raha alah kepada telur, makan saja makanan yang ada telur, habis satu muka dan badan akan naik ruam-ruam merah yang banyak. Alhamdulillah sejak mengambil suplemen ini, Raha dah boleh makan telur. Jadi saya tak bimbang lagi kalau Raha tersalah makan dan Raha mendapat makanan yang seimbang. 

Mari kita lihat kelebihan suplemen ini untuk si comel anda:

Mealshake





1. Nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat penting. Juga mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2.  Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh serta kaya dengan protein (tiada laktosa)

3. Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, sel-sel imunisasi, dan sebagainya

4.  Membantu tumbesaran si comel dengan khasiat yang diperlukan oleh tubuh si kecil.
5.  Anti-oksida yang kaya dengan vitamin A, C E zink dan selenium

6. Detoksifikasi iaitu kaya dengan serat bagi emmbantu kanak-kanak yang mengalami sembelit.

8.  Pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.

9.  Sesuai untuk semua peringkat umur dan juga seisi keluarga.

110.   Rasa vanila yang menyelerakan digemari oleh kanak-kanak.


Omega Guard

1.   Pertumbuhan badan yang sihat untuk kesihatan dan pekembangan otak.
2.   Kaya dengan asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
3.   Membantu menguatkan sistem imunisasi badan terutama sekali kanak-kanak yang kerap   demam, batuk dan asma.
4.   Membantu mengurangkan masalah kulit seperti ekzema.

Jika anda mahukan yang terbaik untuk anak anda, dapatkan sekarang set Vitamin Kanak-kanak dengan menghubungi saya.

email: noorazizahmdtaha@gmail.com.my
Whatsapp: 012-4271871
Facebook: Noor Azizah Binti Md. Taha

About Me

My photo
Seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai jurutera di Pulau Pinang. Menjadi pengedar sah Shaklee di Bertam, Kepala Batas, Kulim dan kawasan berdekatan Pulau Pinang. Ingin maklumat lanjut mengenai Shaklee, Whatsapp saya di 012-4271871. Barangan yang dipesan akan dihantar secara COD atau melalui pos laju untuk pesanan yang berada di luar kawasan dari penang.